Air cucian beras banyak
faedahnya. Cuba gunakan air itu untuk mencuci muka sebab hasilnya muka akan
lebih bersih dan bebas minyak. Pastikan, bilas muka dengan air bersih selepas mencuci
dengan air beras tadi. Air beras juga boleh digunakan untuk menyiram pokok
bunga. Ini akan menyuburkan lagi pokok bunga dan melebatkan buahnya. Jika
membasuh beras janganlah lebih dari 3 kali bilasan sebab akan mengurangkan
kanji dalam beras tersebut serta menghilangkan segala khasiatnya. Kalau
tersalah beli beras tidak bermutu, cara untuk membuatkan beras itu menjadi
beras yang enak ialah goreng beras tanpa minyak. Selepas itu, rendam dalam air
selama 2 atau 3 minit dan seterusnya masak biasa, ia akan menjadi lembut.
No comments:
Post a Comment