Teks: Roszila Ibrahim
Hari ini kandungan saya genap 4 bulan dan ini adalah
bakal anak ketiga. Pengalaman saya mengandung anak ke 3 sangat berbeza
berbanding yang sebelum ini. Perbezaaan yang ketara, diawal-awal kehamilan
tidak boleh bau dan hilang selera makan . Kini, masalah bau sudah hilang tetapi
bab makan hanya boleh makan sekali sahaja dan saya banyak makan buah. Kehamilan
anak pertama dan kedua, saya tidak mengalami masalah tetapi sekadar pening dan loya
sahaja. Apapun, saya bersyukur kerana tidak
mengalami masalah yang terlalu teruk sangat.
Setiap
orang mengalami masalah atau pengalaman berbeza ketika hamil dan perubahan
emosi yang tidak sama ketika hamil. Kehamilan boleh membuatkan kita ketawa dan
menangis tanpa sebab. Ia berlaku kerana perubahan hormon ketika kehamilan. Ada
yang muram dan ada yang ceria. Tidak kurang juga bakal ibu yang mengalami
tekanan perasaan.
Apapun
doakan untuk saya dan ibu-ibu yang pregnant
serta tahniah buat bakal ibu yang baru
mendapat tahu pregnant. Pastikan berikan yang terbaik untuk bayi dalam kandungan kita. Anak merupakan
anugerah untuk kita dan amanah untuk kita dari Allah swt.
HAK
anak kita yang wajib kita berikan semasa dalam kandungan adalah:
-Setiap hari membaca Ayat ayat SUCI AL QURAN
-Setiap hari BERZIKIR
-Setiap hari melakukan kebaikan dengan BERSEDEQAH (walaupun seringgit)
-Jaga Akhlak
-Amal ibadat WAJIB jangan tinggalkan
Jika semua di atas kita lakukan insyaAllah, anak yang bakal kita lahirkan akan menjadi seorang anak yang mendengar kata, comel, sihat cergas dan semua kebaikan Allah akan beri pada anak anak kita tetapi jangan lupa BERDOA. Jangan lupa berikan nama yang baik kerana maksud nama anak anak akan membawa IMPAK yang besar pada hidupnya kelak.

*******************************************************
Untuk dapatkan ebook ini, kalian
boleh buat pembelian terus melalui saya.
Boleh hubungi saya email :
roszilaibrahim@gmail.com. sms/watsapp : 0132666559
No comments:
Post a Comment