Saya sangat tertarik dengan rancangan bual bicara ‘Wanita
Hari Ini’ yang mengetengahkan topik ‘Keselamatan Di Musim Perayaan’ yang
dibincangkan dan bukan itu sahaja dalam Harian Metro juga mempaparkan topik lebih kurang sama iaitu Tip Keselamatan Elektrik. Dengan kedatangan hari lebaran 1
Syawal ini, ramai yang akan pulang ke kampung berhari raya meninggalkan rumah dalam tempoh yang agak panjang. Begitu juga saya, rasanya tidak sabar-sabar hendak balik kampung. Dalam hal ini,
keselamatan adalah pekara yang perlu dititik beratkan antaranya keselamatan
rumah, keselamatan jalan raya, keselamatan keluarga dan sebaginya. Isu keselamatan sangat penting dan tidak harus dipandang
remeh .
Setiap
kali balik kampung saya selalu risau untuk meningkalkan rumah. Pada musim raya
tahun lepas, rumah saya dipecah masuk dan banyak barang berharga lesap. Apapun
saya berfikir di sebalik kejadian itu, pasti ada hikmahnya. Walau pun sentiasa
berwaspada, bak kata pepatah malang tidak berbau. Penjenayah mengambil peluang
untuk bertindak jahat apabila rumah tidak ada penghuni. Langkah keselamatan mesti dilakukan seperti mengunci pintu dan tingkap
rumah dengan sempurna, memastikan jerigi besi pintu dan tingkap kemas dikunci,
menambahkan mangga di pintu dan tingkap serta pintu pagar, menghentikan
perkhidmatan hantaran susu, suratkhabar sementara waktu.
Selain itu, mengemaskinikan maklumat kediaman harta benda
yang ditinggal kepada petugas rukun tetangga setempat, memaklumkan kepada jiran
dan persatuan penduduk tentang ketiadaan kita di rumah, mengambil nombor
telefon jiran, memaklumkan kepada pihak polis setempat yang mengalu-alukan
pemberian maklumat ketika ketiadaan kita di rumah agar mereka dapat membuat
kawalan dan rodaan dengan lebih fokus, memastikan lampu terpasang pada waktu
malam contohnya secara automatik dengan menggunakan kemudahan teknologi terkini
yang sedia ada.
Dalam harian metro pula memaparkan tip keselamatan elektrik.
Diantaranya yang boleh saya kongsikan mematikan semua suis peralatan elektrik yang
tidak penting. Bagi melindungi rumah, periksa semua sambungan bumi dan pastikan
soket berada dalam keadaan selamat. Pastikan juga soket tidak dibebankan ‘adapter’
yang berlebihan, periksa semua dawai pengalir dan pastikan penebatnya tidak
merekah. Selain itu, tutup dan
tanggalkan kepala gas dari tongnya. Kemalangan tidak di dugakan?
Dari
aspek keselamatan jalan raya sangat penting dan harus di beri perhatian. Apabila
melihat kepada peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya yang akan menyebabkan
kadar risiko terlibat dalam kemalangan menjadi semakin meningkat. Apa yang pasti, apabila kita menggunakan kenderaan
pasti kita terdedah kepada risiko terlibat dalam kecelakaan di jalan raya. Sebelum memulakan perjalanan perlu dipastikan minyak enjin, air, tekanan angin
dalam tayar, termasuk tayar simpanan dan perkakas menukar tayar.
Perlu elakkan daripada memandu dalam masa yang mudah
menyebabkan rasa mengantuk seperti pada waktu tengah hari dan tengah malam yang
biasanya merupakan waktu mata mudah terlelap. Bersikap menghormati dan
memberi kerjasama kepada pengguna jalan raya yang lain dengan baik, sabar
dengan karenah sesetengah pengguna jalan raya. Pemanduan secara tergesa-gesa,
tidak cermat dan memecut untuk cepat sampai ke destinasi mesti dielakkan. Kita
perlu ingat kepulangan kita ke kampung untuk diraikan bukan untuk ditangisi.
Selain itu, keselamatan diri dan keluarga semasa
berhari raya di kampung juga menjadi satu perkara yang perlu diberi perhatian
khasnya kepada anak-anak. Apabila sampai ke destinasi di kampung, aspek keselamatan kita khususnya anak-anak perlu diberi perhatian. Di samping
beraya dan mengunjungi sanak saudara, kelibat anak-anak perlu dipantau sepanjang
masa. Ini kerana dalam musim perayaan, anak-anak berada dalam kegirangan.
Mereka boleh pergi bermain mercun secara berbahaya, bermain di jalan-jalan yang
sudah tentu banyak kenderaan dalam musim perayaan, bahkan parit yang dalam,
kolam, sungai di kampung boleh menjadi tempat tumpuan anak-anak yang tidak tahu
berenang. Jadi keprihatinan golongan dewasa terutamanya ibu bapa memohon doa
meminta kepada Allah SWT melindungi keselamatan diri, harta benda kita.
No comments:
Post a Comment