Sumber: Google
1. 1. Tanggal 1 Zulhijjah
kesalahan Nabi Adam as telah diampunkan Allah. Oleh itu sesiapa yang berpuasa
pada hari itu dosanya akan diampunkan oleh Allah.
2.
Tanggal
2 Zulhijjah doa Nabi Yunus as diperkenankan Allah. Oleh itu sesiapa yang
berpuasa pada hari itu seperti berpuasa setahun dan dicatitkan baginya seperti
tidak pernah melakukan maksiat.
3.
Tanggal 3 Zulhijjah doa
Nabi Zakaria telah diperkenankan oleh Allah. Oleh itu sesiapa yang berpuasa
pada hari itu doanya juga akan diperkenankan oleh Allah.
4.
Tanggal 4 Zulhijjah
Nabi Isa dilahirkan. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan terhindar
dari kefakiran dan kemelaratan
5.
Tanggal 5 Zulhijjah
Nabi Musa as dilahirkan. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan
terlepas ia dari sifat munafik dan siksa kubur.
6.
Tanggal 6 Zulhijjah
allah telah membukakan pintu-pintu kebajikan kepada nabi-nabiNya. Oleh itu
sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan dipandang oleh Allah dengan pandangan
rahmat.
7.
Tanggal 7 Zulhijjah
pintu neraka Jahannam akan dikunci. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari
itu akan dibukakan 30 pintu kemudahan dan dikunci 30 pintu kesulitannya.
8.
Tanggal 8 Zulhijjah
Nabi Ibrahim telah mendapat perintah supaya menyembelih anaknya Ismail.
Seharian ia berfikir sama ada perintah itu daripada Allah atau dari
Syaitan.Hari itu dinamakan hari Tarwiyah (hari berfikir). Sesiapa yang berpuasa
hari tersebut akan diberikan pahala yang banyak oleh Allah.
9.
Tanggal 9
Zulhijjah Allah telah memberitahu kepada Nabi Ibrahim bahawa mimpinya itu
adalah benar dari Allah, bukan dari syaitan. Oleh itu, hari tersebut terlah
dikenali sebagai 'Arafah' (Hari ketahui).
10. Tanggal 10 Zulhijjah
adalah Hari Raya Aidul Adha (korban) dinamakan juga hari ‘Nahar’(menyembelih).
Barang siapa berkorban pada hari itu dengan seekor korban, maka setiap titisan
darah dari leher haiwan itu akan diampuni Allah akan dosanya serta dosa ahli
keluarganya. Barang siapa yang bersedekah dengan memberi makanan kepada fakir
miskin atau satu sedekah pada hari itu, maka ia akan dibangkitkan oleh Allah
pada hari kemudian dalam keadaan aman dan sentosa serta timbangan amal baiknya
lebih berat daripada Bukit Uhud yang terdapat di Madinah.
------------------------------------------------------------------------------
Bagi yang ingin
memiliki ebook Rahsia Khidmat Pelanggan, Usahawan
Online boleh hubungi
saya.
email: roszilaibrahim@gmail.com
FB: Roszila Ibrahim
-
No comments:
Post a Comment