Thursday 28 May 2015

REMPAH MASAKAN ASLI KELANTAN

Teks Roszila Ibrahim

Hanya Belian Borong Sahaja
Kepada penggemar masakan Pantai Timur seperti nasi dagang, nasi kerabu, nasi berlauk, kuzi dan berbagai lagi boleh mendapatkan rempah masakan asli Kelantan  daripada kami.

Kepada anda yang ingin menjana pendapatan sampingan dan masih mencari-cari produk untuk dijual serta mahu belajar membina pasukan dropship sendiri, inilah masanya. Beli dan letak label rempah sendiri. Boleh terus jual secara online atau offline.


Bagi yang berminat untuk membeli rempah masakan asli Kelantan boleh hubungi saya :
WA@SMS: 013-2666559 @ email: roszilaibrahim@gmail.com

Wednesday 27 May 2015

Belajar Membina Blog

Teks: Roszila Ibrahim

Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) menyediakan platform untuk para suri belajar menjana pendapatan melaui BLOG. Jana pendapatan tanpa perlu keluar rumah. Di antara kelas yang popular sepanjang tahun:

1.Kelas asas blog dan penulisan.
 -belajar konsisten menulis
 -belajar menulis mengikut fokus produk
 -belajar menulis dengan analisa tahu siapa sasaran

2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
- produk sendiri
- dropship makanan sunnah
- borong runcit telekung solat
- produk islami


3. Pengurus Online Akademi (kelas online dan produk digital)

Hubungi saya.
Roszila Ibrahim
Pengurus Online ABDR.
013-2666559 @ roszilaibrahim@gmail.com

Tuesday 26 May 2015

Kranchy Karamel Almond

Teks: Roszila Ibrahim
Foto: Peribadi

Assalamulaikum dan selamat pagi. Semoga semuanya sihat-sihat dan sentiasa dalam rahmat Nya. Ini malam tadi punya aktiviti sambil menoton tv. Biskut yang sangat sangat mudah dan mengambil masa yang sekejap sahaja.



Kranchy Karamel Almond

Ada yang memanggilnya Florentine Cookies sempena dengan nama tepung khas yang digunakan untuk membuat bepang ini. Ia juga dikenali dengan nama Chrunchy Almond Bar, Almond Caramel, Nutty Thins, Nutty Crispy, dan Mix Crispy Nuts Cookies.


Sempatlah kongsi gambar dengan group whatsapp saudara mara. Bangun pagi dapat mesej dari mak saudara hendak oder. Ini dikatakan rezeki diawal pagi. Ada yang saya bagi sedekah untuk sepupu supaya merasai kerangupan biskut ini.

Kali pertama saya merasai Kranchy Karamel Almond ketika berkunjung ke rumah adik ipar semasa Hari Raya,ternyata kranchy Almond memang sedap. Minggu lepas suami saya beli 1 botol kecil berharga RM 25 bersamaan 180g. Memang tidak cukuplah saya dan anak-anak makan, tambah-tambah saya pengemar kekacang. Jadi saya mengambil keputusan untuk membuat sendiri. Bayangkan jika kita mempunyai keluarga yang ramai pasti terkebil-kebil biji mata hendak membelinya.

Membuatnya tidak susah cuma kos bahan mentah untuk biskut florentine ini agak tinggi. Jadi tidak hairanlah jika ini dijual dengan harga lebih mahal berbanding dengan biskut-biskut lain di pasaran.  Biskut yang sangat kruncy ni sangat mudah tapi harganya cukup mahal,bertambah-tambah lagi harga barangan baking seperti badam dah melambung-lambung naiknya. 

