Letak sumber dari
mana kita ambil bahan tersebut jika dari perkongsian orang lain.
Jangan main cedok sahaja.
Etika menulis. (Pn Masayu Ahmad)
1. Kita mahu menulis tetapi tidak
ada idea. Mulalah dari diari harian dan kisah pengalaman diri sendiri dahulu.
2. Kita mahu berkongsi dan mahu
memberi inspirasi. Banyak idea dan penulisan orang lain lalu kita teruja copy
dan tekan butang share. Pastikan ada sumber asal penulis tersebut.
3. Kita baca dan ambil semula poin
kisah inspirasi tersebut, kemudian buat olahan baru menggunakan ayat sendiri.
Inilah dinamakan tulis semula dan berikan idea segar yang baru.
4. Keterujaan utama apabila di
facebook melintas kisah atau ayat ayat menginspirasikan. Kita copy, paste dan
kongsi semula di status tanpa meletak sumber asal. Ini tidak beretika langsung.
(Sumber : Kelas asas blog dan
penulisan)
Apa yang kita belajar dalam kelas
asas blog dan penulisan.
a.. Menulis cara santai, tetapi
masih lagi mengekalkan Bahasa Melayu formal. Ini salah satu cara menarik minat
pembaca suka dan datang lagi ke blog.
b. Bina tapak awal memperkenalkan
diri kepada pembaca/bakal pelanggan.
c. Belajar menulis dan latihan
menulis untuk dapatkan momentum.
d. Teknik tulisan yang mempengaruhi
pembaca datang dan datang lagi.
e. Bergabung dengan lebih rami
blogger- untuk membantu aliran trafik ke blog.
f. Ramai yang mahu bermula
tetapi tidak tahu cara, menulis boleh dilatih jika tahu teknik yang betul.
g. Mengetahui teknik yang betul, apa
yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog.
h. Sudah ada blog, tetapi sudah
tidak ada idea untuk meneruskan usaha berblog.
Jika kalian berada dalam salah satu kategori di atas, boleh
sertai kami dalam kelas asas blog dan penulisan. Analisa dahulu sebelum masuk
kelas. Bagi yang berminat boleh hubungi
saya bagi yang berminat.
Roszila Ibrahim
Pengurus Online ABDR
Sms/ wsapp/ telegram:
013-2666559
No comments:
Post a Comment