Anak merupakan kurniaan Tuhan yang membawa kebahagiaan dan
hiburan kepada keluarga. Sekarang ini
bermacam-macam kes berlaku terhadap
kanak-kanak termasuk lemas, hilang,
kemalangan, jatuh dari rumah, culik, pederaan dan bermacam-macam lagi. Pendek
cerita bahaya ada dimana-mana. Sebagai ibu bapa kita haruslah sentiasa
berwaspada dan peka samaada di dalam
rumah mahupun di luar rumah. Ibu bapa haruslah sentiasa memastikan bahawa
anak-anak tidak lari daripada perhatian dimana berada. Sikap prihatin dan tanggungjawab pada setiap masa dan keadaan, tak kisahlah di mana kita berada
walau apa yang sedang kita lakukan.
Anak-anak tetap berada ditakhta teratas bagi mengelakkan
sebarang pekara buruk berlaku. Paling penting setiap ibu bapa perlu mengambil
berat anak-anak. Ambil tahu mengenai anak-anak dari segenap segi kesihatan,
pendidikan, pergaulan anak-anak dan sebaginya.Walau sesibuk mana pun, jangan
abaikan tugas dan peranan sebagai ibu bapa. Oleh itu, jagalah dan peliharalah
amanah Allah dengan sempurna dan memastikan
keselamatan di dunia dan akhirat. Sentiasa berdoa kepada Allh supaya keluarga
diberi keselamatan dan kesejahteraan serta dijauhi daripada pekara yang tidak
elok berlaku.
No comments:
Post a Comment