Bulan Ramadhan merupakan bulan berkat, bulan rahmat, bulan
keampunan serta bulan banyak kelebihan. Jangan disia-siakan peluang yang ada ini. Ia datang sekali sahaja setiap tahun. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan
rasa ingin menambahkan ibadah bagi mencari keredhaan Allah sepanjang Ramadhan.
Tinggal dua hari lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan. Apabila mengimbau
kenangan 5 tahun lalu, saya tidak dapat menunaikan ibadat puasa kerana berada
dalam pantang anak pertama. Maklumlah anak pertama lahir 1 ramadhan. Seronok
tengok ahli keluarga bersahur dan berbuka bersama dan dapat menikmati pelbagai juadah
berbuka puasa dan saya hanya menjadi pemerhati. Apapun bulan Ramadhan sentiasa
ditunggu-tunggu.
Bulan Ramadhan merupakan bulan limpahan rezeki bagi para
peniaga. Bulan Ramadhan juga bulan yang penuh rahsia dan memberi keuntungan
untuk para peniaga meraih bukan hanya amal ibadat dan pahala bahkan juga rezeki
yang halal bagi menampung pendapatan keluarga. Di bulan yang mulia inilah ramai
mengambil peluang untuk berniaga. Kesempatan dan peluang ada ini wajar diambil
oleh para peniaga untuk terus berniaga dengan jujur dan ikhlas. Jika ikhlas
berniaga dengan menjaga akhlak dan adab sewaktu berniaga di samping
memasang niat kerana Allah SWT bukan
hanya untuk mengaut keuntungan semata-mata pasti Allah SWT akan mempermudahkan
urusan perniagaaan. Selain bulan rezeki, bulan yang mulia ini juga merupakan bulan
kesihatan, bulan silaturahim, bulan lembut hati, bulan memperbaiki institusi
kekeluargaan dan macam-macam lagi. Pendek kata merupakan bulan yang mempunyai
banyak kelebihan dan kebaikan.
No comments:
Post a Comment