Semua wanita termasuk
lelaki mahukan kulit yang putih bersih tanpa sebarang cela dan noda noda dan
pastinya semua mahukan kulit yang berseri-seri. Ada yang sanggup mengeluarkan belanja
besar semata-mata untuk kulit yang
putih dan cantik berseri. Sekarang saya hendak kongsikan tips cantik khususnya buat surirumah seperti
saya, dimana tidak perlu risau kerana ianya menggunakan bahan alam
semulajadi dan pastinya selamat. Kita boleh mendapatkan kulit yang cantik
dengan kos murah dan bahan-bahan yang diperlukan senang untuk didapati di dapur
kita sendiri. Tips Kulit Cantik
berseri-seri kos murah ini.
Untuk kulit yang bersih
iaitu potong setengah lemon dan letakkan 3 - 4 titik madu ke atas belahan lemon
tadi. Setelah itu, sapukan belahan lemon itu tadi ke seluruh wajah anda.
Biarkan campuran jus lemon dan madu tadi seketika dipermukaan wajah anda selama
5 minit. buat lah apa sahaja kerja sementara menunggu lepas itu cuci muka dengan
air sejuk. Hasilnya serta merta kulit nampak bersih dan kelihatan berseri-seri.
Didapur mestilah ada
telur kan. Jika kulit yang mudah kering,gunakan kuning telur sebagai masker.
Sekiranya mengalami masalah kulit yang berminyak gunakan putih telur yang
dicampur dengan perahan limau atau madu. Untuk kulit berminyak, gunakan keseluruhan
telur sebagai masker. Biarkan selama 30
minit lalu bilas, dan hasilnya wajah nampak bersinar.
Mungkin ramai masih tidak menyedari kunyit yang
berada di dapur sebenarnya bukan sekadar boleh digunakan untuk menyedapkan atau
memberi warna pada makanan, tetapi fungsinya melangkaui batasan itu. Serbuk kunyit boleh digunakan
dengan dicampur sedikit dengan air dan disapu pada wajah bagi membantu kulit
lebih bercahaya, dan meratakan warna kulit. Selain itu boleh campurkan serbuk kunyit dengan sedikit jus limau nipis atau timun dan disapu ke seluruh wajah selama beberapa minit sebelum dicuci. Penggunaan kunyit secara berterusan mampu membuatkan kulit wajah lebih berseri-seri.
Kebaikan kopi dapat menghilangkan kerutan di wajah. Caranya, hampas kopi yang telah digunakan jangan dibuang. Massage seperti scrub secara perlahan-lahan. Cara ini membuatkan kulit lebih halus serta lebih. Begitu juga dengan teh. Letakkan pada mata untuk membantu menghilangkan lingkaran hitam mata serta membuatkan mata lebih rileks dan tidk lagi sembab. Sebenarnya banyak lagi bahan di dapur boleh digunakan seperti tomato, lobak merah dan sebagainya. Oleh itu, gunakan bahan yang ada di dapur untuk menjaga wajah.
No comments:
Post a Comment