Di antara bahan yang digunakan:
1.Badam keping 690gram berharga RM 37.90
2.Biji Bunga Matahari 500gram berharga RM18.30
3.Bijan Hitam 100gram berharga  RM 3.10
4.Tepung Florenta 500gram berharga RM 16.50
5. Baking Paper(gulung) Rm 2

Cara-cara Membuatnya Kranchy Karamel Almond:


200 gm tepung Florenta
200 gm badam keping
100 gm kuaci hitam
20 gm bijan hitam

Badam dan kuaci di bakar sebentar dalam oven pada suhu 160 C selama 5 minit
Satukan semua bahan dalam bekas
Gaul rata, hingga semuanya bersalut sempurna

Sediakan loyang alas loyang dengan kertas kek sahaja
Panaskan oven pada suhu 160C
Tuangkan adunan tadi dalam loyang dan ratakan nipis
Bakar dalam oven selama 7- 10 minit
Sejurus keluar dari oven terus potong kepada kepingan
Simpan dalam bekas kedap udara.


Monday 25 May 2015

Pekej Makanan Sunnah

Teks: Roszila Ibrahim
Sumber: Aizmallsunnah

Sebaik-baik amalan, ialah meniru gaya hidup dan etika pemakanan sihat daripada Rasulullah s.a.w. yang sudah tercatat di dalam al-quran. Rasulullah sebaik-baik mentor atau teladan dalam amalan penjagaan diri dan kesihatan.

Dalam aspek berkaitan etika pemakanan sihat, diet Rasulullah s.a.w boleh dijadikan panduan dan ikutan kerana baginda adalah contoh teladan yang terbaik buat semua umat manusia. Rasulullah s.a.w merupakan seorang yang mementingkan khasiat dan mutu makanan yang diambil agar dapat sepenuh keberkatan dan manfaat daripadanya.

Amalan sunnah perlu dipraktikan dalam kehidupan untuk menjaga kesihatan samaada kesihatan rohani dan fizikal. Antara makanan sunnah seperti minyak zaitun, cuka epal, cuka kurma, madu, zafaran dan estrak jus delima. Setiap makanan sunnah ini mempunyai manfaat dan kebaikannya yang tersendiri.

PAKEJ SUNNAH
minyak zaitun, cuka epal, cuka kurma, madu, zafaran, estrak jus delima.
RM 161 Termasuk pos

Untuk yang mahu menjadi agen bisnes makanan sunnah, boleh sertai kelas blog bisnes makanan sunnah bersama ABDR. Bagi yang berminat untuk joint ABDR dan yang berminat untuk dapatkan pakej sunnah ini bolehlah hubungi saya zila 013-2666559 ataupun roszilaibrahim@gmail.com

Saturday 23 May 2015

Nasi Mandi Kambing Dan Ayam

Teks: Roszila Ibrahim


Assalamulaikum.
Selamat berhujung minggu. Pastinya hujung minggu ada yang merancang ativiti luar bersama keluarga dan ada yang mengambil peluang menghabiskan masa bersama keluarga. Apabila menghabiskan masa di rumah pastinya para suri atau ibu adalah orang yang paling sibuk memikirkan juadah istimewa untuk santapan keluarga.

Bagi ibu yang mempunyai anak kecil semestinya memerlukan urusan masak-memasak di selesaikan secepat yang mungkin atau di dalam jangka masa yang singkat dan pastinya masakan yang disajikan sedap untuk keluarga. Bagi ibu-ibu atau suri yang sibuk boleh mendapatkan pes Nasi Arab.



Terdiri daripada nasi mandy ayam.dan juga kambing. Set ini juga mengandungi beras basmathi serta rempah nasi arab. Cara memasak ada tertera pada kotak nasi arab tersebut.
Hidangan sesuai untuk 5-6 orang tetamu. Harganya ialah RM15 
Sekotak.

Bagi yang ingin membeli Nasi Mandi Ayam dan Kambing boleh hubungi saya melalui email : roszilaibrahim@gmail.com atau sms/ wsapp/ telegram : 013-26665559 (zila)

Friday 22 May 2015

Bisnes Homestay

Teks: Roszila Ibrahim
Foto: ABDR

Assalamulaikum w.b.t

Salam pagi Jumaat yang indah dan penuh barokah.  Cuaca pagi ini mendung dan sekali kali hujan renyai-renyai turun membasahi bumi. Begitu dingin skali pagi ini. Apa khabar kalian hari ini. Semoga hari ini dan hari- hari mendatang sentiasa dipermudahkan dan diberkati Allah S.W.T dengan segala urusan kalian. 

