Anak susah makan
merupakan antara permasalahan yang sering dialami oleh ibu bapa terutama para
ibu. Saya juga tidak terlepas dengan situasi ini kerana anak kedua saya Rayyan
Zafran memang susah makan dan tambahan kini anak saya tidak sihat. Lagilah tiada
selera. Nasib baik hendak minum susu dan makan biskut. Nasi pula
dua tiga suap je. Tertekan dan stress setiap kali memujuk si manja untuk
menjamah makanan dan saya seringkali risau sama ada anak mendapat gizi seimbang
setiap kali makan. Saya ada membawa anak berjumpa doktor pakar dan doktor mengsyorkan
susu padiasure. Menurut doktor lagi sekiranya anak tidak mahu makan nasi, haruslah
digantikan makan mi, bihun, biskut dan selalu menukar resepi.
Jika tidak diberi makanan
takut perut masuk angin. Namun, bukan ibu tidak mahu bagi makanan tetapi anak
yang tidak mahu makan, agak rumit dan hanya yang pernah merasainya akan mengetahui
betapa sukarnya keadaan ini. Kadang- kadang terpaksa buat helah dan menipu
supaya anak makan. Pekara ini sentiasa dialami oleh ibu bapa. Antara masalah
yang sering dihadapi seperti menolak makanan, tidak suka makan sayur, hanya
mahu makan jenis-jenis makanan yang tertentu sahaja atau mengemam makanannya di
dalam mulut dengan tempoh lama tanpa mahu telan.
Terdapat dua punca yang
menyebabkan masalah ini. Yang pertama ialah faktor fizikal termasuk
kebarangkalian terdapat gangguan pada organ pencernaan mahupun terdapatnya
jangkitan dalam tubuh seperti demam dan sebagainya. Walau bagaimana pun setiap
masalah pasti ada jalanya. Terdapat beberapa tips untuk dikongsi bagi mengatasi
masalah anak susah makan. Di antaranya:
- - Hias makanan atau sajian menarik
- - Variasikan makanan berkhasiat
- - Makan bersama-sama anak
- - Jangan sesekali memaksa anak makan
- - Masa makan teratur
- - Libatkan anak untuk menyiapkan makanan
No comments:
Post a Comment