Wednesday, 15 October 2014

Jangan Biarkan Masa Berlalu Begitu Sahaja

Teks: Roszila Ibrahim

Sehari ada 24 Jam. Setiap saat kita perlu isi masa kita dengan perkara-perkara yang boleh memajukan diri atau orang-orang disekeliling kita. Pun begitu, kita juga perlukan rehat. Tinggal 2 bulan lebih sahaja lagi untuk memasuki tahun baru. Kita sebagai seorang manusia mempunyai pemikiran yang boleh menentukan mana yang membawa manfaat dan mana yang membawa sia-sia.

Oleh itu, ,masa yang ada haruslah digunakan sebaik mungkin supaya tidak sia-sia begitu sahaja. Begitu tinggi nilai masa kerana masa yang berlalu tidak akan berulang dan tidak boleh diganti. Masa itu bukan emas, tetapi masa itu lebih berharga dari emas iaitu kehidupan.

"Ya Allah! Aku berlindung dengan nama-Mu dari rasa sedih dan duka.
Aku berlindung dengan nama-Mu dari rasa lemah dan malas.
Aku berlindung dengan nama-Mu dari sifat bacul dan kikir.
Aku berlindung dengan nama-Mu dari beban hutang dan penindasan orang."

Doa ini memberi kesan kepada jiwa untuk lebih bersemangat, mengurus masa dan urusan lain samaada memberi idea, masa dan tenaga untuk manfaat bersama. Orang yang mensia-siakan masa dengan kerja tidak berfaedah dan tidak suka  untuk berkongsi idea dan tenaga pada perkara kebaikan sangat dibenci oleh Allah S.W.T.
Pepatah Arab ada menyatakan :

"Masa itu seperti pisau. Jika kamu tidak memotongnya, ia pula memotong kamu!"
__________________________________________________________________________
 Pendaftaran masih dibuka. Cepat-cepat bertindak untuk kita mula langkah pertama. 

TINDAKAN IMPAK PALING BERKESAN untuk kita BERJAYA

 Pilihan kelas yang dianjurkan oleh AKADEMI BEKERJA DI RUMAH :

1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
-produk sendiri
-dropship makanan sunnah
-dropship produk makanan
-dropship telekung solat
-dropship produk islamik
3. Kelas beriklan mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif
5. Pendaftaran pengurus online
6. Pendaftaran kelas urus akaun wahm soho
7. Tempahan blog bisnes/blog penulisan-siap 3 hari
8. Kelas penulisan ebook


Kenapa kelas ini diadakan? Inilah sumbangan kami terhadap wanita dan suri rumah baik yang bekerja di luar mahupun di rumah saja. Kami sedia membantu anda untuk menyampaikan ilmu di blog atau berniaga online melalui blog dengan teknik yang betul. 
Bagi sesiapa yang berminat untuk bekerja dari rumah dan juga menjana pendapatan dari rumah, bolehlah hubungi saya email roszilaibrahim@gmail.com dan FB Roszila Ibrahim

Tuesday, 14 October 2014

Jaga Lidah Bila Berkata-Kata

Teks: Roszila Ibrahim

Assalamualaikum...

Setiap kata-kata itu adalah doa, oleh itu sentiasalah berkata yang baik sama ada untuk diri sendiri atau sesama saudara. Bak kata pepatah terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata, buruk padahnya. Kita lahir dengan dua mata, dua telinga tapi kita hanya diberi satu mulut. Ini kerana mulut adalah senjata yang sangat tajam. Mulut mampu menyakiti, mampu membunuh, menggoda dan banyak lagi. Oleh itu, sentiasa menjaga bila berkata-kata.


Berkata-kata memang mudah tapi sedarkah kita bahawa setiap kata-kata itu adalah doa. Sebaik sahaja kita menuturkan kata-kata tersebut memang tidak boleh ditarik balik. Kadang-kadang kita tak sedar apa yang kita perkatakan menyinggung hati dan perasaan orang lain, mungkin kita berniat baik tapi tapi tanpa disedari kata-kata tersebut tidak dapat diterima oleh orang tersebut.

