Friday 10 July 2015

Di Sebalik Bulan Ramadhan

Teks: Roszila Ibrahim

Assalamulaikum
Salam Jumaat dan selamat menyambut bulan Ramadhan. Pejam celik, pejam celik, kita semakin dekat untuk meninggalkan bulan yang mulia ini. Semoga 10 malam terakhir ini dapat memberi yang terbaik untuk kita semua. Pelbagai kebaikan yang dikongsi di media sosial tentang kebaikan 10 malam terakhir. Oleh itu, sama-samalah kita memanfaatkan peluang yang datang dengan mengaut amalan pahala yang berlipat ganda ini.

Di sebalik bulan Ramadhan ini, bukan sahaja kebaikan bulan yang mulia ini dikongsi tetapi juga pelbagai juadah untuk bersahur dan berbuka puasa dikongsi di media sosial terutama FB. Tidak ketinggalan aneka resepi biskut dan kek untuk sambutan Hari Raya dikongsi.  Sebelum ini, kurang begitu banyak resepi dikongsi dimedia sosial. Bila masuk sahaja bulan Ramdhan, berbagai-bagai resepi dikongsi.  Dengan adanya resepi, saya merasakan ramai yang teruja untuk memasak sendiri juadah berbuka puasa serta mencuba resepi biskut raya.  Kini, bermacam-macam nama biskut diberi nama.

Dari perhatian saya juga, tidak ketinggalan sepanjang bulan Ramadhan semestinya fesyen  baju raya . Pelbagai jenis baju kurung, aneka jubah samaada jubah lelaki atau perempuan. Tidak ketinggalan fesyen kanak-kanak yang menarik perhatian. Kini, pelbagai pilihan untuk baju raya samaada untuk golongan dewasa atau kanak-kanak. Apa-apa pun belanjalah dengan bijak dan haruslah membeli mengikut badan sendiri atau kemampuan.

Pendek kata, di sebalik bulan Ramadhan saya ingin kongsikan pekara yang baik haruslah kita kongsi bersama supaya kita dapat manfaat serta kebaikan bersama. Akhir sekali saya ingin mengucapkan selamat berpuasa dan selamat Hari Raya yang bakal menjelma tiba tidak lama lagi. 

Wednesday 8 July 2015

Tips 10 malam Terakhir Ramadhan

Tips Utk 10 malam terakhir ramadhan. Semoga ia berguna kepada kita semua.
1. Tidak kira betapa buruk atau baiknya Ramadhan anda, 10 terakhir kenalah kita buat yg terbaik.
2. Dengar atau baca alquran terutama surah AlQadr.. malam 10 terakhir akan adanya malam Lailatulqadar
3. Pilih tempat yang terbaik untuk beribadat samada rumah atau masjid. Jangan berbaring dgn bantal sebab takut terlena.
4. Tutup hphone, laptop, ipad dsb
5. Kalau bersendirian, baca alquran dengan kuat supaya telinga dan hati akan bersama-sama membaca. Kalau ramai, baca seadanya
6. Perbanyakkan dan lamakan sujud supaya lebih berdoa... menangislah kepada Allah swt supaya mendapat berkah dunia dan akhirat
7. Perbanyakkan doa. Mintalah yg baik-baik untuk kehidupan kita yg akan datang. Mintalah apa yang anda mahu dan jangan malu-malu kerana anda sedang meminta dari Allah Yang Maha Kaya. Mintalah secara specific seperti nak pergi Haji, Anak yg soleh,....
8. Perbanyakkan solat taubat untuk memohon keampunan daripdanya diatas segala kelalaian dan kesilapan yg kita telah lakukan.. bertaubat tidak mahu buat lagi perkara-pekara mungkar tersebut.
9. Baca dan hafal doa utk bertemu dengan Lailatulqadar... Allahumma innaka 'afuwwun tuhibbul 'afwa fa'affu'anni.... Ya Allah, Kaulah Maha Pengampun dan Pemberi Ampun maka ampunkanlah aku...
10. Mohon kepada Allah swt utk memberi kamu malam Lailatulqadar dan menerima segala ibadat kamu..
Jika anda rasakan ia tips yg bagus, amalkanlah ia dan sharelah ia..

