Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Dulu lain sekarang lain. Dulu susah sangat hendak jejak kawan-kawan lama dan
kini begitu mudah untuk mencari dan menjejak kawan-kawan lama dengan
FB,whatsapp, telegram, wechat dan macam-macam lagi. Kemodenan hari ini telah
menumukan saya dengan kawan-kawan semasa berada di tingkatan 6 ketika sama-sama
menuntut di Sekolah Menengah Panglima Raja, Pasir Mas. Semalam tertubuhnya
group whatsapp, walaupun sebelum ini, ada di antara kami berhubung melalui FB.
Melalui group whatsapp, hubungan antara kami semakin
rapat. Walaupun ada di antara kami terlalu sibuk tetapi tetap memberi respon di
dalam setiap cerita diutarakan. Berbeza dengan berhubung dengan FB. Melalui FB,
kami kadang-kadang berhubung, dan masing-masing membuat hal sendiri. Walaupun
ahlinya tidak seramai semasa saya berada di dalam kelas tetapi ia membuat saya
dan kawan-kawan lain begitu gembira dan teruju. Kami saling meluahkan kerinduan
dan saling menghantar gambar. Maklumlah,
terpisah lebih kurang 13 tahun.
Masing-masing sudah bekeluarga, mempunyai anak dan
mempunyai kerjaya serta tangungjawab masing-masing. Melalui episod jejak kasih
semalam, pelbagai cerita kami berkongsi, ada yang melalui proses berpantang,
ada juga yang masih tidak mempunyai anak. Pelbagai tip, resepi petua di
kongsikan di antara kami. Ada juga
cerita menyedihkan kami kerana ada sahabat kami telah kembali ke rahmatullah. Kini,
kami masih mencari dan menjejak
kawan-kawan lama seramai mungkin. Gembiranya hati dapat bersembang
dengan kawan-kawan lama walaupun tidak bersua muka.
------------------------------------------------------------------
Bagi yang berminat menimba ilmu Di
ABDR boleh
hubungi saya untuk pendaftaran dan untuk keterangan lanjut email
: roszilaibrahim@gmail.com. sms/watsapp : 0132666559. Kalian akan bimbingan
group khas di fb dan juga group telegram. Yang menariknya pembelajaran
berterusan.
No comments:
Post a Comment