Minggu ini, minggu peperiksaan tetapi hari ini adalah hari terakhir hari peperiksaan buat anank saya. Tinggal seminggu lagi hari persekolahan dan tidak lama lagi musim cuti sekolah bakal tiba. Pastinya ada ibubapa yang merancang aktiviti bersama keluarga sempena cuti sekolah nanti.

Sekiranya kalian masih tercari-cari tempat mengidap dengan kos atau harga yang berpatutan, , boleh singgah di sini ye. http://senaraihomestaymalaysia.blogspot.com/


Bagi usahawan homestay dan resort yang mahu iklankan bisnes, kami jemaah di Akademi Bekerja Dari Rumah  sedia membantu untuk mempromosikan bisnes kalian. Sangat sesuai bila dah tiba musim cuti sekolah, dan perayaan atau untuk menyambut apa jua majlis. Dengan kos pembayaran sebanyak RM 150.
Iklan kalian akan ada di 2 tapak kekal ABDR
1. Homestaymalaysia.
2. Sohodirectory

PM saya untuk keterangan lanjut. 

Roszila Ibrahim
Pengurus Online ABDR.
013-2666559 @roszilaibrahim@gmail.com.

Wednesday 20 May 2015

Buku BERSAMA KESUSAHAN ADA KESENANGAN




Setiap kesusahan yang dilalui oleh seseorang akan ada kesenangannya. “ Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan (Al-insyirah)”.Setiap yang berlaku dalam hidup kita pasti ada hikmahnya. Setiap dari kita pasti diuji oleh Allah dengan ujian berbeza. Sesuai dengan kemampuan seseorang.

Begitu jugalah dengan buku motivasi terbaru yang bertajuk BERSAMA KESUSAHAN ADA KESENANGAN yang ditulis oleh Era Adlina A. Kadir. Yang lebih istimewa buku ini diadaptasi dari kisah benar dari penulis.Buku ini penuh dengan motivasi yang dapat memberi panduan dalam kehidupan kita

Ingin dapatkan buku motivasi yang menarik ini, anda bolehlah hubungi saya zila 013-2666559 ataupun roszilaibrahim@gmail.com

Tuesday 19 May 2015

Kelas Akaun Secara Online



Kelas online (Min 3 orang)
Tarikh: 24 Mei 2015
Masa: 9.30pg - 12.30tgh


Modul 1: Basic book keeping.
Bagaimana merekod buku simpan kira?


Modul 2: Pengenalan kepada asas perniagaan dan fungsinya.
-Mengenal dan belajar kepentingan dokumen.
- Invois, cash, bil, resit, purchase order


Yuran : RM 150

Cara belajar : dalam group kelas di fb. Secara online sahaja. Hanya perlu online dalam waktu yang ditetapkan. 

Untuk pendaftaran boleh hubungi saya melalui email : roszilaibrahim@gmail.com atau sms/ wsapp/ telegram : 013-26665559 (zila)

Monday 18 May 2015

21 Formula Hidup Luar Biasa

Sumber: Anys Idayu Zakaria

 Buku ini sangat lain daripada buku-buku terlajak laris sebelum ini di mana intipatinya lebih kepada penceritaan di dalam menyampaikan 21 Formula Hidup Luar Biasa di dalam mencapai kejayaan dan keberkatan dunia akhirat Insya Allah. Genre penulisan kali ini adalah lebih kepada menyerlahkan potensi kita untuk hidup luar biasa dan paksi utamanya adalah berkaitan di antara kita dan Allah swt, kekasihNya dan makhlukNya. Ini adalah di antara sebahagian intipati ilmu yang saya kongsikan di dalam seminar 4-hari Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK).