~ Tips Dari Fidtri Yahya~

Tuesday 7 July 2015

2 Jenis Bisnes Online Yang Mudah

Teks: Roszila Ibrahim
Sumber: Anys Idayu Zakaria


Untuk mereka yang masih mencari- cari peluang untuk memulakan bisnes. Terdapat 2 kaedah  mudah dan senang sangat iaitu:

1. Bisnes Online - JUALAN PRODUK DIGITAL (pakej ebook) Produk yang dibeli oleh pembeli kita akan hantar melalui email, dan mereka download melalui software adobe reader, ebook biasanya berbentuk pdf. Lebih mudah sekarang sebab ramai dah ada telefon canggih-canggih, jadi dengan mudah mereka akan download ebook yang dibeli hanya menggunakan telefon@smartphone sahaja. Mudah untuk kita urus, keuntungan juga berbaloi jika rajin kita usaha. 


2. Bisnes Online - PERKHIDMATAN (kelas online blog). Ini cara mudah untuk kita menjual kemahiran yang kita ada, kita tawar dan bantu mereka yang memerlukan servis ini. Contohnya kami di akademi bekerja di rumah menawarkan kelas online blog. Ok baik, kalian tak ada kemahiran seperti ini. Tak perlu risau. Kalian boleh promosi kemahiran dan pakej yang kami tawarkan untuk memperolehi komisen hasil pendaftran mereka yang mahu belajar kelas online ini. Mudah sahaja. Semua disediakan, kalian hanya promosi. 



Ini adalah contoh mula bisnes online yang tak perlu kita keluar dari rumah. Hanya duduk rumah sahaja. Untuk 2 cara ini, kalian perlu mendaftar sebagai rakan niaga akademi (Pengurus Online Akademi). Sedikit yuran modal diperlukan untuk mendaftar, yang mana yuran tersebut meliputi kelas belajar blog dan juga bonus ebook.



Kami menerima pendaftaran setiap hari. Pilih mana-mana kelas berikut dan daftar mengikut pilihan anda.
1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
- produk sendiri
- dropship makanan sunnah
- dropship produk islami
- dropship produk makanan
- drosphip telekung solat
3. Kelas beriklan mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif
5. Pendaftaran pengurus online
6. Pendaftaran kelas urus akaun wahm soho
7. Tempahan blog bisnes/blog penulisan-siap 3 hari
8. Beriklan bersama kami di http://sohodirectory.blogspot.com/
9. Kelas penulisan ebook premium

Roszila Ibrahim
Pengurus Online ABDR
Sms/ wsapp/ telegram: 013-2666559

Saturday 4 July 2015

2 Cara Tingkatkan Kewangan Ketika Ekonomi Down

Teks: Roszila Ibrahim

2 cara Tingkatkan Kewangan Ketika Ekonomi Down
Keadaan ekonomi Malaysia kini kurang stabil. Lihat sahaja keliling, ramai yang mengadu kenaikan harga barang dan kenaikan harga minyak. semakin hari, semakin tinggi kos sara hidup masyarakat oleh kerana kenaikan harga ini.
Dalam memperbaiki kewangan, hanya terdapat dua cara sahaja.

1)Tingkatkan simpanan- Dengan meningkatkan simpanan, kita perlu berjimat cermat supaya lebih banyak simpanan dapat dilakukan.

2) tingkatkan pendapatan.  Manakala, tingkatkan pendapatan pula, perlu meningkatkan usaha sama ada dalam kerjaya atau berniaga.

~ Tingkatkan penjimatan mungkin mudah bagi ramai antara kita. Caranya, mungkin kurang makan luar, kurangkan perbelanjaan, beli barangan yang perlu sahaja, memilih barangan yang lebih murah, dan sebagainya.
~ Pilihan kedua yang merupakan pilihan yang lebih baik adalah meningkatkan pendapatan. Antara caranya adalah memulakan perniagaan seperti Perniagaan di Internet. Kos perniagaan Internet yang rendah serta capaiannya yang tinggi membolehkan usahawan memulakan dan menjalankan perniagaan dengan risiko yang jauh lebih rendah berbanding dengan membuka kedai atau premis yang memakan belanja yang tinggi ketika waktu ini.
Petikan Dari Irfan Khairi
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dalam memulakan perniagaan Internet juga memerlukan ilmu untuk memastikan kejayaan. 
Jom sertai ABDR sekarang! Sertai kami melalui mana-mana kelas berikut.
1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
- produk sendiri
- dropship makanan sunnah
- dropship produk islami
- dropship produk makanan
- drosphip telekung solat
3. Kelas beriklan mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif
5. Pendaftaran pengurus online
6. Pendaftaran kelas urus akaun wahm soho
7. Tempahan blog bisnes/blog penulisan-siap 3 hari
8. Beriklan bersama kami di http://sohodirectory.blogspot.com/
9. Kelas penulisan ebook premium

Jika sudah  bersedia untuk menggunakan blog sebagai medium pemasaran yang paling efektif, menjadikan blog sebagai medium perkongsian dan blog anda mudah berada di carian google, dan mudah dijejak pembaca, jom sertai KELAS ONLINE BLOG ABDR ini.

