Alhamdulillah. Syukur padaNya masih diberi peluang
bernafas di dunia ini. Semoga kita semua manfaatkan masa yang kita ada
sebaiknya. Lakukan setiap perkara kerana Allah. Jom amalkan baca surah Al-Kahf
setiap hari jumaat. Semoga mendapat keberkatan dariNya dan dijauhkan dari
segala fitnah. Mohon pertolongan dan pergantungan total dari Allah SWT sebab
Dia adalah sebaik-baik pergantungan.
Hari ini meriah sedikit dekat rumah dengan kedatangan
kakak ipar dan anak sedara. Bangun awal pagi menyiapkan sarapan dan menyiapkan
apa yang patut. Hendak mengadap komputer pun rasa segan sebab rasa seperti
tidak elok. Maklumlah ada tetamu. Jadi bermacam-macamlah kami sembang dan
sambil memerhati gelagat anak-anak. Hendak keluar, suami kerja jadi tunggu hari
cuti barulah ada aktiviti. Bila
hari minggu, perkara yang paling patut dilakukan oleh semua orang adalah
bersama keluarga. Mengapa? Jika dulu time weekend macam nilah kita akan keluar
berjalan-jalan dengan famili, makan dekat luar, pergi tengok wayang dan
macam-macam lagilah. Kalau dekat kampung, pergi jumpa sedara mara, jumpa sepupu
sepapat memang lagi meriah.
Hari cuti juga merupakan hari untuk
beristirehat bersama keluarga seperti sarapan, makan tengahari dan makan malam
bersama. Selain itu merupakan hari untuk berehat, berseronok-seronok bersama
keluarga ataupun melakukan aktiviti yang sekian lama tertunda. Bagi yang hidup
berkeluarga pentingnya untuk menghabiskan masa bersama keluarga terutama hari
cuti bagi mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Bagi yang sibuk bekerja haruslah
meluangkan masa bersama-sama. Oleh itu, luangkan masa pada hujung minggu atau
hari cuti anda.
No comments:
Post a Comment