Telah dua minggu berlalunya cuti sekolah. Waktu cuti sekolahlah
peluang dan masa banyak diisi bersama keluarga, Pelbagai rancangan diatur sempena
cuti sekolah, ada yang buat majlis perkahwinan, majlis pertunangan, pergi
melancong dan macam- macam program yang diatur. Menurut saya amatlah bagus
sekali meluangkan masa bersama. Ini semalam saya punya cerita, dengan
kedatangan kakak ipar dan anak sedara dari kampung suami membawa kami
berjalan-jalan di The Carve pada waktu petang. Sebelam malam kami pergi Uptown.
Memang seronok sangat tengok macam-macam yang djual.
Saya hanya membeli sepasang kasut untuk Rayyan dan sehelai
baju untuk Rania. Orang bukan main ramai lagi dan harga pun mampu untuk semua
orang. Di Uptown ini yang istimewanya ramai orang melayu yang meniaga dan rasa
teruja hendak meniaga. Apa yang pasti, orang yang berbisnes ini memerlukan
kesabaran untuk melayan kerenah pelanggan dan usaha yang kuat. Dalam hati pun
rasa risau dan rasa tidak yakin macam mana hendak mulakan bisnes nanti. Harap
dapat semuanya dipermudahkan olehNYA.
No comments:
Post a Comment