Sebaiknya sebelum berkata-kata kita fikir dulu apakah sesuai kata-kata itu disampaikan. Jika baik kata-kata yang dilafazkan, kita berdoa yang terbaik tetapi jika buruk kata-kata yang dilafazkan maka kita berdoa yang buruk.  Peringatan ini untuk diri sendiri dan untuk semua.  Renung-renungkan dan selamat beramal.

Monday, 13 October 2014

Pentingnya Mentor

Teks: Roszila Ibrahim

Salah satu tips untuk berjaya adalah berguru atau mempunyai mentor yang betul, supaya usaha yang kita lakukan tidak sia-sia. Apa jua bidang yang kita ingin ceburi atau minat perlukan mentor atau guru dan barulah diiringi kejayaan. Persoalan yang sering ditanya oleh mereka yang mahu jadi usahawan adalah bagaimana mencari mentor yang sanggup berkawan dengan mereka dan membimbing serta memberikan khidmat nasihat agar mereka juga turut sama berjaya dalam perniagaan seperti mentor mereka itu. Cari mentor usahawan yang berjaya dan pelajari ilmu mereka bagaimana mereka boleh berjaya. Pilih mentor yang dapat membimbing kita dengan ilmu, sistem dan tindakan yang betul  supaya proses kejayaan menjadi lebih pantas.



Kesimpulannya di sini, kita seharusnya mencari pembimbing, pemandu penasihat dan pembantu untuk menjadi seorang yang berjaya. Tidak ada manusia yang pandai sendiri tanpa ia berguru dengan seseorang ataupun dengan sesuatu sumber. Secara logik seseorang itu belajar ia mesti melalui sumber tertentu atau dengan seseorang guru.
________________________________________________________________
Alhamdulillah pendaftaran ke kelas online blog juga semakin rancak.
Kelas Mula Bisnes Online:
-suri belajar membuat tempahan
-suri belajar menerima transaksi
-suri belajar mengurus pelanggan
-suri belajar skrip jualan
-suri belajar dan tahu produk fizikal atau produk digital
Bagi sesiapa yang berminat untuk bekerja dari rumah dan juga menjana pendapatan dari rumah, bolehlah hubungi saya email roszilaibrahim@gmail.com


Saturday, 11 October 2014

Selamat Berhujung Minggu

Teks: Roszila Ibrahim

Selamat berhujung minggu semua. Di hujung minggu ni, mesti ada yang mengambil peluang bersantai-santai bersama keluarga, tidak pun mesti sibuk dengan kenduri kendara atau pergi bercuti dan mungkin megambil peluang balik kampung. Apa pun aktviti, semoga semuanya bergembira dan ceria selalu. Kalau yang tidak ada aktiviti eloklah membawa anak-anak  ke Bananana Hari Kantin 2014 yang sedang berlangsung Seri Pentas.

Thursday, 9 October 2014

Ebook Rahsia Khidmat Pelanggan Online

Teks: Anysidayu Zakaria
Gambar : Ebook ABDR 




PROMOSI OKTOBER
MILIKI EBOOK RAHSIA KHIDMAT PELANGGAN USAHAWAN ONLINE
Dengan harga RM30, Bonus 1 lagi ebook lain.
Rahsia Khidmat Pelanggan, Usahawan Online
Bab 1: Urusniaga Online
Bab 2: Mengembirakan Pelanggan
Bab 3: Membina Keyakinan pelanggan
Bab 4: Menawan Hati Pelanggan
Bab 5: Menghargai Pelanggan
Bab 6: Kuasa Khidmat Pelanggan
Bab 7: Khidmat Pelanggan Profesional
Bab 8: Kuasa Suara Dan Gerak Hati
Bab 9: Tingatkan Bilangan Pelanggan Setia
Bab 10: Tingkatkan Keuntungan Dengan Kuasa Pelanggan Gembira
Siri 1 (terbit 25.9.2014)
RM30 (untuk pembeli 50 terawal sahaja)
Pembelian dengan harga RM30 akan menerima bonus 1 ebook lain.
Harga selepas ini RM50
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
Bagi sesiapa yang berminat untuk bekerja dari rumah dan juga menjana pendapatan dari rumah, bolehlah hubungi saya email roszilaibrahim@gmail.com

Friday, 3 October 2014

Salam Aidil Adha

Teks: Roszila Ibrahim



Assalamulaikum..

