Kini, ramai yang berjinak-jinak untuk berniaga secara online. Namun, sedikit sangat jumlah
yang betul –betul berjaya. Selebihnya ramai yang gagal. Saya sebenarnya pernah
terlibat dalam bisnes Zhulian secara offline dan bisnes tudung secara online
tetapi tidak begitu memberangsangkan. Ini kerana saya kurangnya ilmu dalam
perniagaan dan juga tidak mempunyai sebarang pengalaman. Mungkin juga saya
tidak bekerja keras dan tidak tahu strategik pemasaran. Saya tidak tahu
bagaimana untuk menarik minat pelanggan dan cara strategik pemasaran yang bagus
dan berkualiti. Sebenarnya tanpa ilmu sesuatu benda pasti tidak akan berjaya.
Setiap orang mempunyai kegagalan atau kesilapan di masa lalu.
Untuk berjaya, perlulah belajar dari masa lalu dan hargai pengalaman sukar yang
telah dilalui tetapi jangan memikirkannya. Oleh itu, kita perlulah maju ke
hadapan dan buat yang lebih baik, buat keputusan yang lebih bijak dan jadikan
pengalaman lalu sebagai ikhtibar. Pengalaman lalu
mengajar erti dunia bisnes yang banyak cabarannya contohnya pesaing-pesaing
yang hebat. Kini saya mengambil pendekatan mengumpul sedikit sebanyak ilmu terlebih dahulu kerana ilmu sangat
penting dalam apa jua yang kita lakukan. Tapi dalam kita mencari ilmu pastikan
kita mendapatkan pakar-pakar internet yang telah terbukti berjaya dan jangan
kedekut untuk melaburkan sedikit wang untuk mempelajari teknik-teknik bisnes
internet yang betul. Jangan hanya bergantung kepada sumber-sumber percuma
sahaja.
Apapun kita haruslah
minat dengan apa yang kita lakukan dan mestilah berpegang pada prinsip "tidak kenal erti putus asa"
bagi mengatasi segala rintangan dan cabaran. INSYAALLAH, ia akan
membuahkan hasil dan terus berusaha menanganinya. Kata orang"BERAKIT-RAKIT
DAHULU, BERSENANG-SENANG KEMUDIAN". Bukan mudah untuk kita menceburi
bidang perniagaan kerana banyak cabaran dan dugaan yang perlu kita tempuhi.
No comments:
Post a Comment