Maksud
Dropship
Dropship ialah menjual produk fizikal yang dibekalkan pembekal
tanpa perlu egen jualan menyimpan stok. Bisnes Dropship sebenarnya salah satu
cabang perniagaan internet cara mudah dan disarankan kepada sesiapa yang
berminat. Saya juga kini berjinak-jinak dalam menjalankan bisnes dropship.
Tanpa Modal
Konsep dropship ini dipanggil satu Teknik Jana Wang Tanpa Model.
Bagi seseorang yang baru berjinak-jinak dalam dunia bisnes, pasti mahu bisnes
yang meminimakan modal. Dropship ini adalah salah satu cara bisnes tanpa modal!
Menarik kan? Jana keuntungan tanpa modal adalah sesuatu yang tidak
mustahil jika kena pada caranya.
Kaedah Dropship
Bisnes dropship ini
kita tidak perlu susah-susah nak bungkus barang pun. Kalian hanya bertindak
sebagai orang tengah atau agen yang mempromosikan barang-barang tersebut
difacebook, fan page, blog, web jualan dan sebagainya. Caranya, pembekal akan
menyediakan gambar dan bahan promosi, agen hanya copy paste gambar tersebut dan
masukkan di dalam facebook, web jualan atau blog. Kemudian mempromosikan kepada
pelanggan. Selepas pelanggan mahu membeli agen menerima wang transaksi. Kemudian
ambil komisyen. Wang yang sudah ditolak
komisyen (bahagian agen) baki (kos produk dan kos penghantaran) dibayar
kepada pembekal. Pembekal akan menguruskan penghantaran produk. Menarik bukan?
Status Penghantaran dimaklumkan Kepada Agen
Agen akan memaklumkan status penghantaran, kod penghantaran dan
juga tarikh barang dihantar. Agen akan berurusan dengan pelanggan, juga
berurusan dengan pembekal. Maksudnya di sini agen adalah perantaraan antara
pembekal dan pelanggan.
Untuk mengetahui lebih lanjut, bolehlah dapatkan ebooks
101ideahomebasedbisnes.
**************************************************
Berminat ingin menjadi agent dropship
Akademi Bekerja Dari Rumah. Ingin ketahui
lebih lanjut, sila hubungi
email:
roszilaibrahim@gmail.com
FB:
Roszila Ibrahim
No comments:
Post a Comment