Ilmu tidak percuma apatah ilmu yang diraih dari kepayahan jatuh bangun dan kesusahan bertahun-tahun sehingga ia terbukti ianya berkesan berulang-ulang kali. Ia memerlukan pengorbanan, jerih perih, pelaburan masa, tenaga, wang dan emosi. Ia melibatkan konflik, kontroversi, kegigihan dan kegagalan demi kegagalan serta kekuatan untuk bangkit lebih bersedia menghadapi cabaran seterusnya.

Banyak perkara yang saya ingin kongsi bersama anda dan ada yang saya kongsikan dalam buku “21 Formula Hidup Luar Biasa” setebal hampir 400 muka surat ini. Antaranya adalah tentang kehidupan seharian kita, apa yang kita perlu lakukan untuk mendapatkan kehidupan yang berkat dengan kejayaan, kekayaan dan kebahagiaan.
Salah satu jawapannya adalah amalan baik dan disiplin harian yang konsisten. (dr azizan osman)

Buku yang sangat memberi inspirasi.
Dapatkan segera buku ini 21 FORMULA HIDUP LUAR BIASA
Hanya RM45 (semenanjung / sabah sarawak) harga sudah termasuk kos penghantaran
Untuk mendapatkan buku ini, boleh hubungi saya  sms/watsapp : 0132666559 atau email : roszilaibrahim@gmail.com

Tuesday 12 May 2015

Tepung Megik

Teks: Roszila Ibrahim
Sumber: Aizmall Gedung



Tepung Magik ini bukan sekadar tepung goreng biasa yang ada dipasaran. Keunikan ramuan rempah dan tepung didalam Tepung Magik membuatkan gorengan menjadi sedap. 


Tepung Magik boleh digunakan untuk pelbagai jenis masakan. Tepung serba guna yang mudah, cepat dan boleh dipelbagaikan resipi. Antaranya digunakan untuk udang, sotong dan apa sahaja masakan celup tepung atau salut ke pisang goreng dan boleh juga dimasukkan ke dalam masakan berkuah, yang bergoreng dan ke dalam kuih-muih sebagai bahan perasa menggantikan garam. 
Amat sesuai untuk para suri yang sibuk, untuk remaja yang kurang pandai memasak dan sesuai untuk semua. Rasanya yang sedap, mudah dan jimat masa. Mudah!Kerangupan yang pasti memukau dalam setiap gigitan anda.
Hubungi saya zila sms/watsapp : 0132666559
Tepung magik 540g
PERASA SPICY & ORI
Harga termasuk pos RM 20


Monday 11 May 2015

Kelas Akaun Grup Coaching secara OFFLINE


(Min 6-10 peserta)
Tarikh: 16 Mei 2015 (Sabtu)
Masa: 9.15am-4pm
Lokasi: Putrajaya
Yuran: RM250

























Modul
1. Pengenalan Book keeping and accounting
2. 10 kesalahan yang biasa dilakukan oleh entreprenuer
3. How to do record keeping
4. Basic costing and Pricing. Bagaimana anda meletakkan Harga?
5. Profit & Loss...anda untung @ Rugi????
6. Case Study (full set of Bookeeping)
case study - hands on task. Full cycle how to do book keeping.


Untuk pendaftaran, boleh hubungi saya  email : roszilaibrahim@gmail.com. sms/watsapp : 0132666559

Saturday 9 May 2015

Ekspresi Seni Tapak Tangan Dari Rania Zara

Teks: Roszila Ibrahim
Foto: Peribadi

Assalamulaikum..
Selamat pagi semua. Semoga hujung minggu ini memberi ketenangan dan fikiran yang lapang.

Rania: Cantik tak k.long lukis.
Mama: Cantik, k.long lukis apa ni? Mama tak paham!
Rania: Ni K.long lukis ‘sayang’. Apalah mama, tu pun tak paham.
          smbil ketawa...jap lg K.long warna bagi lagi cantik..





