Hari ini 6 jun 2014
bersamaan hari selasa adalah hari yang meletihkan tetapi menyeronokan. Satu
hari yang mengembirakan dengan kedatangan saudara mara dari kampung, jadi hari
ini penuh aktiviti jalan-jalan di sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya serta
tidak ketinggalan aktiviti makan-makan. Suami saya sanggup cuti semata-mata
ingin bersama saudara mara. Maklumlah saudara yang datang dari kampung jarang
datang sini dan datang pun sekejap je. Anak-anak
pun gembira bukan main.
Bila kita berada dengan orang tersayang gembiralah
mereka kerana kita tidak tahu adakah kita akan berjumpa lagi esok hari.Hargai setiap masa yang kita miliki terutama bersama suami
dan anak- anak atau orang yang dekat dengan kita. Masa yang hilang tidak boleh
diganti semula. Masa yang diberi oleh Allah kepada kita adalah tidak ternilai
harganya. Oleh itu, hargailah setipa detik masa yang ada dalam hidup kita
bersama orang tersayang.
No comments:
Post a Comment