Awal tahun rakyat
Malaysia gempar apabila cuaca sejuk ‘Luar Biasa’ melanda beberapa tempat di
Malaysia. Antara yang mengalami suhu terendah dalam sejarah dalam negara adalah
Kuala Krai Kelantan yang mencatatkan 17 darjah calcius manakala di daerah Besut
di Terengganu mencatat suhu 19 darjah calcius. Tapi semuanya rahsia Allah kan,
kini Malaysia mengalami perubahan cuaca yang amat ketara iaitu cuaca panas.
Menurut pakar kajicuaca, keadaan ini dijangka mungkin
berlanjutan sehingga September depan. Hari ini,
rata-rata orang ramai bercerita topik cuaca panas. Pada masa kini, kebanyakan tempat di Malaysia dilanda cuaca
panas dan kering. Pagi tadi sebelum hantar anak ke tadika saya sempat
tengok Malaysia Hari Ini yang turut membincangkan cuaca panas dan simptom yang
muncul apabila cuaca panas seperti sakit kepala, keletihan, pening, mual dan
muntah serta lemah otot-otot badan. Kesan kesihatan berkaitan cuaca panas
termasuk keletihan, kelesuan, kepenatan, pitam, pengsan, kekejangan dan strok
Menurut Pakar kesihatan
dan perubatan menasihati orang ramai supaya tidak keluar rumah melainkan perlu
menjalani aktiviti harian. Minum lebih air jika perlu keluar rumah dan jika
melakukan aktiviti lasak, pastikan minum air setiap jam walaupun tidak dahaga
seelok-eloknya tinggal lebih lama di rumah. Semasa musim panas, pakai pakaian
longgar serta ringan dan berwarna terang agar memantul cahaya matahari. Kumpulan
berisiko tinggi semasa cuaca panas termasuk kanak-kanak, mereka yang terlantar
kerana penyakit kronik serta waga tua. Pesan saya elakkan anak-anak bermain
diluar rumah. Jangan lupa minum air dan ini akan membantu badan mengawal suhu.
No comments:
Post a Comment