Happy
Father’s Day 2014 diucapkan kepada kaum lelaki yang sudah bergelar seorang
ayah. Hari bapa diraikan pada minggu ketiga ahad pada bulan Jun 2014. Oleh itu,
tarikh rasmi Hari Bapa 2014 di negara ini jatuh pada 15 Jun 2014. Pengorbanan,
jasa dan kasih sayang seorang bapa juga adalah sangat penting dan perlu
dihargai oleh setiap insan yang bergelar anak.
Dikesempatan ini saya ingin mengucapakan hari bapa khusus untuk abah saya Ibrahim bin Jaafar dan bapa mertua Mohd bin Ismail semoga diberi kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki serta dirahmati oleh Allah swt. Tidak dilupakan juga buat suami tercinta Mohd Zulkifli bin Mohd bapa kepada dua cahaya mataku. Pengorbanan bapa tiada tolok bandingannya mahupun diganti dengan harta yang mencurah-curah.
Berbakti
kepada ibubapa adalah wajib dan patut dilaksanakan sepanjang tahun dan bukan
pada hari-hari tertentu sahaja. Biar tinggi mana pun kejayaan kita hargailah
mereka yang berkorban untuk kita. Jadikanlah panduan ini untuk kita menyayangi
insan yang benama ibu dan bapa:
- - Lemah-Lembut Semasa Berbicara
- - Gembirakan Hati Mereka
- -Doakan Mereka
- -Hubungi Mereka Walau Di Mana Kita Berada
- -Hargai Pada Hari Lahir
- -Bawa Mereka Melawat Saudara Mara Dan Kawan Lama
No comments:
Post a Comment