Teks: Roszila Ibrahim
Sumber : Dari Karisma Cosmetik
Sumber : Dari Karisma Cosmetik
Sebelum anda tukar skincare apa perlu
anda buat???
Baca betol-betol ye! Semua orang khusus perempuan
pastinya tidak sabar bila ingin mencuba skincare
baru. Tak sabar nak muka jadi cantik.. Tapi ada beberapa perkara yang anda
perlu tahu sebelum bertukar kepada skincare baru. Hendak tukar skincare perlu
cara yang betul. Tidak boleh suka-suka main guna atau tukar terus je.
Takut-takut nanti kesan gabungan atau reaksi antara produk lama yang sudah
sedia ada di wajah anda dengan produk baru boleh bertukar menjadi racun pulak.
Tips Ringkas:
1.BERHENTI daripada
terus menggunakan produk skincare yang anda gunakan sekarang dalam tempoh 7-14
hari. Boleh sapukan krim pelembap secara halus untuk mengelakkan kulit daripada
menjadi kering. Cuci muka menggunakan air suam atau tuam muka dengan ais ketul.
2. Biarkan wajah kembali neutral selama sekurang-kurangnya 7
hari – untuk membiarkan wajah anda bebas daripada sebarang produk. Penerimaan
kulit kita berbeza-beza, kita tidak mahu nanti kulit kita terkejut dengan
kedatangan produk baru.
3. Sesetangah orang
akan mengalami masalah jerawat, rashes (ruam), kulit kering atau kulit
berminyak pada peringkat permulaan menggunakan produk skincare yang baru. Ini
adalah disebabkan oleh kesan daripada merkuri atau bahan kimia yang terdapat
dalam produk skincare yang pernah anda gunakan sebelum ini. Jangan bimbang
kerana kesan ini bersifat sementara sahaja.
4. Jika produk yang anda gunakan
sebelum ini adalah produk biasa (yang dibeli dari farmasi kecantikan / counter
product / shelf product), tiada merkuri dan wajah anda tiada sebarang masalah,
1 hingga 2 hari sudah cukup untuk neutralkan semula kulit wajah anda – kemudian
boleh terus bertukar kepada produk baru.