Jana pendapatan tanpa perlu keluar rumah. Insya-Allah.

Untuk terus mendaftar boleh hubungi saya bagi yang berminat.
Roszila Ibrahim
Pengurus Online ABDR
Sms/ wsapp/ telegram: 013-2666559


Friday 3 July 2015

Renung-Renungkan

Teks: Roszila Ibrahim

Assalammulaikum

Salam Jumaat dan salam Ramadhan. Alhamdulillah, kita sudah hampir melewati separuh Ramadhan. Semoga kita selalu diberkati dibulan yang penuh mahrifah ini. Amin.



Sekadar untuk renungan di bulan dan hari yang mulia ini.

Allah SWT menciptakan bulan, tetapi bulan Ramadhan yg dimuliakan …
Allah SWT menciptakan hari, tetapi hari Jum’at yg dimuliakan …
Allah SWT menciptakan banyak makhluk, tetapi Manusia yg dimuliakan …
Allah SWT menciptakan nabi & rasul, tetapi Nabi Muhammad SAW yg dimuliakan …
Allah SWT menciptakan kitab, tetapi Al-Qur'an yg dimuliakan …

Thursday 2 July 2015

Adab-adab berniaga


Jangan salah-gunakan hubungan..
+ Kekeluargaan
+ Persahabatan
+ Rakan sekerja
+ Kejiranan
Hanya apabila mereka sendiri yang merayu-rayu, meminta-minta mahu membeli barang kita, barulah boleh kita menjual kepada mereka.
Petikan dari Pn Ainon mohd
------------------------------------------------------------------------------------------------
Selamat datang pelajar-pelajar baru Julai dan sudah masuk hari ke 15 Ramadhan 1436H.
Kami mara 2000 ahli untuk tahun 2015. Kami menerima pendaftaran setiap hari. Pilih mana-mana kelas berikut dan daftar mengikut pilihan anda.
1. Kelas Asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog, fan page, mula bisnes
3. Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif
4. Kelas belajar iklan mudah.my
5. Kelas asas urus akaun wahm/soho-daftar melalui 
6. Kelas penulisan ebook pertama.
7. Pendaftaran pengurus online 
8. Tempahan blog bisnes- 5 hari siap
9. Beriklan dengan kami.
Roszila Ibrahim
Pengurus Online ABDR

Sms/ wsapp/ telegram: 013-2666559

Wednesday 1 July 2015

Kurma Ajwa

Teks: Roszila Ibrahim

Assalamulaikum. Selamat berpuasa kepada semua umat Islam. Semoga kita semua dapat berpuasa dengan baik.

Daripada Anas ra bahawa Rasulullah SAW berbuka sebelum melakukan solat dengan rutab, jika tidak ada rutab baginda akan berbuka dengan kurma dan jika tidak ada kurma baginda akan berbuka dengan minum beberapa teguk air- Abu Dawud & Tirmiziy

Buah kurma senonim dengan bulan Ramadhan. Bila bulan Ramdhan hampir tiba, pasti banyak buah kurma di pasaran. Pada Bulan Ramadhan ini, kita disunatkan memakan kurma oleh Rasulullah SAW, ternyata kurma itu sangat berkhasiat. Pelbagai jenis kurma boleh di dapati. Buah kurma Yusof Taiyyob terutamanya begitu menyerlah di pasaran kerana harganya mampu dibeli oleh semua.

Berpuasa pada tahun ini, dapat juga saya merasai keenakkan kurma ajwa yang sinonim di panggil kurma nabi. Semasa berjalan-jalan di jalan TAR, terjumpa dengan kedai yang menjual pelbagai jenis kurma. Yang menarik perhatian saya adalah kurma Ajwa yang sinonim di panggil kurma nabi. Harga sekilo Rm 150 dan saya yang membeli 100gm, Rm 15 serta saya juga membeli buah kurma segar. 



Warna hitam, tekstur lembut, tidak manis, rasanya hampir mirip kismis dan rasanya sangat sedap berbanding kurma yang pernah saya makan. Seperti yang kita tahu kurma banyak khasiatnya.


Rasa dan tekstur kurma segar merah adalah kelat-kelat manis dan sangat rangup. Memang sedap..