Hari ini khamis bersamaan12 Jun 2014. Cepat betul masa betul masa
berlalu dan tidak lama lagi kita akan menyambut Ramadhan. Hari Khamis merupakan hari yang ke-lima, sebab
itu dalam Bahasa Arab ditulis sebagai الخميس yang bermaksud “Yang Ke-lima”.
Buat pengetahuan semua hari Khamis merupakan hari yang baik untuk menunaikan
Hajat. Kerana Allah memerintahkan Penunaian. Maka barang siapa yang berhajat
kepada manusia, maka hendaklah ia memintanya pada hari Khamis. Kebiasaannya
amalan yang sering dilakukan ialah berpuasa pada hari Khamis, membaca Yaasin
pada malam Jumaat dan sebagainya.
Sesiapa yang berzikir “Ya Sammi”(Maha
Mendengar) selepas solat Dhuha pagi-pagi hari khamis dan berdoa memohon hajat
insyaAllah mustajab doanya (ditunaikan hajatnya). Oleh itu, banyak berdoa dan
iringi usaha serta jangan mudah putus apa. Apapun Allah menjadikan dan memberi serta mentakdirkan rezeki
kita. Namun Allah telah menyuruh kita berusaha untuk mendapatkan atau mencari
rezeki itu. Bermulanya terbit fajar hingga terbenam matahari, rezeki yang kita
ushakan itu hendaklah dari usaha kita sendiri serta punca sumber yang halal.
Sebagaimana Rasulullah yang tidak tidur selepas
menunaikan solat subuh kerana Allah memberkati umat yang berpagi-pagi (bangun awal pagi). sesungguhnya berpagi-pagi
itu adalah ‘kejayaan’. Jadi seboleh-bolehnya bangun awal pagi.
No comments:
Post a Comment