Sumber: Ebook Belajar Asas Blog
Hari
ini saya ingin berkongsi ciri-ciri blog berpengaruh. Sangat sesuai untuk dibaca
bagi mereka yang memiliki blog, yang ingin belajar buat blog dan untuk
memperbahari blog. Ianya sangat membantu untuk saya yang masih baru dalam dunia
blog. Terdapat beberapa tip dan cara
membina blog berpengaruh yang disukai pembaca. Antara ciri-ciri blog
berpengaruh:
1. Boleh mesra pembaca, tidak ada gajet atau bling-bling yang over
1. Boleh mesra pembaca, tidak ada gajet atau bling-bling yang over
Blog mesra pembaca adalah blog yang tidak ada gangguan. Blog
yang penuh informasi, sangat memberi pengaruh yang besar kepada pembaca datang
dan datang lagi. Jangan sesekali memasukkan elemen-elemen dengan menyatakan
bahawa blog cantik adalah blog yang suka dibaca. Itu tidak benar. Blog yang
tidak terlalu cantik, tetapi pengisian yang bagus itulah yang suka dibaca.
Jangan sesekali menodai blog sendiri, seperti meletakkan gajet yang tidak
sesuai seperti muzik, grafik, bling-bling yang melambatkan proses ‘loading’ dan
menganggu pembaca.
2. Sentiasa ada entri baru dan segar
Selalu memasukkan entri baru, segar dan bermotivasi. Ia
menjadikan blog aktif dan ia dikunjungi pembaca tegar. Beri info dan fakta
baru. Pada masa yang sama ia menjadikan satu rutin aktif ulangan pembaca.
3. Entri penyelesai masalah
Antara satu perkara yang menjadi tumpuan blog tertentu adalah
berupaya menyelesaikan masalah pembaca. Contohnya dalam masakan, pembaca setia
yang selalu datang, akan mencari jensi resipi yang dimahukan. Manakala
tips-tips mudah didapur menjadikan blog tersebut sebagai pembantu masalah di
hujung jari. Begitu juga blog teknikal, bisnes dan sebagainya, blog tersebut
berpotensi menjual kepakaran melalui informasi yang disampaikan.
4. Penulisan santai dan bersahaja namun punya banyak kisah
pengajaran
Kisah kita kadangkala kita malu untuk berkongsi, namun bagi
kes-kes tertentu pengalaman benar adalah kisah teladan realistic. Mungkin ada
orang mengalami masalah yang sama, apabila membaca satu-satu kisah, ia dapat
mengubah pandangan dan memberi pengajaran dalam satu sisi yang lain. Maka tulis
dan kongsi pengalaman benar, mungkin membantu pembaca untuk mencapai kelegaan
dan menyelesaikan masalah dari sudut berbeza.
5. Blog yang menjadikan pembaca ketagih datang dan datang lagi
Bagi penulis blog tegar, berupaya menjadikan pembaca datang dan
datang lagi. Ini tidak dicapai dalam satu hari. Penulis blog yang konsisten
berupaya menjadikan blognya sebagai satu ketagihan kepada pembaca.
6. Blog yang menjadi rujukan khusus
Blog khusus yang menjadi rujukan. Blog sebegini penuh informasi
dan mencapai tahap menyentuh setiap aspek kategori dalam fokus blog yang
ditulis.
7. Blog yang berinformasi, bebas memberi pandangan
penuh etika
Blog berinformasi, jujur dalam penyampaian membuatkan pembaca
ternanti-nanti. Ia bukan penulisan syok sendiri, tetapi sangat telus dalam
penyampaian.
8. Blog yang menjaga tatabahasa asas, penulisan Bahasa
Melayu formal, walaupun santai asas ini dijaga.
Sangat berbeza blog yang kurang dikunjungi dengan blog yang suka
dikunjungi. Jagalah penulisan, gunalah Bahasa Melayu formal, walaupun santai
elemen ini masih menjadi dan satu tarikan kepada pembaca.
9. Blog yang boleh dipindahkan menjadi wang
Blog penyelesai masalah dan informasi sangat berpotensi untuk
dijadikan wang. Ia boleh dijual sebagai ebook, atau blog tersebut sebagai agen
pemasaran online terhebat. Entri boleh diselit dengan promosi produk. Gaya
bersahaja semasa penyampaian, menjadikan pembaca tetap akan mudah terpengaruh
untuk membeli. Jika sudah sampai ke tahap ini, tukar pembaca kepada pembeli
pula.
10. Blog yang berjaya menukar pelanggan daripada
pembaca kepada pelanggan
Inilah yang digemari pemilik blog yang aktif. Bagi yang mempunyai
pembaca tegar, dengan sendirinya akan mudah menjadi pelanggan. Pelanggan itu
pula bertukar sebagai pelanggan setia. Binalah hubungan baik dengan pembaca
jangan dibiarkan blog sepi tanpa entri dan bawakan sesuatu yang segar setiap
hari
Banyak lagi tips yang boleh diperolehi dalam ebook belajar asas
blog ini. Untuk mendapatkan ebook
belajar asas blog boleh Hubungi
email:
roszilaibrahim@gmail.com
FB: Roszila
Ibrahim
No comments:
Post a Comment