Ini malam tadi punya perbualan antara saya dan anak yang sulung. Rania Zara nama diberi, umur nya 6 tahun. Dia seorang yang suka bercakap dan bercerita. Ekspresi seni lukisan tapak tangan di atas menunjukan maksud yang tersirat yang ditonjolkan. Walaupun hanyalah lukian tapak tangan tetapi ia mengambarkan luahan di atas sekeping kertas yang sangat tulus dan ikhlas dari seorang anak.

Lukisan itu memaparkan ‘sayang’. Sayang kepada papa, mama dan rayyan(adik).
Menurut Rania lagi, tapak tangan tu maksudnya papa pegang tangan mama, mama pegang tangan k.long(Rania) dan k.long pegang tangan adik(Rayyan). Saya sebagai seorang ibu, begitu terharu dengan penjelasan yang diberikan. Hanya sekeping kertas mempunyai sebuah cerita.

Kesimpulanya, sebagai ibu bapa perlulah peka terhadap perkembangan anak-anak kita. Ibu bapa perlulah menyediakan persekitaran yang dipenuhi rasa hormat, kasih sayang dan belas kasihan. Ini merupakan cara terbaik untuk membantu anak kita mengekspresi dirinya, kerana tanpa ini, adalah amat sukar untuk anak kita meluahkan perasaannya.

Ekspresi diri adalah aspek perkembangan kanak-kanak dan ianya sangat penting. Terdapat tiga jenis ekspresi diri iaitu ekspresi Seni, Ekspresi Bermain, dan Ekspresi Membina. Ekspresi seni merupakan salah satu cara terbaik untuk mengekspresi diri. Berikan anak dengan pensil warna dan kertas, dan pastinya kita akan kagum dengan hasil lukisan atau mewarnanya. Mengecat, melukis, mewarna dan menulis merupakan bentuk-bentuk luahan untuk pelbagai emosi yang anak kita rasai atau alami di dalam aktiviti hariannya.

Walaupun hanya melukis objek atau bentuk-bentuk yang tidak berkaitan. Jenis ekspresi diri ini adalah yang paling penting dalam mengembangkan kemahiran komunikasi dan emosi, serta kesedaran psikologi. Melalui karya seni, kita dapat melihat cara anak-anak kita berfikir dan menyelami perasaan  dan menguji keupayaannya.

------------------------------------------------------------------------------------------
Bagi yang berminat menimba ilmu Di ABDR, boleh hubungi saya untuk pendaftaran dan untuk keterangan lanjut email : roszilaibrahim@gmail.com. sms/watsapp : 0132666559. Kalian akan bimbingan group khas di fb dan juga group telegram. Yang menariknya pembelajaran berterusan



Thursday 7 May 2015

Produk Sutra Multipurpose Aromatherapy Spray

Teks : Roszila Ibrahim
Sumber : Dropship Aizmall Gedung

Pastinya semua orang tercari-cari produk yang selamat digunakan bagi memastikan kebersihan dan keselamatan bilik, rumah, pejabat, kereta dan sebagainya. Kini terdapat satu produk yang 100% keluaran bumiputera dan sangat berkesan dan selamat digunakan . Produk tersebut ialah SUTRA MULTIPURPOSE AROMATHERAPY SPRAY.




Amat sesuai untuk semua kegunaan disamping menyegarkan serta mengharumkan.Kegunaannya SUTRA MULTIPURPOSE AROMATHERAPY SPRAY:
@Sebagai pewangi rumah,kereta dan pejabat.
@Pembersih meja makan dan pantry.
@Pembersih dan pengilat semua permukaan bercermin.
@Digunakan bagi melicinkan semasa seterika baju.
Yang paling penting, lipas,semut,lalat ,cicak dan tikus dapat dihindarkan!

