Sudah lama saya mendengar berita tentang minyak masak kitar
semula. Hari ini menjadi topik utama di
Harian Metro mengenai minyak masak kitar semula. Kegiatan memproses minyak
masak terpakai menjadi minyak masak baru bukan sahaja dikhuatiri boleh
membahayakan kesihatan pengguna, malah status halalnya diragui. Yang
mengejutkan saya adalah berikutan minyak masak terpakai ini juga diambil dari
premis memasak dan menjual makanan termasuk restoran bukan islam serta hotel,
sebelum dikitar semula menjadi minyak masak baru.
Minyak masak yang dikitar semula itu kemudian dijual sebagai
minyak murah di pasaran pasar malam dan kedai makan. Sepatutnya minyak yang
dikutip dari premis makanan di seluruh negara itu hanya untuk kegunaan bio diesel
tetapi disalah gunakan pihak yang tidak bertanggungjawab untuk dikitar semula. Kita
patut berasa takut apabila memilih untuk makan di luar sebab kita tidak tahu
tukang masak itu mengunakan minyak yang macamana. Memasak sendiri di rumah adalah
jalan terbaik yang kita boleh lakukan. Malahan
minyak yang kita gunakan dekat rumah pun tidak elok digunakan secara berulang
kali.
No comments:
Post a Comment