Monday, 18 August 2014

Khasiat Telur

Teks: Roszila Ibrahim


Hari saya nak kongsi mengenai khasiat telur. Saya rasa semua orang suka makan telur kan! Telur adalah salah satu makanan yang paling mudah untuk ditemui di mana-mana. Telur adalah makanan yang paling senang kita dapat dan murah. Sebiji telur mengandungi asid amino, protien, vitamin dan mineral.  Ia adalah makanan asli yang ideal dan diterima sebagai diet harian manusia di seluruh dunia. Cara penyediaannya juga mudah. Ia boleh dimasak dengan pelbagai cara sama ada separuh masak, tiga suku masak, rebus, goreng, sambal, kari dan sebagainya. Sejak turun-temurun lagi, telur ayam menjadi makanan menyihatkan dan ubat bagi pelbagai penyakit. Telur memiliki banyak manfaat dan kegunaan yang baik untuk tubuh badan, dan juga boleh dimanfaatkan untuk kecantikan. Di antara manfaat telur adalah:
Telur menghilangkan jerawat
Untuk menghilangkan jerawat mudah sahaja. Caranya gunakan putih telur dan sapukan di wajah anda, kemudian biarkan selama beberapa minit sebelum bilas. Ia bukan sahaja mampu menghilangkan jerawat, malah ia akan membuat kulit lebih lembut dan anjal.

Baik untuk mata
Lutien dan zeaxanthina adalah antioksida yang terdapat dalam kuning telur dipercayai membantu meningkatkan penglihatan dan mengurangkan  risiko buta pada usia 65 tahun keatas dan katarak

Menjaga berat badan agar tetap sihat
Telur adalah sumber terbaik dari protein lengkap yang mengandungi semua asid amino esensial bagi tubuh manusia. Telur dapat membantu mengawal tubuh menyerap kalori. Telur mempunyai kandungan gizi yang tinggi dan baik bagi anda yang ingin menurunkan berat badan.

Telur baik untuk rambut dan kuku . Protin dan sulfur dalam telur membantu meningkatkan kesihatan kulit dan pertumbuhan rambut.

Telur mengurungkan risiko kanser payudara. Dalam satu kajian, wanita yang mengamalkan sekurang-kurangnya 6 biji telur seminggu mengurangkan risiko kanser payudara sebanyak 44%.

Mengurangkan risiko darah beku. Selenium yang terdapat pada telur menghalang pembekuan kolestrol dalam darah. Antioksidan penting membantu mengurangkan risiko sakit jantung dan stroke.

Baik untuk fungsi otak - Zat kolin meransang perkembangan dan fungsi otak. 2 biji telur sehari sudah cukup memenuhi keperluan orang dewasa.

Lebih Fokus -  Meningkatkan daya tumpuan pelajar. Sarapan pagi yang lengkap dengan telur, mampu meningkat konsentrasi, tahap disiplin, tingkah laku dan cemerlang dalam pelajaran.

Meningkatkan perkembangan otak janin -  Sumber choline membantu perkembangan otak janin dan mencegah kecacatan. 2 biji telur membekalkan 250mg kolin dan baik untuk wanita hamil dan menyusu.


Meningkatkan kesihatan dan kekuatan tulang - Vitamin D yang terdapat dalam telur membantu menguatkan tulang.



#############################################################
Perkara asas yang perlu ada untuk memulakan kedai online pertama.
1. Cipta Fan Page di Facebook 
2. Cipta Blog 
Buat dua perkara asas ini dahulu, insya-Allah anda akan nampak peluang-peluang menambah pendapatan.
Masih blur, dan perlu panduan serta tunjuk ajar, sertai kami di AKADEMI BEKERJA DI RUMAH (PANDUAN MENJANA PENDAPATAN HANYA DARI RUMAH).