Bagi yang berpuasa hari ini atau esok saya ucapkan selamat berpuasa semoga segala amalan yang dilakukan mendapat rahmat dari Allah swt.

In shaa Allah hari Ahad ini kita semua akan merayakan Hari Raya Aidil Adha. Tentu ramai yang membuat persedian walaupun tidak semeriah hari raya puasa.

Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha dari saya untuk Pengasas Kelas Online Puan 
Masayu Ahmad dan Guru Online Anys Idayu zakaria serta semua rakan-rakan ABDR.
---------------------------------------------------------------------------------
Pilihan kelas yang dianjurkan oleh AKADEMI BEKERJA DI RUMAH :
1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
- produk sendiri
- dropship makanan sunnah
- dropship produk islami
- dropship produk makanan
- drosphip telekung solat
3. Kelas beriklan mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif
5. Pendaftaran pengurus online
6. Pendaftaran kelas urus akaun wahm soho
7. Tempahan blog bisnes/blog penulisan-siap 3 hari
8. Beriklan bersama kami di http://sohodirectory.blogspot.com/
9. kelas penulisan ebook premium
Pendaftaran Kelas Online/Offline Blog dibuka setiap hari
Bagi sesiapa yang berminat untuk bekerja dari rumah dan juga menjana pendapatan dari rumah, bolehlah hubungi saya email roszilaibrahim@gmail.com


Thursday, 2 October 2014

BULAN ZULHIJJAH

Teks: Roszila Ibrahim
Sumber: Google


1.      1.  Tanggal 1 Zulhijjah kesalahan Nabi Adam as telah diampunkan Allah. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu dosanya akan diampunkan oleh Allah.

2.      Tanggal 2 Zulhijjah doa Nabi Yunus as diperkenankan Allah. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu seperti berpuasa setahun dan dicatitkan baginya seperti tidak pernah melakukan maksiat.

3.      Tanggal 3 Zulhijjah doa Nabi Zakaria telah diperkenankan oleh Allah. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu doanya juga akan diperkenankan oleh Allah.

4.      Tanggal 4 Zulhijjah Nabi Isa dilahirkan. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan terhindar dari kefakiran dan kemelaratan

5.      Tanggal 5 Zulhijjah Nabi Musa as dilahirkan. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan terlepas ia dari sifat munafik dan siksa kubur.

6.      Tanggal 6 Zulhijjah allah telah membukakan pintu-pintu kebajikan kepada nabi-nabiNya. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan dipandang oleh Allah dengan pandangan rahmat.

7.      Tanggal 7 Zulhijjah pintu neraka Jahannam akan dikunci. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan dibukakan 30 pintu kemudahan dan dikunci 30 pintu kesulitannya.

8.      Tanggal 8 Zulhijjah Nabi Ibrahim telah mendapat perintah supaya menyembelih anaknya Ismail. Seharian ia berfikir sama ada perintah itu daripada Allah atau dari Syaitan.Hari itu dinamakan hari Tarwiyah (hari berfikir). Sesiapa yang berpuasa hari tersebut akan diberikan pahala yang banyak oleh Allah.

9.      Tanggal 9 Zulhijjah Allah telah memberitahu kepada Nabi Ibrahim bahawa mimpinya itu adalah benar dari Allah, bukan dari syaitan. Oleh itu, hari tersebut terlah dikenali sebagai 'Arafah' (Hari ketahui). 

10.  Tanggal 10 Zulhijjah adalah Hari Raya Aidul Adha (korban) dinamakan juga hari ‘Nahar’(menyembelih). Barang siapa berkorban pada hari itu dengan seekor korban, maka setiap titisan darah dari leher haiwan itu akan diampuni Allah akan dosanya serta dosa ahli keluarganya. Barang siapa yang bersedekah dengan memberi makanan kepada fakir miskin atau satu sedekah pada hari itu, maka ia akan dibangkitkan oleh Allah pada hari kemudian dalam keadaan aman dan sentosa serta timbangan amal baiknya lebih berat daripada Bukit Uhud yang terdapat di Madinah.
------------------------------------------------------------------------------
Bagi yang ingin memiliki ebook Rahsia Khidmat Pelanggan, Usahawan Online boleh hubungi saya.
email: roszilaibrahim@gmail.com
FB: Roszila Ibrahim 




-