Sumber: Google
Ramai diantara kita mungkin pernah mengalami masalah kewangan atau
kesuntukan duit dalam hidup. Selain dari usaha yang bersungguh, ada beberapa
amalan yang boleh dilakukan untuk memudahkan kita dikurniakan rezeki. Di
antaranya:
1. Bersedekah
Ramai yang tidak tahu bahawa amalan bersedekah
mampu untuk membawa rezeki yang melimpah-ruah kepada si pemberi rezeki. Amalan
yang digalakkan oleh Islam ini bukanlah bermaksud sama sekali mengurangkan wang
kita, malah menambah rezeki dan kekayaan kita.Bersedekahlah tanpa perlu
mengharapkan sebarang balasan. Sesungguhnya
memberikan sesuatu tanpa mengharapkan balasan adalah lebih mulia disisi Tuhan berbanding
mengharapkan balasan. Sedekah yang sembunyi-sembunyi itu dapat mereda murka Allah
dan dapat menarik rezeki barkah yang banyak
2.
Berdoa
Berdoa menjadikan
seorang hamba dekat dengan Allah, penuh bergantung dan mengharap pada rahmat
dan pemberian-Nya. Selepas berusaha melakukan kerja, jangan lupa untuk berdoa.
Apa sahaja tindakan yang diiringi doa, akan diperkenankan oleh Allah SWT.
Berdoa dan meminta adalah sifat semula jadi manusia. Hanya dengan doa,
segala permintaan dapat didengari oleh-Nya. Insyaallah, rezeki akan tiba kepada
kita cepat atau lambat sahaja.
Sebelum memulakan kerja, lakukan sedikit doa memohon
keberkatan dari pekerjaan yang kita jalankan dan tanamkan niat berkerja mencari
rezeki yang halal. Yang kita mahukan adalah dilimpahkan rezeki yang halal dan
berkat.
“Ya Allah, Ya Tuhan yang Maha kaya,
wahai Tuhan yang Maha Terpuji, wahai Tuhan yang Maha Pencipta, wahai Tuhan yang
Maha Mengembalikan, wahai Tuhan yang Maha Pengasih dan Penyayang, kayakan aku
dengan perkara-perkara yang dikau halalkan dan bukan daripada yang dikau
haramkan, serta dengan kelebihan atau kurniaan-Mu bukan daripada mereka selain
daripada -Mu.”
3.
Mengamalkan Solat Sunat Dhuha
Solat ini sering diamalkan oleh ahli perniagaan Muslim.
Sehinggakan ada yang mengamalkan solat sunat ini seperti sebahagian solat
wajib. Solat Dhuha ini satu-satunya solat yang memberikan limpahan rezeki dari
Allah SWT. Jika diamalkan selalu, InsyaAllah pintu rezeki akan terbuka luas.
Solat dhuha sering dikatakan magnet rezeki. Dengan melakukan solat ini, rezeki
yang dipohon akan segera menjengah kita.
Banyak lagi tips yang boleh dikongsi selain
daripada di atas seperti membaca surah al-waqiah, sentiasa beristighfar, menjauhi
maksiat, berbakti kepada ibu bapa, berbuat baik dan menolong orang yang lemah,
berselawat, menjalinkan silaturahim, bersyukur kepada Allah dan banyak lagi.
Pendek kata bagi orang islam untuk murah rezeki dalam ertikata yang
sebenarnya kuncinya adalah buat amalan-amalan taqwa. Amalan-amalan ini menjadi
sebab jatuhnya kasih sayang Allah, lalu Allah limpahi hambanya dengan keluasan
rezeki dan rasa kaya dengan pemberian- NYA.
---------------------------------------------------------------------------------------
Akademi bekerja di
rumah bukan sistem skim cepat kaya. Pelaburan sekali duduk diam je dapat hasil,
tapi pelaburan sekali duduk goyang kaki dengan usaha update blog, updAte status
fb, berjualan online baru dapat hasil. Macam kita buka kedai runcit, kalau tutup
mana ada orang nak datang beli. Kalau buka pasti ada pembeli singgah beli
barang di kedai kita. tak beli pun, paling tidak lalu sambil survey barang
siapa usaha pasti dia dapat hasilnya.
Daripada kita asyik scroll new feed fb, baik update sesuatu yang boleh datang kan hasil.
Daripada kita asyik scroll new feed fb, baik update sesuatu yang boleh datang kan hasil.
Mahu mula pengurus
online akademi - mula belajar hasilkan blog dan perkenalkan kelas anjuran
akademi dan produk digital.
Mahu produk fizikal boleh sertai mana-mana dropship pilihan
ABDR.
Pendaftran masih dibuka, kami merai 1000 penyertaan ramadhan
ini.
Alhamdulillah, tak sungguh
tak cerita. Sudah ada barisan pengurus online yang pandai mendapat RM100 untung
bersih. Nak seribu daya, tak nak pelbagai halangan yang datang tak berani nak tempuh.
Bagi kalian yang sudah sedia untuk bermula, boleh mula daftar melalui saya:
No comments:
Post a Comment