Juga ada sebarang kemusykilan boleh hubungi:
Email : roszilaibrahim@gmail.com 
FB : roszila ibrahim / sms/watsapp : 01129605770

Friday, 15 August 2014

Puasa Enam

Teks: Roszila Ibrahim
Foto: Google


Bulan Ramadhan yang baru saja berlalu selain banyak membentuk dan mendidik kita, memberi peluang pula bagi kita merebut pahala berlipat ganda. Kini  tibanya bulan Syawal iaitu bulan kembali kepada fitrah, boleh menjadi pengukur sejauh mana bulan Ramadhan yang baru saja berlalu telah memberi kesan dalam jiwa kita. Walaupun puasa enam ini bukanlah sesuatu yang wajib tapi ganjaran yang Allah beri SubhanaAllah tidak ternilai. Betullah orang kata hendak buat baik ini senang cuma terpulang pada kita nak atau tidak je mengamal dan melakukannya. Apapun pada saya eloklah diambil peluang ini dengan sebaiknya kerana puasa enam ini berserta kelebihan-kelebihannya hanya hadir setahun sekali.

Puasa enam ialah puasa sunat yang dikerjakan sebanyak enam hari di bulan Syawal. Ianya sunat dan lebih afdhal dikerjakan secara berturut-turut di awal bulan Syawal iaitu bermula dari 2 haribulan Syawal, dan boleh juga dikerjakan secara berselang-seli. Dulu masa sekolah selalu berpuasa enam sebab ramai kawan yang  puasa, jadi seronok sangat. Puasa di bulan Ramadhan dan bulan Syawal sama sahaja, yang pasti saya akan bangun masak untuk bersahur. Cuma cabaran di bulan Syawal, ramai orang buat rumah terbuka, majlis perkahwinan, majlis hari jadi dan macam-macam majlis. Apapun kepada yang berpuasa selamat berpuasa..


****************************************************************
Alhamdulillah, setiap hari kami menerima pendaftaran baru. Pendaftaran masih berlangsung, Kelas dijalankan secara online sahaja. Tak memerlukan kalian berada dalam kelas di tempat khusus. Pilih mana-mana kelas berikut.
1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog, fan page mula bisnes
- produk sendiri
- dropship makanan sunnah
- dropship projek duit raya & selepas raya
- dropship telekung solat
3. kelas beriklan mudah.my
4. Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif
5. Kelas akaun wahm/soho
6. Kelas penulisan ebook pertama
7. Pendaftaran pengurus online
8. Tempahan blog bisnes/penulisan-3 hari siap
9. Beriklan dengan kami di sinihttp://sohodirectory.blogspot.com/

Jika anda telah bersedia dan ingin ketahui lebih lanjut tentang dropship ABDR bolehlah hubungi saya Roszila 011296057704 ataupun email roszilaibrahim@gmail.com.

Wednesday, 13 August 2014

Sentiasa Ingin Belajar

Teks: Roszila Ibrahim

Sentiasa Ingin Belajar

Saya yakin ramai yang pernah mendengar ungkapan “Lebih banyak belajar, lebih banyak perkara yang kita tahu”. Ilmu amatlah penting dalam kehidupan seharian kita. Ilmu amat penting kepada manusia untuk memperbaiki kehidupan. Ilmu boleh diumpamakan pelita yang menerangi kegelapan hidup manusia. Walaupun saya tamat pengajian, pernah bekerja dan kini menjadi surirumah tapi tidak bermakna mencari ilmu terhenti begitu sahaja. Contohnya sebagai surirumah sepenuh masa sentiasa belajar memperbaiki diri menjadi lebih baik.  Dalam kehidupan seharian saya sentiasa mempelajari benda baru seperti dunia masakan. Sentiasa memperbaiki dalam masakan dan mencuba pelbagai resepi untuk orang tersayang. Selain itu, belajar dalam mendidik anak-anak dengan penuh kesabaran. Pendek kata, sentiasa belajar dan dari hari ke hari.

Selain itu, dalam mengisi masa terluang bersama anak-anak saya menyertai Akedemi Kerja Dari Rumah dari mentor saya Anysidayu Zakaria. Begitu juga pengetahuan saya mengenai blogging adalah sangat sedikit dan apabila saya mula berjinak-jinak dengan dunia blog saya dapat belajar satu demi satu perkara baru hari demi hari. Sebelum ini saya hanya tahu baca dari blog orang lain. Ungkapan “lebih banyak belajar, lebih banyak perkara yang kita tahu” adalah begitu relevan sekali. Apabila kita meneroka lagi perkara baru itu, kita akan menemui lagi perkara baru dan seterusnya. Ini adalah satu proses yang berterusan dan sebenarnya menjadikan kita lebih berkemahiran dalam apa jua bidang termasuklah dunia blog.




