Tuesday, 5 August 2014

Salam Aidilfitri

Teks: Roszila Ibrahim

Assalamua'laikum

Sudah lama saya tidak kemaskini blog saya. Dekat kampung internet  tak boleh. Di kesempatan ini saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin. Walaupun hari ini sudah 9 Syawal tetapi masih lagi terasa kemeriahan hari raya. Yang paling seronok dapat berkumpul bersama-sama keluarga. Kini, ada yang mula merancang nak buat rumah terbuka untuk sanak saudara dan sahabat handai. Maklumlah raya kan sebulan!

Sebelum mengundur diri saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Adilfitri, Maaf Zahir dan Batin buat yang mengenali diri saya. Tidak lupa kepada Pn.Masayu Ahmad, Pengasas Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR), Pn. Anys Idayu Zakaria selaku Guru Online ABDR dan  rakan-rakan yang bersama-sama berada di Akedemi. Terima kasih atas ukhuwah ini. Maafkan saya andai ada tersilap kata, terkasar bahasa.

Akhir kata, Salam Aidilfitri.. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.

Salam Sayang, roszilaibrahim@gmail.com, FB: roszilaibrahim, sms/watsapp:01129605770


Friday, 25 July 2014

Seronoknya Balik Kampung

Teks: Roszila Ibrahim

Hari ini saya sekeluarga balik kampung, tidak dapat digambarkan seronoknya kerana sudah lama tidak balik kampung. Tidak sabar nak buka puasa bersama orang tersayang. Perkara yang paling menggembirakan bagi anak yang duduk di perantauan ialah bila dapat balik kampung. Itulah masanya dapat berkumpul dan bermesra dengan ramai adik-beradik dan sanak-saudara, bertanya khabar serta berkongsi pelbagai peristiwa menarik.  Balik kampung bertemu sanak-saudara, terutama pada musim perayaan, memang sangat menyeronokkan. Saya ni, mempunyai keluarga besar, adik beradik ada tujuh orang dan anak buah pun ramai, ruang rumah riuh seperti dalam pasar, yang penting waktu yang diluangkan dengan mereka berkualiti, bukan sia-sia.


Terbayang makanan dan suasana di kampung bila syawal menjelang. Punya semangat hendak balik kampung, malam tadi semua pakaian sudah dimasukkan dalam bag dan segala kelengkapan anak diutamakan. Pagi ini cuma kemas rumah dan pastikan barang-barang yang hendak bawa bawa balik ke kampung tidak tertinggal. Cuma yang tidak seronok balik kampung  jalan pasti sesak dangan kenderaan. Apapun  demi hendak balik kampung punya pasal, terpaksalah tempuhi kesesakan jalan raya dengan penuh sabar. Makan sambal serta ikan celup tepung..tak sabarnya nak balik kampung.

***********************************************
Bergabung dengan kami lebih 400 blog. Setiap hari alhamdulillah kami menerima pendaftaran baru. Pilih mana-mana kelas berikut.
1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog, fan page mula bisnes
3. kelas beriklan mudah.my
4. Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif
5. Kelas akaun wahm/soho
6. Kelas penulisan ebook pertama
7. Pendaftaran pengurus online-setiap hari
8. Tempahan blog bisnes/penulisan-3 hari siap
9. Beriklan dengan kami di sinihttp://sohodirectory.blogspot.com/
10. Keterangan lanjut tentang kelas dan pakej yuran boleh baca di sini 
http://akademibekerjadirumah.blogspot.com/

Juga ada sebarang kemusykilan boleh hubungi:

Email : roszilaibrahim@gmail.com
FB : roszila ibrahim / sms/watsapp : 01129605770

Thursday, 24 July 2014

Amalan Pemberian Duit Raya

Teks: Roszila Ibrahim



Pemberian duit raya semakin subur dibudayakan di kalangan masyarakat setiap kali tibanya Aidilfitri. Bermacam-macam warna sampul duit raya. Teringat zaman kanak-kanak, suka sangat dapat duit raya dan kini giliran kita yang pemberi duit raya. Minggu depan syawal bakal menjelang tiba, pasti sudah ramai yang menukar wang sebagai duit raya. Setiap bank akan menyediakan wang kertas baru yang bernilai RM1, RM 5, RM10, RM 50 dan RM 100. Biasanya pelanggan akan menukar wang RM 1, RM 5 dan RM 10. Terlalu sedikit yang ingin menukar wang kertas RM 50 dan Rm 100. Kalau ada pun dikhususkan kepada anak sendiri, ibubapa dan datuk nenek. Jumlah wang yang ditukar bergantung kepada kemampuan.

