Masa sebenarnya adalah nyawa kerana
apabila kita diberikan peluang untuk terus bernafas, kita sebenarnya mempunyai
masa untuk memperbanyakkan sumbangan dalam kehidupan, memperbaiki kesilapan dan
sebagainya.
Namun, apa yang
menyedihkan, walaupun telah diperingatkan dengan kepentingan menguruskan masa,
berapa ramai di kalangan kita yang lalai dan leka dalam menjaga masanya.
Bayangkan sesaat masa bagi seorang pakar
bedah yang melakukan pembedahan untuk menyelamatkan nyawa pesakitnya, atau
sesaat bagi seorang olahragawan yang mahu mencipta rekod baru bagi kerjaya
sukannya. Begitulah tingginya nilai masa bagi kita yang tahu bagaimana
menggunakan waktu untuk menambah kualiti kepada kehidupan.
Kehadiran teknologi telefon pintar
dengan pelbagai aplikasi moden seperti Facebook, WhatApps, Twitter dan sebagainya
boleh menyumbang kepada kualiti masa kita jika kena caranya. Namun akan
merosakkan waktu kita jika kita gagal mengurusnya dengan baik.
Ini kerana menurut cerdik pandai,
orang yang waktunya berkat adalah mereka yang dapat melakukan banyak perkara
dalam waktu yang singkat, namun orang yang mempunyai waktu yang panjang tetapi
tidak dapat melakukan perkara yang bermanfaat adalah orang yang sedang
menghabiskan umurnya dengan sia-sia dan kehidupannya tidak ada keberkatan.
Sebab itu dalam hidup ini kita jangan menjadi
pencuri masa kerana masa yang paling kualiti adalah masa kita sekarang, oleh
itu jangan dibazirkan masa sekarang dengan kekesalan atas kesilapan lalu, atau
kita sibuk risaukan masa hadapan yang belum tentu menjadi milik kita.
Hakikatnya WAKTU juga adalah makhluk
yang perlu diraikan dengan bersungguh-sungguh. Ini bermakna waktu juga harus
disantuni sebagaimana kita menyantuni manusia lain yang berada di sekeliling
kita. Oleh itu hargailah waktu yang kita ada supaya apabila kita kehilangannya
kelak kita tidak berasa rugi dan menyesal.
----------------------------------------------------------------------------------------------------
Waktu paling TERBAIK untuk mula
bisnes?
SEKARANG. YA LAKUKANNYA MULAI SEKARANG.
SEKARANG. YA LAKUKANNYA MULAI SEKARANG.
Mencari duit lebih?. Yuran sekali sahaja kalian akan dapat
1. Dibimbing buat blog
2. Dapat Ebook
3. Kumpulan sokongan- Insya Allah kalau anda aktif momentum anda sentiasa akan meningkat
4. Komisyen - bergantung pada usaha anda
Semua atas talian
cuma perlu ada laptop/komputer/smart phone & internet. Hubungi saya jika anda berminat..email : roszilaibrahim@gmail.com.
sms/watsapp : 0132666559
No comments:
Post a Comment