Banyak lagi tips yang boleh diperolehi dalam ebook belajar asas blog ini. Untuk mendapatkan ebook belajar asas blog boleh Hubungi

email: roszilaibrahim@gmail.com
FB: Roszila Ibrahim 

Tuesday, 12 August 2014

Fesyen Tudung

Teks: Roszila Ibrahim

Entri saya sebelum ini, ada menyentuh tentang penglibatan saya pernah berniaga tudung. Seingat saya tudung yang saya jual adalah tudung Obama yang berharga RM 10 sahaja. Tetapi kurang berjaya dan ianya merupakan perniagaan yang pertama saya jual secara online. Kegagalan saya mungkin disebabkan kurangnya ilmu, mudah putus asa, malu dan tidak tahan persaingan. Sebenarnya persaingan ini kita tidak boleh lari kerana bukan sahaja dalam perniagaan tetapi juga dalam pelajaran dan sektor pekerjaan. Persaingan adalah benda yang lumrah. Ia boleh menjadi positif atau negatif. Ia tidak semudah yang disangka bagi mereka yang belum menjalankan perniagaan. Hendak memulakan perniagaan memang mudah tetapi susahnya menjalankan perniagaan yang berjaya.

Di Malaysia sendiri perniagaan tudung tumbuh seperti cendawan selepas hujan dengan pelbagai fabrik dan corak telah dihasilkan oleh peniaga tempatan. Kini, penerimaan fesyen tudung sangat memberangsangkan sehingga beberapa jenama tudung menjadi kegemaran wanita Islam dalam negara. Antara jenama yang terkenal termasuklah Fareeda, Ariani, Al-Humaira, Aidijuma dan banyak lagi. Pelbagai jenis bentuk dan ton warna dihasilkan semata-mata untuk menarik minat pembeli. Batu-batu permata dan jenis kain juga diberi perhatian dalam mengekalkan standard jenama tudung masing-masing.

Fesyen tudung seringkali bertukar dengan pelbagai gaya mengikut aliran masa. Boleh dikatakan majority gadis Malaysia khususnya sudah mula berjinak dengan mengenali pelbagai gaya dan label-label tudung tempatan yang sesuai untuk  dijadikan koleksi. Kini, kebanjiran kain tudung atau hijab semakin menjadi-jadi ekoran permintaan tinggi yang diterima daripada orang ramai, tidak kiralah tudung bawal, selendang atau tudung siap pasti mendapat sambutan.
----------------------------------------------------------------------------------
Perkara asas yang perlu ada untuk memulakan kedai online pertama.
1. Cipta Fan Page di Facebook
2. Cipta Blog
Buat dua perkara asas ini dahulu, insya-Allah anda akan nampak peluang-peluang menambah pendapatan.
Masih blur, dan perlu panduan serta tunjuk ajar, sertai kami di AKADEMI BEKERJA DI RUMAH (PANDUAN MENJANA PENDAPATAN HANYA DARI RUMAH).

Jika anda telah bersedia dan ingin ketahui lebih lanjut tentang dropship ABDR bolehlah hubungi saya Roszila 011296057704 ataupun email roszilaibrahim@gmail.com.

Monday, 11 August 2014

Menjana Pendapatan Dari Rumah

Teks: Roszila Ibrahim

Menjana pendapatan dari rumah atau kerja dari rumah bagaikan sudah menjadi satu trend terkini untuk suri rumah abad ini. ini.  Menjana pendapatan dari rumah adalah perkara yang paling nikmat untuk didengari para suri rumah termasuk diri saya sendiri. Saya pasti ramai wanita terutama ibu-ibu di Malaysia yang mempunyai niat yang sama seperti saya, mahu melihat anak membesar depan mata sendiri dan pada masa yang sama dapat menjana pendapatan untuk keluarga dari rumah.