Sudah menjadi tradisi apabila tibanya hari raya maka antara peruntukan yang perlu disediakan adalah duit raya untuk diberikan pada kanak-kanak. Sesuai dengan perubahan zaman, jika dahulu pemberian duit raya berbentuk kepingan duit syiling tetapi kini paling kurang duit kertas satu ringgit. Bagi nampak lebih menarik duit akan dimasukkan ke dalam sampul sebelum diberi kepada kanak-kanak.

Kanak-kanak akan mengunjungi rumah-rumah disekitar kampung atau taman perumahan dengan tujuan utama bersalaman dan beraya dengan tuan rumah dengan harapan untuk memperolehi duit raya. Sikap dan telatah kanak-kanak sebenarnya menceriakan suasana hari raya aidilfitri yang disambut cuma sekali setahun. Amalan ini boleh mengeratkan hubungan silaturrahim dan semangat kekitaan sesama umat islam. Amalan pemberian duit raya juga merupakan konsep sedekah contohnya dengan niat memberi kepada kanak-kanak serta orang tua dan nilainya terpulang kepada keikhlasan dan kemampuan si pemberi.

Sepanjang bulan Syawal  ramai yang akan mengadakan rumah terbuka bertujuan meraikan ahli keluarga, saudara mara dan sahabat handai dengan menyediakan juadah yang pelbagai jenis makanan dan kuih muih yang boleh dinikmati oleh tetamu yang hadir. Sewaktu majlis rumah terbuka juga duit raya akan diberikan kepada kanak-kanak yang turut hadir bersama-sama tetamu yang dewasa. Tetamu yang berkunjung ke rumah terbuka pula secara adat akan membawa duit raya dan diberikan kepada anak-anak tuan rumah dan kepada kanak-kanak lain yang turut berada di dalam majlis rumah terbuka tersebut


Wednesday, 23 July 2014

Keselamatan Di Musim Perayaan

Saya sangat tertarik dengan rancangan bual bicara ‘Wanita Hari Ini’ yang mengetengahkan topik ‘Keselamatan Di Musim Perayaan’ yang dibincangkan dan bukan itu sahaja dalam Harian Metro juga mempaparkan topik lebih kurang sama iaitu Tip Keselamatan Elektrik. Dengan kedatangan hari lebaran 1 Syawal ini, ramai yang akan pulang ke kampung berhari raya meninggalkan rumah dalam tempoh yang agak panjang. Begitu juga saya, rasanya tidak sabar-sabar hendak balik kampung. Dalam hal ini, keselamatan adalah pekara yang perlu dititik beratkan antaranya keselamatan rumah, keselamatan jalan raya, keselamatan keluarga dan sebaginya. Isu keselamatan sangat penting dan tidak harus dipandang remeh .
Setiap kali balik kampung saya selalu risau untuk meningkalkan rumah. Pada musim raya tahun lepas, rumah saya dipecah masuk dan banyak barang berharga lesap. Apapun saya berfikir di sebalik kejadian itu, pasti ada hikmahnya. Walau pun sentiasa berwaspada, bak kata pepatah malang tidak berbau. Penjenayah mengambil peluang untuk bertindak jahat apabila rumah tidak ada penghuni. Langkah keselamatan mesti dilakukan seperti mengunci pintu dan tingkap rumah dengan sempurna, memastikan jerigi besi pintu dan tingkap kemas dikunci, menambahkan mangga di pintu dan tingkap serta pintu pagar, menghentikan perkhidmatan hantaran susu, suratkhabar sementara waktu.

Selain itu, mengemaskinikan maklumat kediaman harta benda yang ditinggal kepada petugas rukun tetangga setempat, memaklumkan kepada jiran dan persatuan penduduk tentang ketiadaan kita di rumah, mengambil nombor telefon jiran, memaklumkan kepada pihak polis setempat yang mengalu-alukan pemberian maklumat ketika ketiadaan kita di rumah agar mereka dapat membuat kawalan dan rodaan dengan lebih fokus, memastikan lampu terpasang pada waktu malam contohnya secara automatik dengan menggunakan kemudahan teknologi terkini yang sedia ada.

Dalam harian metro pula memaparkan tip keselamatan elektrik. Diantaranya yang boleh saya kongsikan mematikan semua suis peralatan elektrik yang tidak penting. Bagi melindungi rumah, periksa semua sambungan bumi dan pastikan soket berada dalam keadaan selamat. Pastikan juga soket tidak dibebankan ‘adapter’ yang berlebihan, periksa semua dawai pengalir dan pastikan penebatnya tidak merekah. Selain itu, tutup dan tanggalkan kepala gas dari tongnya. Kemalangan tidak di dugakan?

