Soalan yang sering diungkapkan apabila seseorang bertanya
kepada kita, apa yang ingin capai pada masa akan datang. Sudah pasti ingin
berjaya dalam hidup. Tetapi bagaimana caranya? Itu pula persoalan yang sering
muncul dalam diri apabila sudah ada niat ingin membina kejayaan dalam hidup.
Perkataan berjaya mudah dieja, tetapi sukar untuk dicapai. Berjaya memerlukan
kesusahan sebagai teman setia, menuntut seribu pengorbanan masa dan tenaga dan
juga perlu mencabar keupayaan dalam diri.
Macam mana saya hendak yakinkn diri ? Saya selalu berasa
kurang yakin dalam melakukan sesutu. Saya selalu teragak-agak. Bolehkah saya
melakukannya?Inilah pertanyaan yang selalu berada dalam minda saya. Kini saya
bertekad untuk mengubah diri saya. Moga segalanya dipermudahkan dan berjaya
suatu hari nanti.
Apapun kena berusaha dan terus berusaha kerana Allah tidak
mengubah diri kita selagi kita tidak ubah diri sendiri. Pertolongan Allah hanya
datang ketika sedang atau setelah kita berusaha. Siapa yang berusaha, bekerja
keras dia yang berhak untuk mendapat hasil. Perubahan tidak akan terjadi
dalam satu hari. Ada banyak rintangan dan halangan didepan, yang muncul baik
dalam diri sendiri mahupun dari luar.
No comments:
Post a Comment