Kemalasan adalah suatu sifat yang pasti dimiliki semua orang.
Sikap malaslah yang menyebabkan
seseorang malas berusaha dan tidak mengendahkan masa hadapan. Semua orang tanya-tanya
pada diri mereka sendiri "Bagaimana saya dapat menghilangkan rasa
malas?". Orang yang malas membiarkan tugas-tugas kecil terlalu lama
manakala orang-orang berjaya selalu menyelesaikan tugas-tugas kecil dengan
cepat. Bagi menjadi orang yang berjaya, sikap malas tersebut harus dibuang dan
digantikan dengan cara hidup baru. Orang malas selalunya akan rugi.
Oleh itu, adakah kita mahu tergolong dalam orang yang rugi? Saya
juga tidak terlepas dari sifat malas. Sifat kemalasan saya akan wujud bila
letih. Bila letih kerja pun tidak berjalan dengan lancar dan seterusnya akan
tertangguh.Terdapat beberapa cara yang dapat saya kongsikan untuk mengatasi sikap malas. Ini dapat menjadi
panduan untuk diri saya an untuk saya. Di antaranya:
1. Amalkan doa. Doa adalah senjata orang mukmin
2. Ingat matlamat atau sasaran yang anda tetapkan
3. Banyak baca buku motivasi kerana ianya mampu
mencetuskan pemikiran positif dan merangsang diri bag mengubah diri menjadi
rajin
4. Rehat dan tidur yang cukup
5. Aktiviti riadah. Jika tiada aktiviti fizikal,
darah dan oksigen tidak berjalan lancar dalam badan
6. Amalkan pemakanan yang seimbang.
“ Malas Itu Membunuh. Ianya Adalah Musuh Utama Yang
Bersembunyi Dalam Diri.”
No comments:
Post a Comment