Dari aspek keselamatan jalan raya sangat penting dan harus di beri perhatian. Apabila melihat kepada peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya yang akan menyebabkan kadar risiko terlibat dalam kemalangan menjadi semakin meningkat. Apa yang pasti, apabila kita menggunakan kenderaan pasti kita terdedah kepada risiko terlibat dalam kecelakaan di jalan raya. Sebelum memulakan perjalanan perlu dipastikan minyak enjin, air, tekanan angin dalam tayar, termasuk tayar simpanan dan perkakas menukar tayar.

Perlu elakkan daripada memandu dalam masa yang mudah menyebabkan rasa mengantuk seperti pada waktu tengah hari dan tengah malam yang biasanya merupakan waktu mata mudah terlelap. Bersikap menghormati dan memberi kerjasama kepada pengguna jalan raya yang lain dengan baik, sabar dengan karenah sesetengah pengguna jalan raya. Pemanduan secara tergesa-gesa, tidak cermat dan memecut untuk cepat sampai ke destinasi mesti dielakkan. Kita perlu ingat kepulangan kita ke kampung untuk diraikan bukan untuk ditangisi.
Selain itu, keselamatan diri dan keluarga semasa berhari raya di kampung juga menjadi satu perkara yang perlu diberi perhatian khasnya kepada anak-anak. Apabila sampai ke destinasi di kampung, aspek keselamatan kita khususnya anak-anak perlu diberi perhatian. Di samping beraya dan mengunjungi sanak saudara, kelibat anak-anak perlu dipantau sepanjang masa. Ini kerana dalam musim perayaan, anak-anak berada dalam kegirangan. Mereka boleh pergi bermain mercun secara berbahaya, bermain di jalan-jalan yang sudah tentu banyak kenderaan dalam musim perayaan, bahkan parit yang dalam, kolam, sungai di kampung boleh menjadi tempat tumpuan anak-anak yang tidak tahu berenang. Jadi keprihatinan golongan dewasa terutamanya ibu bapa memohon doa meminta kepada Allah SWT melindungi keselamatan diri, harta benda kita.


Tuesday, 22 July 2014

Berjimat Cermat Di Musim Perayaan

Dah siap shopping raya? Saya sekelurga sudah. Tidak sabar rasa nak balik kampung. Menjadi lumrah di musim perayaan suasana meriah dapat dilihat di mana-mana. Ramai yang keluar membeli-belah barang-barang keperluan untuk menyambut kedatangan hari mulia. Bukan setakat barangan dapur dan pakaian sahaja, malah tidak terkecuali kelengkapan hiasan dalaman rumah juga menjadi tumpuan pembeli. Pening memikirkan perbelanjaan yang berganda bila menjelang musim perayaan. Tetapi harus diingat sambil berbelanja kita handaklah merancang segala perbelanjaan, takut melebihi Bajet. Para peniaga tentunya yang tidak akan melepaskan peluang ketika semua orang sedang  sibuk berbelanja. Sering kali kita mendengar bila musim perayaaan perbelanjaan mesti melampau. Kita harus bijak berjimat cermat.Terdapat beberapa tip berjimat crmat di musim perayaan dan boleh juga digunakan untuk perbelanjaan hari biasa. Antaranya  
1. Ubah gaya hidup jangan mudah terpengaruh dengan pomosi. Beli barang keperluan dan bukan kehendak.     Seboleh-bolehnya kawal nafsu yang bukan-bukan. Macam saya, raya tahun ini, beli baju kurung sepasang     sahaja untuk saya dan anak perempuan . Anak lelaki dan suami  hanya beli pakaian biasa.
2. Membuat Bajet. Tetapkan jumlah yang ingin belanja dan jumlah yang ingin disimpan. Simpanan perlu             sebab lepas raya pasti berbelanja untuk keperluan harian. Peruntukan untuk orang  tersayang juga seperti       ibubapa semestinya.
3. Belanja dengan bijak. Semak senarai harga barang dan buat senarai barang yang ingin dibeli. Jangan lupa       buat perbandingan harga. 


*************************************
Bergabung dengan kami lebih 400 blog. Setiap hari alhamdulillah kami menerima pendaftaran baru. Pilih mana-mana kelas berikut.
1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog, fan page mula bisnes
3. kelas beriklan mudah.my
4. Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif
5. Kelas akaun wahm/soho
6. Kelas penulisan ebook pertama
7. Pendaftaran pengurus online-setiap hari
8. Tempahan blog bisnes/penulisan-3 hari siap
9. Beriklan dengan kami di sinihttp://sohodirectory.blogspot.com/
10. Keterangan lanjut tentang kelas dan pakej yuran boleh baca di sini 
http://akademibekerjadirumah.blogspot.com/

Juga ada sebarang kemusykilan boleh hubungi:

Email : roszilaibrahim@gmail.com
FB : roszila ibrahim / sms/watsapp : 01129605770

