Sentiasa
Ingin Belajar
Saya yakin ramai yang pernah mendengar ungkapan “Lebih banyak
belajar, lebih banyak perkara yang kita tahu”. Ilmu amatlah penting dalam
kehidupan seharian kita. Ilmu amat penting kepada manusia untuk memperbaiki
kehidupan. Ilmu boleh diumpamakan pelita yang menerangi kegelapan hidup
manusia. Walaupun saya tamat pengajian, pernah bekerja dan kini menjadi
surirumah tapi tidak bermakna mencari ilmu terhenti begitu sahaja. Contohnya
sebagai surirumah sepenuh masa sentiasa belajar memperbaiki diri menjadi lebih
baik. Dalam kehidupan seharian saya
sentiasa mempelajari benda baru seperti dunia masakan. Sentiasa memperbaiki
dalam masakan dan mencuba pelbagai resepi untuk orang tersayang. Selain itu,
belajar dalam mendidik anak-anak dengan penuh kesabaran. Pendek kata, sentiasa
belajar dan dari hari ke hari.
Selain itu, dalam mengisi masa terluang bersama anak-anak
saya menyertai Akedemi Kerja Dari Rumah dari mentor saya Anysidayu Zakaria.
Begitu juga pengetahuan saya mengenai blogging adalah sangat sedikit dan
apabila saya mula berjinak-jinak dengan dunia blog saya dapat belajar satu demi
satu perkara baru hari demi hari. Sebelum ini saya hanya tahu baca dari blog
orang lain. Ungkapan “lebih banyak belajar, lebih banyak perkara yang kita tahu”
adalah begitu relevan sekali. Apabila kita meneroka lagi perkara baru itu, kita
akan menemui lagi perkara baru dan seterusnya. Ini adalah satu proses yang
berterusan dan sebenarnya menjadikan kita lebih berkemahiran dalam apa jua
bidang termasuklah dunia blog.
Banyak lagi tips yang boleh diperolehi dalam ebook belajar asas
blog ini. Untuk mendapatkan ebook belajar asas blog boleh Hubungi
email:
roszilaibrahim@gmail.com
FB: Roszila
Ibrahim
No comments:
Post a Comment