Saya tidak sangka yang saya akan jadi surirumah sepenuh masa. Sebenarnya tidak pernah ada dalam fikiran saya.
Tapi Itulah Allah telah mengatur segalanya dan sesungguhnya Allah adalah sebaik
perancang dan kita sebagai manusia haruslah redha dan terima dan pasti ada
hikmahnya. Kita haruslah beriktihar macam mana untuk memajukan diri contohnya belajar
mencari income sendiri. Jadi kita tidak harus menganggap menjadi surirumah impian
kita musnah. Kini pelbagai pekara boleh dilakukan untuk mengapai impian untuk
berjaya walaupun memegang status sebagai surirumah. Asalkan ada kemahuan pasti
ada jalannya. Kini, saya telah saya telah temui jalannya dan berharap impian
untuk menjadi WAHM yang berjaya suatu hari nanti. Semoga semuanya dipermudahkan
olehNYA.
Surirumah kini berbeza dari surirumah yang dahulu kini ramai surirumah
yang dapat mencapai impian masing-masing. Seronok tengok orang yang berjaya
dangan titik peluh sendiri dan saya berharap boleh menjadi salah seorang yang
berjaya suatu hari nanti dan menjadi kebanggaan ibubapa, suami dan anak- anak
saya. ALLAH bukakan pintu rezeki sama sahaja pada semua. Kita yang pilih mana
pintu yang kita nak buka dan seperti yang kita tahu 9/10 pintu rezeki datang dari
perniagaan. Apapun setiap apa yang kita pilih memang ada cabarannya. Kata orang
jangan berumah di tepi pantai jika kita takut dilambung ombak. Dalam kehidupan
pun mesti ada cabarannya dan kita harus pandai mengatasinya.
No comments:
Post a Comment