Hobi boleh menjadi salah satu peluang perniagaan untuk
menghasilkan pendapatan sampingan. Ramai wanita di luar sana yang
berstatus suri rumah mempunyai kemahiran yang amat luar biasa. Contohnya, hobi suka memasak, tangkap gambar, menulis,
bijak bertukang, minat mengumpul barang antik dan ada yang pandai menganyam, mengait, menjahit, menulis artikel
pendek, penulis cerita dan pandai
menenun, dan sebagainya. Ianya haruslah
ditonjolkan oleh surirumah bukan sahaja sebagai hobi bahkan mampu menjana
pendapatan dari kemahiran tersebut. Menjadikan hobi kegemaran ke dalam
perniagaan yang menguntungkan tidak begitu sukar seperti yang fikirkan.
1. Pertama sekali kena
berfikiran positif. Inilah aset
yang paling penting sebelum memulakan sesuatu dan sikaplah yang akan menentukan
kejayaan. Jika ingin meneruskan impian dan mahu ia menjadi realiti, mesti
mempunyai sikap positif serta kesanggupan untuk melakukannya. Sebagai
suri rumah yang sentiasa sibuk sememangnya akan ada halangan dan janganlah
berputus asa. Anda memang boleh melakukannya.
2. Penentu segala-galanya
untuk berjaya. Tiada
jalan mudah untuk berjaya dan sememangnya akan ada masalah di pertengahan jalan
anda nanti. Usaha dan usaha lagi.
3. Beritahu apa produk yang
jual. Untuk menjana
pendapatan sampingan dengan lebih efektif, kenalah memberitahu semua orang apa
yang anda jual sama ada ia barangan ataupun perkhidmatan. Jika tidak, orang
tidak akan tahu walaupun ada kehendak dari pasaran. Anda boleh memilih
cara konvensional ataupun secara online. Maklumat pemasaran
boleh didapati dengan mudah melalui internet.
4. Pilih saluran yang
betul. Pastikan ianya
saluran yang betul. Kajian boleh dilakukan sebelum memasarkan
barangan.
5. Strategi pemasaran
kena ada. Harus tahu dengan
siapa nak jual produk anda. Ia bagi mengurangkan masa supaya tidak
mensasarkan golongan yang salah.
6. Mesti bersikap jujur
selalu. Barang
yang di jual kenalah berkualiti dan mesti sentiasa menetapi janji sekiranya
sudah memberi janji dengan pelanggan seperti contoh tempoh penghantaran atau
syarat-syarat pengembalian sekiranya rosak di dalam perjalanan dan sebagainya.
Oleh itu, melalui
aktiviti kegemaran kita atau lebih senang dipanggil hobi, boleh menjana pendapatan kita. Kelebihan yang ada dalam diri
kita mestilah dimanfaatkan sebaiknya hingga boleh menjadi sumber pendapatan.
Kelebihan seseorang mungkin berbeza. Gunakan peluang yang
ada untuk mengeksploitasi kelebihan kita.
Tidak mustahil, melalui hobi sahaja
seseorang boleh raih pendapatan yang
lumayan hingga mencecah ribuan ringgit.
Mulai sekarang kaji kelebihan diri kita. Gunakan kelebihan itu untuk menjana pendapatan.
Minat yang mendalam terhadap sesuatu, pastinya memotivasikan kita untuk
memberikan yang terbaik.
...........................................................................................................
Perkara asas yang
perlu ada untuk memulakan kedai online pertama.
1. Cipta Fan Page di
Facebook
2. Cipta Blog
Buat dua perkara asas ini dahulu, insya-Allah anda akan nampak peluang-peluang menambah pendapatan.
2. Cipta Blog
Buat dua perkara asas ini dahulu, insya-Allah anda akan nampak peluang-peluang menambah pendapatan.
Masih blur, dan perlu
panduan serta tunjuk ajar, sertai kami di AKADEMI BEKERJA DI RUMAH (PANDUAN
MENJANA PENDAPATAN HANYA DARI RUMAH).
Juga ada sebarang kemusykilan
boleh hubungi:
Email : roszilaibrahim@gmail.comFB : roszila ibrahim / sms/watsapp : 01129605770
Email : roszilaibrahim@gmail.comFB : roszila ibrahim / sms/watsapp : 01129605770
No comments:
Post a Comment