Pertama kali saya
menghasilkan entri diblog nampak terumbang ambing bak kapal layar yang ditiup
angin dilambung ombak. Wujudnya blog saya ini boleh diumpama
kelahiran seorang bayi di muka bumi ini. Entri pertama menjadi
sebuah kelahiran yang amat bermakna dan pasti tidak akan dapat saya lupakan.
Entri pertama bagaikan khazanah berharga di blog saya. Kelahiran sesebuah
blog juga ada keistimewaannya yang tersendiri. Entri pertama saya
hanya entri biasa, sebuah entri pengenalan. Nak tau?.anda carilah sendiri ye.
Jangan rasa
malu dengan entri pertama kita diblog kerana
ianya amat bernilai sebagai sejarah dan memahatkan kenangan umpama satu perasmian
diri kita dalam memulakan langkah pertama secara rasminya sebagai seorang
blogger. Untuk memikat pembaca terus menghadap blog kita
bukan semudah abc. Bagi saya, entri pertama merupakan
sebuah entri percubaan. Namun ianya sesuatu yang menarik dan menjadi satu
kenangan indah dan manis. Tapi tidak mengapa kata orang kayuh
pelahan-pelahan dan kini saya dalam proses pembelajaran ke arah yang lebih
baik.
Buat kali pertama mengenali blog, entri pertama mesti menjadi mimpi ngeri. Saya masih tidak
pandai untuk mengarang dan masih belajar untuk publish sesebuah entri. Apa yang terlintas difikiran itulah menjadi tajuk
entri. Kini masih merangkak untuk menghasilkan entri yang lebih baik lagi.
Memang tidak dinafikan cara menghasilkan entri di dalam blog merupakan element
penting perlu dititikberatkan untuk menaip dalam blog. Walaupun blog tidak
mempunyai format untuk menaip seperti mana karangan bahasa melayu tetapi cara menguruskan
blog sendiri menghasilkan entri dalam blog penting untuk mencerminkan bagaimana
pemilik blog menguruskan blog sendiri. Boleh dikatakan cara menaip dalam blog
antara pekara yang tidak boleh dipandang ringan oleh pemilik blog.
No comments:
Post a Comment