sumber: Google/ Ebook
Masyarakat Cina sememangnya terkenal dengan kehebatan mereka dalam
bidang perniagaan dan keusahawanan. Bukan
hanya masyarakat Cina di negara kita, malah boleh dikatakan hampir di seluruh
dunia kita dapat melihat masyarakat Cina memonopoli bidang perniagaan. Produk-produk yang terdapat di pasaran hari ini
juga kebanyakkannya datang dari negara Tembok Besar itu termasuklah
barang-barang keperluan rumah, tekstil dan pakaian, serta peralatan-peralatan
IT terkini. Mereka juga mampu untuk menjadikan sesuatu perniagaan yang bermula
hanya dengan kecil-kecilan menjadi lebih maju dan luas. Pendek kata,
keistimewaan kaum Cina ini adalah daripada aspek strategi mereka menjalankan
perniagaan tersebut. Terdapat beberapa tips yang boleh dikongsikan antaranya:
1. Rajin atau melakukan perniagaan
secara bersugguh-sungguh dan menganggap hobi yang perlu dilakukan sebaiknya.
2. Jimat, jika tidak akan membazir
modal. Wang bisnes tidak boleh digunakan sesuka hati tetapi perlu untuk digunakan
sebagai pusingan dan membuat pelaburan.
3. Sifat kerja keras,
berani menanggung risiko, jujur dan mendapat sokongan padu daripada ahli
keluarga.
4. Tidak mengharapkan
keuntungan awal sebaik sahaja memulakan bisnes. Tetapi kerja keras berterusan
dapat menangani apa sahaja kemungkinan untung dan rugi dalam bisnes.
5.
Tidak boleh mudah
berpuas hati dan kekal dalam zon selesa. Jadi usahawan perlu bersiap sedia
dalam apa jua sahaja keadaan. Tidak mudah hanyut dengan keuntungan, sebaliknya
berusaha dan mempunyai strategi agar bisnes turut konsisten dan berkembang.
6. Tidak
menangguh-nangguhkan kerja, mempunyai pengurusan masa yang baik dan bersikap
proaktif. Sentiasa cekap dalam berfikir dan cepat dalam tindakan.
Semoga dapat manfaat dengan perkongsian ini.
Bagi yang ingin memulakan bisnes dan mengetahui lebih banyak tentang bisnes
dapatkan ebooks Mula Bisnes Butik Online/Ofline.
*****************************************************
Berminat ingin menjadi agent dropship Akademi Bekerja Dari
Rumah. Ingin ketahui lebih lanjut, sila hubungi
email:
roszilaibrahim@gmail.com
FB: Roszila
Ibrahim
No comments:
Post a Comment