Assalamualaikum dan
selamat berpuasa. Sekejap je
masa berlalu, Ramadhan semakin meninggalkan kita, syawal bakal menjelang
tiba. Tema saya sekeluarga tahun ini warna hijau,
tetapi masih tiada persiapan lagi. Baju raya pun tidak beli lagi. Insyaallah
esok akan membeli persiapan raya dan saya sekeluarga hanyalah membuat persiapan
raya sederhana sahaja. Saya pasti semua orang sudah siap dengan segala
persiapan raya. Kini, kita mulai
melangkah masuk ke fasa yang
ketiga, 10 hari terakhir kita di bulan Ramadhan. Fasa ketiga di bulan
Ramadhan ini terlalu besar ganjarannya. Selain menggandakan amalan,
sudah pastinya buruan utama kita adalah mendapatkan 'Malam Lailatul Qadar' - malam yang lebih
baik dari 1000 bulan.
Fasa ke 3, inilah pula
terlalu banyak godaan dan cabaran antara duniawi atau akhirat yang harus kita
tempuhi. Segalanya bergantung kepada diri kita sendiri yang mana satukah menjadi keutamaan kita.
Pilihan ditangan kita. Inilah cabarannya dan dugaan hari terakhir di bulan Ramadhan. Tepuk dada tanya iman. Ingatan
untuk diri sendiri juga. Kedua-duanya kita perlukan. Pendek kata, kesibukan duniawi juga berganda di fasa
ketiga, 10 hari terakhir Ramadhan ini. Keuntungan berlipat
kali berganda ini mesti direbut kerana bukan selalu dapat peluang sebegini,
hanya setahun sekali. Oleh itu, kita haruslah perlu bijak menguruskan tugas dan
masa.
Fasal ke-3 inilah selalunya kita akan sibuk dengan urusan dunia. Sibuk
untuk membuat persiapan menyambut Syawal yang bakal tiba. Rumah perlu dicuci
dan dihias indah. Kelengkapan lama perlu ditukar baru. Pakaian raya perlu disediakan
dan juadah raya juga mesti disiapkan dan pelbagai lagi kesibukan disaat akhir sebagai persiapan untuk menyambut hari lebaran. Selain itu, shopping kompleks semakin sesak
dengan pengunjung tanpa putus, maklumlah pelbagai jualan murah turut diadakan
untuk menarik pelanggan. Tidak kurang juga promosi online kian rancak. Bagi
yang terlalu sibuk pastinya membeli secara online lebih mudah, senang, jimat
masa dan jimat tenaga. Begitu juga dengan peniaga dan pengusaha, sibuk
menyiapkan segala tempahan dan melayan pelanggan yang hadir berganda.
Sekiranya urusan duniawi
telah diselesaikan awal eloklah lebihkan tumpuan kita kepada urusan akhirat.
Jangan kita tewas oleh godaan hawa
nafsu dan kemewahan duniawi kerana ianya hanyalah nikmat
sementara. Bersama kita meningkatkan
amal dan ibadat di fasa ketiga, 10 hari terakhir Ramadhan ini.
Rebutlah peluang dan ganjaran berlipat ganda yang hanya muncul setahun sekali
ini kerana kita tidak akan tahu sama ada kita masih dapat berpeluang menikmati
lagi bulan Ramadhan ditahun hadapan.
No comments:
Post a Comment