Produk yang bebas daripada bahan kimia dan semua bahan yang ada adalah bahan-bahan semula jadi mampu menjamin kesejahteraan keluarga. Terdapat 4 jenis aroma. Antaranya ialah :
@ Lavendar - Lavender sesuai di dapur bagi mengurangkan stress kerja dapur
@ Citrus Berry- Sesuai di bilik tidur
@ Rose- Menenangkan jiwa dan minda sesuai untuk ruang pejabat
@ Pandan- Wangian seakan terlupa seketika keletihan memandu

Harga mampu milik dan sangat berpatutan. Sangat berbaloi dengan hasil yang menakjubkan. Pastikan 1 rumah,1 kereta, pejabat dan sekolah memiliki SUTRA MULTIPURPOSE AROMATHERAPY SPRAY. Produk terlajak HOT!!!

Jom oder:
200 ML 
HARGA RM27 (INC POSTAGE)
Bagi 
berminat memiliki produk SUTRA MULTIPURPOSE AROMATHERAPY SPRAY  boleh hubungi saya  email : roszilaibrahim@gmail.com. sms/watsapp : 0132666559

Wednesday 6 May 2015

Rindu

Teks: Roszila Ibrahim

Assalamulaikum.

Hari baru, bulan baru, saya harap semua sahabat ABDR dan pengunjung blog saya  sentiasa sihat walafiat, diberkati, dirahmati dan  senantiasa ceria dan dimurahkan rezeki.

Selama beberapa hari saya tidak menjengok blog kerana pulang ke kampung halaman. Pasti ramai yang mengambil kesempatan pulang ke kampung halaman masing-masing sempena cuti Hari Pekerja dan Hari Wesak. Saya sekeluarga juga mengambil kesempatan memandangan sudah lama tidak pulang ke kampung halaman di jajahan P.Mas, Kelantan.  Sebenarnya kami sekelurga tidak merancang pun memandangkan ada peluang dan sempena cuti, jadi kami sekeluarga mengambil keputusan untuk menghabiskan cuti di kampung. Khabar gembira untuk pulang ke kampung begitu mengembirakan anak-anak dan keluarga di kampung. Maklumlah sama-sama rindu-merindu.

Kami bertolak ke kampung pada hari khamis lebih kurang 2 petang. Sepanjang perjalanan hujan sangat lebat. Alhamdulillah, kami selamat sampai ke kampung pada jam 9 malam. Walaupun jauh perjalanan dan penat tetapi bila sampai di kampung kepenatan hilang apabila memandang orang tua kesayangan dan hidangan makan malam. Anak-anak bukan main seronok bermain walaupun waktu malam.

Kami bersembang sampai lewat malam dengan pelbagai cerita maklumlah sudah lama tidak jumpa. Pertemuan ini betul-betul mengubat kerinduan. Rindu menatap wajah orang-orang kesayangan, rindu dengan masakan air tangan ibu. Rindu dengan persekitaran kampung, tempat bermain ketika zaman kanak-kanak, rindu jiran tetangga. Rindu dengan masakan tradisi Kelantan. Kepulangan saya ke kampung juga, untuk melawat anak buah baru. Walaupun pulang ke kampung hanya sekejap, tetapi penuh aktiviti makan-makan dan jalan-jalan.


                                             Pokok buah-buahan yang subur di halaman rumah


                                          Pokok Daun Pandan yang subur di belakang rumah

Kesempatan ketika berada di kampung tidak dapat di kongsi sepenuhnya, memandangkan line internet begitu jelas. Rindu betul dengan blog dan ingin sekali berkongsi suasana di kampung.  Rindu juga ingin mengetahui berita-berita terkini ABDR.

Kami sekeluarga doakan orang-orang tersayang terutama mak dan abah  sentiasa diberi kesihatan di panjangkan usia, dimurahkan rezeki, diberkati, dilindungi olehnyaNYA dan diberi kekuatan untuk meneruskan kehidupan seharian. Agar kami dapat terus merasai kasih sayang mak dan abah.