Setiap orang menuju ke destinasi masing-masing, sama
seperti hidup. Setiap orang mempunyai matlamat,
bezanya cepat atau lambat, senang atu berliku untuk mencapai matlamat tersebut.
Hidup kita semua perlu ada matlamat. Matlamat pula haruslah jelas. Bukan hanya
ikut telunjuk dan kemahuan orang lain. Berfikir panjang sebelum melakukan
sesuatu. Mengapa pentingnya
matlamat? Matlamat merupakan satu-satunya cara untuk berjaya dalam apa jua.
Matlamat hidup saya sudah pasti ingin
berjaya dunia dan akhirat. Di dunia ingin menjadi seorang surirumah yang
berjaya seperti diimpikan dan mendapat keradhaan daripadaNYA. Tiga pekara udah
untuk mencapai matlamat hidup:
1. Ikhlaskan niat kita dalam melakukan sesuatu perkara kerana Allah
2. Fikirkan kejayaan yang bakal diperoleh, hasil daripada
usaha yang dilakukan beserta tawakal yang kuat kepada ALLAH. Secara tidak
langsung, ini akan menjadi suntikan ke arah kecemerlangan anda.
3. Jangan terlalu masukkan perkara-perkara negatif yang bakal kita hadapi ke dalam minda
kita. Kesemua ini akan menjadi batu penghalang besar kepada pencapaian matlamat
hidup kita.
Selamat maju jaya untuk anda semua!
No comments:
Post a Comment