Sumber: Google
Entri kali ini saya
ingin berkongsi tentang Positifkan Kenyataan Diri. Saya memang tidak mengenali
Dr Nora tetapi saya amat tertarik dengan entri Dr Nora Bakry kerana ada kena
mengena dengan diri saya dan mungkin
kalian juga. Ada kalanya seolah-olah kita tidak bersemangat untuk melakukan
apa- apa pada hari-hari tertentu.
Menurut Dr Nora Bakry, ini berpunca dari dari banyak sabab seperti
stress, kecewa, bangang, keliru dan sebagainya. Perasaan yang berkecamuk
seperti ini mudah membuat kita menangguh-nangguh tugas-tugas penting yang perlu
disempurnakan. Sekiranya di beri pilihan, kita lebih rela berbaring dan
bermalas-malasan tanpa berbuat apa-apa semata-mata nak melayan emosi yang
tidak karuan itu.
Kehidupan kita pada masa kini banyak tertakluk
kepada faktor masa. Tempoh masa yang telah ditetapkan itu perlu dikejar walau
apa pun tekanan atau permasalahan yang melanda emosi kita pada waktu itu.
Terdapat beberapa cara yang boleh kita lakukan untuk menangani keadaan ini.
Misalanya sekiranya kita merasakan:
1. Aku Tak Peduli – Jangan
fikirkan langsung tentang tugas berkenaan. Sebaliknya, fikirkan fikirkan faedah
atau keuntungan yang bakal anda selesai menyempurnakan tugas itu. Contohnya,
sekiranya anda berasa malas untuk mencuci pinggan pada setiap hari, fikirkan
keinginan anda untuk mendapatkan dapur yang bersih dan kemas, ini akan dapat mengikis
sikap malas tadi.
2. Kenapa Pulak Aku?- Sikap
memberontak ini tidak akan ke mana. Tumpukan perhatian kepada matlamat akhir
anda? Kenapa anda mahu melakukan tugas itu? Apa hasil yang anda ingin capai?
3. Buat Yang Itu Lagi Best Kan?- Perkara
lain nampak lebih menarik untuk dilakukan. Minda anda nampaknya cuba mengelat. Satu
cara untuk mengelakkan ini berlaku ialah dengan berjanji kepada diri sendiri
bahawa anda akan membuat pekara lain yang lebih menarik itu selepas anda
selesai menyempurnakan tugas yang lebih utama itu terlebih dahulu.
4. Aku Tak Pernah Buat Macam Tu!
– Perkara baru memang menakutkan. Kita lebih gembira dan selesa melakukan
pekara yang kita dah biasa buat. Anda perlu mencari seseorang yang sangat
berminat dan gembira melakukan perkara itu untuk menceritakan pengalamannya
kepada anda. Ini akan mendorong rasa ingin tahu anda untuk turut mencuba segala
apa yang telah diceritakan kepada anda itu.
5. Saya Tak Sukakan perubahan
–Perasaan ini berkait rapat dengan ‘Aku Tak Pernah Buat Macam Tu’ itu tadi. Ia
tak lebih dari alasan kepada perasan takut yang dialami. Apabila kita rasa
takut, ia akan menjadikan kita mudah berpuas hati dan rasa selesa dengan apa
yang sedia ada. Ini menyebabkan kita tidak muhu mencuba pekara yang baru.
6. Aku Dah Selalu Buat Macam ni, Ok
Je..!- Sikap berlengah-lengah menjadi semakin kronik
apabila suka benar mengenang masa lalu dengan kaedah-kaedah usang yang dah tak
releven tu. Tinggalkan sahaja cerita lama tu dan terus bergerak ke hadapan
untuk langkah-langkah baru yang lebih positif.
7. Adoi..! Banyak Nya Kerja Nak Buat!-
Nampak
macam banyak tapi sebenarnya sekiranya anda membuatnya pada masa yang sepatutnya
ianya dilakukan, kerja itu akan menjadi lebih mudah. Lagi pun, nak berubah
memanglah kena kerja keras sikit.
Orang yang berjaya
adalah mereka yang sentiasa berusaha dan bekerja keras. Sebarang tugas akan
menjadi lebih mudah sekiranya kita telah mematuhi tata cara yang betul dan
konsisten dalam melakukannya. Sebaliknya, ia pasti menjadi sukar jika kita
berlengah-lengah atau tidak melakukannya langsung. Cuba tangani masalah ini
dengan mengamalkan tindakan yang dicadangkan di atas tadi. Semoga kita semua
dapat menukar tabiat pasif ini kepada amalan yang lebih berfaedah dan
menguntung kita. Tertarik sangat dengan tulisan Dr Nora. Situasi di atas selalu
terjadi pada diri saya. Ini akan menjadi panduan berguna untuk saya dan untuk
semua.
********************************************************
Bergabung dengan kami
lebih 400 blog. Setiap hari alhamdulillah kami menerima pendaftaran baru. Pilih
mana-mana kelas berikut.
1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog, fan page mula bisnes
3. kelas beriklan mudah.my
4. Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif
5. Kelas akaun wahm/soho
6. Kelas penulisan ebook pertama
7. Pendaftaran pengurus online-setiap hari
8. Tempahan blog bisnes/penulisan-3 hari siap
9. Beriklan dengan kami di sinihttp:// sohodirectory.blogspot.com/
10. Keterangan lanjut tentang kelas dan pakej yuran boleh baca di sini
http:// akademibekerjadirumah.blogspot. com/
Juga ada sebarang kemusykilan boleh hubungi:
Email : roszilaibrahim@gmail.com
FB : roszila ibrahim / sms/watsapp : 01129605770
1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog, fan page mula bisnes
3. kelas beriklan mudah.my
4. Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif
5. Kelas akaun wahm/soho
6. Kelas penulisan ebook pertama
7. Pendaftaran pengurus online-setiap hari
8. Tempahan blog bisnes/penulisan-3 hari siap
9. Beriklan dengan kami di sinihttp://
10. Keterangan lanjut tentang kelas dan pakej yuran boleh baca di sini
http://
Juga ada sebarang kemusykilan boleh hubungi:
Email : roszilaibrahim@gmail.com
FB : roszila ibrahim /
No comments:
Post a Comment