Alhamdulillah.
Selamat tinggal 2014. Tinggal beberapa jam sahaja lagi 2014 akan melabuhkan
tirai yang meninggalkan pelbagai kenangan pahit manis. 2015 akan mengambil alih
tugas baru untuk kehidupan seterusnya. Pahit manis sepanjang 2014 akan menjadi
memori yang dikenang. Insya Allah semoga tahun 2015 membawa seribu rahmat
dalam kehidupan. Di sini, dapat saya simpulkan tahun 2014 ini ada pahit ada
manis, ada suka dan ada duka. Begitulah kehidupan kita di dunia ini.
Bagi negara pada rasa
tahun ini adalah tahun suram, macam macam terjadi dengan peristiwa menyentuh
perasaan, especially kisah flight MH 370, MH17, musim kemarau, jerebu, Cameron
Highland dilanda banjir kilat dan tanah runtuh, pengakhiran tahun kisah banjir
teruk pantai timur dan timbul pulak isu flight air asia pulak.Ya Allah,
banyaknya ujian dan dugaan Mu pada tahun ini. Pasti ada sesuatu yang lebih baik
disebalik ujian ini dan hikmah di rencanakan Allah swt. Yang penting kita perlu
redha dan kuat dengan ujian yang diberi olehNYA. Bagi saya sendiri, tahun ini
benar-benar meninggalkan satu kenangan dan pengalaman yang sukar digambar. Jadikan
sebagai pengajaran dan pengalaman hidup.
Dalam kehidupan saya sendiri biasa-
biasa aje. Memori indah, ketika bercuti bersama percutian di perlis dan
Langkawi bersama keluarga. Baru-baru ini saya dan suami membawa anak-anak ke
Patrosains di KLCC. Kebanyakan tempat-tempat yang kami lewati lebih kepada
tempat kegemaran anak-anak. Pada bulan Mei tahun ini juga, saya memulakan
langkah memajukan diri dengan menambahkan ilmu di Akedemi bekerja Dari Rumah.
Banyak yang saya belajar melalui Anys Idayu. Kini, saya sudah memiliki blog
sendiri walaupun tidak secantik dan sehebat orang lain serta mula
berjinak-jinak dengan dunia bisnes.
Semoga di tahun 2015 diiringi kejayaan dan kebahagiaan,
samaada dunia blog, bisnes dan juga keluarga. SELAMAT TAHUN BARU 2015,
Semoga kita terus diberkati dan dipermudahkan segala urusan.
---------------------------------------
ABDR menawarkan beberapa produk
pilihan untuk dropship. Hanya pilih yang mana anda suka:
1. Makanan sunnah (air zam-zam, jus
delima, zafaran, jus kurma dan lain-lain)
2. Produk makanan (nasi arab, serunding, keropok keping, tamar coco dan lain-lain)
3. Telekung solat
4. Produk islami (e-iqra, quran digital)
2. Produk makanan (nasi arab, serunding, keropok keping, tamar coco dan lain-lain)
3. Telekung solat
4. Produk islami (e-iqra, quran digital)
Pilih dropship dan belajar hasilkan
kedai online blog. Belajar bagaimana nak mula perkenalkan produk di facebook
dan blog.
Hubungi saya jika anda berminat..email
: roszilaibrahim@gmail.com. sms/watsapp : 0132666559