Sumber: Ebook SUPER WAHM SUPER MOM
Suka saya kongsikan seperti kata penulis Pn. Masayu Ahmad, ‘selagi
mana wanita itu bergelar ibu, isteri rumahlah tempat terbaik untuk
kita. Kembalikan kegemilangan wanita di zaman
Rasulullah. Sesuai dengan fitrah dan tuntutan Al-Quran dan
sunnah. Kembali ke tempat asal namun bukan sekadar duduk dalam
tempurung’. Di sini saya ingin kongsikan satu kisah
teladan sepanjang zaman. pengorbanan ibu di rumah sangatlah besar.
Pada suatu hari, Rusulullah s.a.w menjenguk Fatimah yang sedang
menggiling tepung. Pada ketika itu anak sedang menangis, maka Rusullullah
bertanya sebabnya.
Fatimah menyatakan, dirinya menangis kerana kepenatan
menjalankan tugas sebagai surirumah, Fatimah mengadu kepada ayahnya bahawa dia
ingin sekali mempunyai seorang pembantu yang boleh meringankan bebannya
melaksanakan kerja rumah.
Mendengar kata-kata dan permintaan anaknya itu, Rusulullah
berkata. “Sesungguhnya Allah ingin mencatatkan kebaikan, menghapuskan
keburukan dan mengangkat darjatmu jika engkau menunaikan tugas-tugas sebagai
seorang isteri.”
Rusulullah bersabda lagi bahawa seorang wanita yang dapat
berperanan sebagai isteri yang baik bagi suaminya, serta sebagai ibu yang baik bagi
anak-anak, maka Allah akan memberi darjat yang mulia. Baginda juga bersabda,
seorang ibu yang meletakkan minyak di rambut anaknya dan kemudian menyikatkan
serta mencuci pakaian mereka, maka pahala yang diperolehi adalah seperti amalan
memberi makan kepada seribu orang lapar, dan memberi seribu pakaian kepada
orang yang tidak mempunyai pakaian.
Cukup besar kasih sayang Allah kepada wanita dan sekiranya
dilakukan dengan ikhlas mereka mendapat pahala berganda di sisi Allah s.w.t.
Nasihat yang diberikan Rusulullah kepada Fatimah itu, seharusnya
dijadikan ikhtibar terbaik kepada kaum wanita yang bergelar isteri dan ibu.
Maka bergembiralah bagi kita yang memilih untuk berada di rumah dan
mengembalikan peranan tradisional wanita malah ia adalah tugas terbaik yang
dinyatakan dalam Al-Quran. Jelaslah menunjukan wanita yang menguruskan
rumahtangga adalah tinggi nilainya di sisi Allah.
Jadi bagi wanita yang bergelar suri rumah sepenuhnya janganlah
kalian berasa rendah diri. Tidak kira apa pun jawatan dan tugas yang kita
lakukan, selagi kalian bergelar wanita, isteri dan ibu kepada anak-anak, suami
dan keluarga adalah tinggi nilainya sisi Allah. Bagi mendapat lebih banyak
kisah-kisah menarik boleh dapatkan Ebook SUPER WAHM, SUPER MOM. Ebook ini
berkongsi banyak tentang cara dan tip mengurus rumahtangga serta
keluarga. Tips urus tenaga yang super sibuk dengan tugasan harian
serta anak-anak yang memerlukan perhatian setiap masa.
Ebook ini memang sangat sesuai dijadikan bahan bacaan motivasi
supaya kalian sentiasa bersemangat dan tidak
cepat putus asa walau pelbagai cabaran yang hadir. Jika rasa tidak
bersemangat, bacalah ebook ini. Insya Allah jika kita baca dengan
hati yang ikhlas kerana untuk mendapat semangat baru, pasti Allah buka pintu
hati kita.
Amalkan membaca Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar ketika
mahu tidur. Hilang segala kepenatan dengan limpahan kasih sayang
Allah. Antara zikir yang dikongsi oleh penulis seperti yang disarankan oleh
Rasulullah kepada salah seorang isteri baginda yang mengadu penat menguruskan
rumahtangga.
Banyak lagi panduan yang boleh
diperolehi dalam ebook SUPER WAHM, SUPER MOM ini. Untuk mendapatkan ebook SUPER
WAHM, SUPER MOM boleh hubungi
email: roszilaibrahim@gmail.com
FB: Roszila Ibrahim
No comments:
Post a Comment