Setiap dari kita pasti pernah merasai gagal tetapi kegagalan
yang di rasai oleh setiap insan adalah berbeza-beza. Begitu juga saya, semasa
habis belajar minta kerja yang saya minat tetapi tidak berjaya. Alahamdulliah dapat
kerja di sebuah bank. Sebelum ini berniaga tapi kurang berjaya ini kerana kurangnya
ilmu. Walau bagaimanapun saya tidak berputus asa dan ianya bukan penamat buat
saya. Setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya. Hikmah itu akan muncul dengan
bersebab. Oleh itu, buanglah sikap mengeluh serta berputus asa kita. Gagal itu satu anugerah dan
rahmat dari Allah SWT kepada mereka yang terpilih sahaja
Gagal memberi peluang untuk kita menilai diri dan mencari
sebab kegagalan itu. Kita semua mempunyai peluang untuk menebus balik kegagalan. Gagal
juga sebagai satu pengalaman hidup yang mematangkan seseorang dan menjadi pendorong
untuk kita menjadi lebih baik dan berjaya pada hari akan datang. ‘Belajar dari kesilapan’ dan ‘Gagal sekali tidak bermakna gagal untuk
selamanya’ itulah di antara kata-kata pujangga
yang selalu kita dengar kepada mereka yang sedang kecewa dalam menempuhi
kegagalan sesuatu perkara. Ia benar setiap saat adalah peluang bagi kita.
Pilihan terletak di dalam genggaman diri kita sendiri. Masa
berlalu sangat pantas dan sentiasa mencumburui kita. Kejarlah masa untuk
menentukan kejayaaan atau kebahagiaan dunia dan akhirat kita. Kemampuan seorang yang pernah
menghadapi kegagalan dapat membimbing serta menasihati orang yang gagal.
Elakkan diri kita dari mengeluh dan berputus asa di atas kegagalan yang kita
hadapi. Mintalah doa kepada Allah SWT yang tidak putus-putus mendengar
pemohonan hamba-Nya. Kejayaan itu milik semua
insan.
No comments:
Post a Comment