Entri kali ini saya
ingin kongsikan perlunya motivasi dalam menjalankan perniagaan. Ianya amat
sesuai yang baru berjinak-jinak dengan perniagaan seperti saya yang selalu
memerlukan kata-kata semangat. Menurut
Irfan khairi, kita perlu mempunyai motivasi yang tinggi dalam apa jua yang kita
lakukan. Tidak kira dalam pelajaran, kerjaya atau apa jua perkara, kita mesti
ada motivasi yang tinggi dan bersungguh-sungguh supaya kerja yang dilakukan
berada di tahap yang memberangsangkan. Menjalankan perniagaan internet juga
memerlukan motivasi yang tinggi. Motivasi boleh diibaratkan sebagai petrol yang
memacu usahawan internet untuk mengejar impian yang mereka idamkan.
Pertama sekali, untuk
mengekalkan momentum motivasi diri, anda perlu ubah persekitaran cara kerja
iaitu dengan mencuba untuk bekerja dalam pelbagai bentuk keadaan. Dengan cara
ini, secara tidak langsung dengan secara mudah akan dapat pelbagai idea baru.
Namun, dalam apa jua
yang lakukan, pasti ada masalah yang akan hadapi dan hadapilah setiap masalah
dengan tenang dan anggap sahaja masalah itu adalah cabaran. Itu adalah perkara
biasa. Dalam perniagaan juga akan ada masalah tidak kira perniagaan offline
atau online. Dalam perniagaan juga, seeloknya pelajari kehidupan daripada orang
lain yang pernah melalui jalan kepayahan yang akan kita lalui juga. Dengan cara
ini, anda dapat mengelakkan diri anda daripada melalui kegagalan yang sama yang
pernah dilalui mereka. Ini juga akan mempercepatkan proses mencapai kejayaan
yang anda impikan.
Di samping itu perlu
bina dan rangka masa depan dengan lebih spesifik dan cuba bayangkan yang
anda sedang menikmati gaya hidup yang sangat anda idamkan seperti kereta
idaman, rumah banglo idaman dan lain-lain lagi. Jika sebulan anda dapat menjana
pendapatan 4 angka, anda perlu target untuk mendapatkan 5 angka pada bulan
berikutnya pula. Begitu juga untuk bulan-bulan seterusnya. Anda perlu besarkan
had pada diri anda.
Perlu kekalkan
motivasi diri anda dan terus bertindak untuk mencapai cita-cita dan kehidupan
yang anda idam-idamkan. Jangan tunggu terlalu lama untuk memulakan langkah
pertama anda. Apa yang perlu adalah anda lakukan dan jangan bertangguh.
********************************************
Berminat ingin menjadi agent dropship Akademi Bekerja Dari Rumah.
Ingin ketahui lebih lanjut, sila hubungi
email: roszilaibrahim@gmail.com
FB: Roszila Ibrahim
No comments:
Post a Comment