Sumber: Ebook
1. Cari produk atau perkhidmatan yang
laris- Ini akan memudahkan kerja-kerja promosi dan
pemasaran kerana produk yang dijual sentiasa mendapat permintaan yang
tinggi di pasaran.
2. Hantar produk secepat yang mungkin-
Sekiranya menggunakan kaedah secara online, pastikan produk tersebut dihantar
secepat mungkin kepada pelanggan. Semakin singkat tempoh masa yang diambil,
semakin mendapat tempat di hati pelanggan.
3. Hantarkan bersama bonus yang lain- Menghantar
produk pada masa yang sama memberi tawaran kad keahlian untuk mendapatkan
diskaun untuk tempahan produk seterusnya.
4. Layan pelanggan dengan hormat dan
tahu menyelesaikan masalah mereka- Pelanggan adalah
penting kepada bisnes. Setiap aduan dan masalah pelanggan perlu ditangani dengan
baik. Masalah pelanggan menentukan tahap kecekapan dan kelancaran bisnes yang
diusahakan.
5. Jual produk yang diyakini.
Setiap kali pelanggan melihat produk, ia kelihatan menyakinkan, berkualiti dan
harga patut pada barangan yang ditawarkan.
6. Tetapkan matlamat-
Tetap dengan matlamat dengan menjual produk atau perkhidmatan berdasarkan
permintaan pelanggan. Tetapkan matlamat menjual produk yang bukan sekadar
mengaut keuntungan semata-mata, tetapi tidak mengabaikan etika jurujual dan
bisnes yang betul.
7. Menjual sebanyak yang mungkin- Dengan
matlamat sasaran jualan, ada sasaran yang perlu dicapai setiap hari, minggu,
bulan dan tahun. Juga mencapai jualan tertinggi mengikut pelan promosi yang
sedang dirancang. Sentiasa peka dengan perkembangan dan trend semasa.
8. Gunakan kaedah pos yang diyakini-
Sudah banyak pengusaha bisnes yang menjadikan jualan secara online sebagai
salah satu cara untuk meningkatkan jualan. Tahu dan kuasai sistem gaya pos yang
sesuai, selamat dan cepat.
9. Bonus dan hadiah- Untuk
menarik perhatian pelanggan baru dan juga pelanggan setia, sesekali memberikan
hadiah percuma. Pelbagaikan jenis hadiah, walaupun murah ia pasti sangat
dihargai pelanggan.
Semoga
mendapat manfaat dengan perkongsian ini. Bagi yang ingin memulakan bisnes dan mengetahui
lebih banyak tentang bisnes dapatkan ebook MulaBisnesButikOnline/Offline
Email: roszilaibrahim@gmail.com
FB :roszilaibrahim..sms/whatsapp:
01129605770
No comments:
Post a Comment