Monday, 21 July 2014

Sahur

Teks: Roszila Ibrahim

Tidak terasa kita hampir sampai di hujung bulan Ramadhan dan Alahamdulillah sampai hari ini masih diberikan kelancaran serta kemudahan dalam menjalani ibadah puasa. Hari-hari yang indah akan berlalu, waktu-waktu yang pernah berkah akan berakhir. Di saat ini dan waktu sebegini saya pasti para ibu atau isteri berfikir-fikir untuk memasak apa bersahur nanti. Bila malam je fikir nak masak apa bersahur nanti dan kalau berbuka saya tidak kisah makan apa pun. Bersahur tentulah masakan yang enak, ringkas dan pasti sedap. Kalau saya mesti bangun makan sahur dan waktu bersahur mesti makan nasi. Bukan bulan Ramadhan sahaja saya bersahur, puasa sunat atau puasa ganti saya mesti bersahur walaupun bersendirian. Sebenarnya, bersahur tak semestinya makan yang berat-berat. Yang penting makan makanan yang membantu kita semasa berpuasa. Sahurlah walaupun dengan buah kurma dan air kosong. Seeloklah kita bersahur kerana bersahur adalah sunnah Nabi, kedua untuk mendapatkan tenaga sewaktu berpuasa di siang hari dan yang ketiga kerana aura Ramadan lebih terasa jika bersahur. Terasa sangat bulan Ramadan jika bersahur. Oleh itu, sahur jangan tak sahur. Rasulullah SAW kata di setiap sahur itu ada keberkatan.

************************************************ 
Pemasaran paling asas iaitu bermula dari blog dan facebook.
1. Membina email, blog fan page bisnes
2. Membina trafik blog, penulisan di blog melalui analisa asas
3. Kita sediakan produk jika tidak ada produk 
- Pengurus online akademi - servis kelas anjuran ABDR dan produk digital ebook
- makanan sunnah
- borong runcit telekung solat
- projek duit raya
Semua orang boleh, tak kira lelaki atau wanita. Senior atau junior. Semuanya Online. Semoga Akademi ini menjadi pelopor kepada kemajuan WAHM alaf baru.Insya Allah. Pendaftaran dan pertanyaan terus melalui saya.
''1 USAHAWAN 1 BLOG''


Sunday, 20 July 2014

Suasana Menjelang Raya

Tes: Roszila Ibrahim
Hari ni saya mula membeli baju raya untuk anak-anak dan saya sendiri masih tiada baju raya begitu juga dengan suami. Apa yang penting anak-anak didahulukan. Saya sekeluarga bershopping di Sogo, Jalan TAR tetapi sekejap je. Bukan main lagi ramai orang, naik pening kepala dan kaki pun sakit-sakit. Suasana memang meriah dengan pelbagai bangsa, pelbagai fesyen pakaian, bemacam-macam jenis biskut raya dan bermacam-macam bunga perhiasan yang sangat cantik serta pelbagai ragam orang ramai yang membeli belah di jalan TAR. Selepas itu saya sekeluarga singgah di SACC mall dan berhajat untuk singgah di The Store tetapi jalan jem disebabkan orang ramai terpaksalah dibatalkan.

Selain daripada itu, shopping kompleks juga tidak melepaskan peluang berlumba-lumba mempamerkan dekorasi sempena perayaan yang sememangnya meriah bagi menarik pengunjung. Pelbagai tema, konsep dan elemen yang diketengahkan pastinya menggamit pengunjung untuk bergambar disekitar set ruang legar shopping kompleks. Lagu raya sudah berkumandang di sana sini sama ada di shopping kompleks mahupun di corong-corong radio. Kemeriahan raya sudah semakin terasa oleh lagu-lagu raya yang telah didendangkan. Begitulah kehangatan orang ramai membeli belah untuk menghadapi hari raya yang bakal tiba tidak lama lagi.


Apapun dalam kemeriahan raya , jangan dilupa sentiasa istiqomah melakukan amal ibadat 10 malam terakhir ini, besar pahalanya berganda-ganda dalam mencari Lailatul Qadar  malam yang lebih baik dari seribu bulan. Masjid dah calling kepada semua umat islam yang berkemampuan dan kelapangan melakukan iktikaf (menyerahkan diri sepenuhnya beribadat kepada Allah swt) di sepuluh akhir Ramadhan. Selamat menyambut bulan Ramadhan untuk semua.

*************************************************
JUALAN AMAL GAZA

Setiap pembelian ebook 101 idea home based bisnes, sebanyak RM40 akan disalur dan disedekahkan ke tabung AMAL GAZA. Bagi yang berminat mahu dapatkan ebook ini, membeli sambil menderma boleh hubungi saya
Email: roszilaibrahim@gmail.com
FB    :roszilaibrahim..sms/whatsapp: 01129605770