Apa
yang anda buat sebelum tidur? Apa itu perhiasan sebelum tidur? Bukan main
cantik dan mendalam lagi tajuk entri saya kali ini. Menurut saya perhiasan
tidur adalah seumpama mahasabah diri
seterusnya beristifar kemudian membaca doa, ayat kursi sebelum tidur. Barulah
kita diredhai olehNYA dan itulah sebaik-baiknya. Tidur dan bangun sebenarnya
adalah pekara sangat penting kerana ianya permulaan kepada kehidupan.
Matlamat hidup insan mukmin adalah untuk mendapat keredhaan Allah swt. Berbuat
baik dan jauhi kejahatan. Suburkan sifat positif dan tinggalkan sifat negetif.
Setiap
manusia pasti akan tidur. Biasanya sebelum saya tidur, saya akan berfikir dan
merancang apa yang perlu dilakukan pada hari esok. Biasalah surirumah banyak
benda yang perlu buat. Kadang-kadang saya muhasabah diri dan amalan doa dan
ayat kursi tidak sesekali saya lupakan. Muhasabah diri merujuk kepada kembali
kepada apa yang telah kita lakukan seharian dan menilai semula adakah perbuatan
kita itu merupakan kebaikan ataupun satu kesalahan yang membawa dosa. Samaada
sedar atau tidak.
No comments:
Post a Comment