Teks: Roszila Ibrahim
Pemberian duit raya semakin subur dibudayakan di kalangan masyarakat
setiap kali tibanya Aidilfitri. Bermacam-macam warna sampul
duit raya. Teringat zaman kanak-kanak, suka sangat dapat duit raya dan kini giliran kita yang pemberi duit raya. Minggu
depan syawal bakal menjelang tiba, pasti sudah ramai yang menukar wang sebagai
duit raya. Setiap bank akan menyediakan wang kertas baru yang bernilai RM1, RM
5, RM10, RM 50 dan RM 100. Biasanya pelanggan akan menukar wang RM 1, RM 5 dan
RM 10. Terlalu sedikit yang ingin menukar wang kertas RM 50 dan Rm 100. Kalau
ada pun dikhususkan kepada anak sendiri, ibubapa dan datuk nenek. Jumlah wang
yang ditukar bergantung kepada kemampuan.
Sudah menjadi tradisi apabila tibanya hari raya maka antara peruntukan
yang perlu disediakan adalah duit raya untuk diberikan pada kanak-kanak. Sesuai
dengan perubahan zaman, jika dahulu pemberian duit raya berbentuk kepingan duit
syiling tetapi kini paling kurang duit kertas satu ringgit. Bagi nampak lebih
menarik duit akan dimasukkan ke dalam sampul sebelum diberi kepada kanak-kanak.
Kanak-kanak akan mengunjungi rumah-rumah disekitar kampung atau taman
perumahan dengan tujuan utama bersalaman dan beraya dengan tuan rumah dengan
harapan untuk memperolehi duit raya. Sikap dan telatah kanak-kanak sebenarnya
menceriakan suasana hari raya aidilfitri yang disambut cuma sekali setahun.
Amalan ini boleh mengeratkan hubungan silaturrahim dan semangat kekitaan sesama
umat islam. Amalan pemberian duit raya juga merupakan konsep sedekah contohnya
dengan niat memberi kepada kanak-kanak serta orang tua dan nilainya terpulang
kepada keikhlasan dan kemampuan si pemberi.
Sepanjang bulan Syawal ramai yang
akan mengadakan rumah terbuka bertujuan meraikan ahli keluarga, saudara mara
dan sahabat handai dengan menyediakan juadah yang pelbagai jenis makanan dan
kuih muih yang boleh dinikmati oleh tetamu yang hadir. Sewaktu majlis rumah
terbuka juga duit raya akan diberikan kepada kanak-kanak yang turut hadir
bersama-sama tetamu yang dewasa. Tetamu yang berkunjung ke rumah terbuka pula
secara adat akan membawa duit raya dan diberikan kepada anak-anak tuan rumah
dan kepada kanak-kanak lain yang turut berada di dalam majlis rumah terbuka
tersebut
No comments:
Post a Comment