Sebagai seorang suri rumah, menjana pendapatan melalui kerja di rumah adalah satu pilihan.  Ia bukan kemestian tetapi saya pasti jawapannya adalah ya jika diberi peluang.  Peluang yang ada bagaikan lautan yang penuh dengan hasil yang hanya menunggu untuk diterokai. Tiada yang mustahil pada zaman sekarang kerana suri rumah hari ini tidak senang jika duduk diam dan selalunya membuat pilihan untuk kerja dari rumah. Kini telah menjadi trend terutama golongan wanita yang berpendidikan tinggi mengambil peluang menjana pendapatan dari rumah.

Walaubagaimanapun, menjana pendapatan dari rumah rumah secara online memerlukan usaha dan kerajinan masing-masing. Ini kerana prestasi bisnes online ada pasang surutnya.  Tiada kira apa jua cara tetapi pada abad ini dan dengan bantuan siber, semua akan menjadi nyata. Kini, memang banyak peluang peniagaan atau peluang untuk menjana pendapatan dari rumah. Seperti saya, saya tidak mempunyai kemahiran seperti menjahit atau mengait dan sebagainya. Saya tidak pandai berkata- kata nak jual insurans atau ‘Multi Level marketing’. Apa  yang saya buat, saya telah menyertai Akedemi Bekerja dari Rumah(ABDR).

Secara ringkasnya, bagi sahabat yang masih tertanya-tanya apa itu ABDR. Secara ringkasnya Akedemi Bekerja Dari Rumah ini adalah kumpulan sokongan khususnya para suri yang bekerja dari rumah.. Kami bergabung bersama dengan 780 blog blog peserta, 25 kelas dan 11 guru online yang bededikasi. Beroperasi ABDR adalah 100% secara online dengan menawarkan kelas online untuk menjana pendapatan dari rumah melalui platform blog dan fanpage niaga di Facebook

######################################################
Alhamdulillah, setiap hari kami menerima pendaftaran baru. Pendaftaran masih berlangsung, Kelas dijalankan secara online sahaja. Tak memerlukan kalian berada dalam kelas di tempat khusus. Pilih mana-mana kelas berikut.
1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog, fan page mula bisnes
- produk sendiri
- dropship makanan sunnah
- dropship projek duit raya & selepas raya
- dropship telekung solat
3. kelas beriklan mudah.my
4. Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif
5. Kelas akaun wahm/soho
6. Kelas penulisan ebook pertama
7. Pendaftaran pengurus online
8. Tempahan blog bisnes/penulisan-3 hari siap
9. Beriklan dengan kami di sinihttp://sohodirectory.blogspot.com/

Jika anda telah bersedia dan ingin ketahui lebih lanjut tentang dropship ABDR bolehlah hubungi saya Roszila 011296057704 ataupun email roszilaibrahim@gmail.com.

Friday, 8 August 2014

Hobi Jana Pendapatan

Teks: Roszila Ibrahim

Hobi boleh menjadi salah satu peluang perniagaan untuk menghasilkan pendapatan sampingan. Ramai wanita di luar sana yang berstatus suri rumah mempunyai kemahiran yang amat luar biasa. Contohnya, hobi suka memasak, tangkap gambar, menulis, bijak bertukang, minat mengumpul barang antik dan ada yang pandai menganyam, mengait, menjahit, menulis artikel pendek, penulis cerita dan  pandai menenun, dan sebagainya. Ianya haruslah ditonjolkan oleh surirumah bukan sahaja sebagai hobi bahkan mampu menjana pendapatan dari kemahiran tersebut. Menjadikan hobi kegemaran ke dalam perniagaan yang menguntungkan tidak begitu sukar seperti yang fikirkan. 

1.      Pertama sekali kena berfikiran positif. Inilah aset yang paling penting sebelum memulakan sesuatu dan sikaplah yang akan menentukan kejayaan. Jika ingin meneruskan impian dan mahu ia menjadi realiti, mesti mempunyai sikap positif serta kesanggupan untuk melakukannya.  Sebagai suri rumah yang sentiasa sibuk sememangnya akan ada halangan dan janganlah berputus asa. Anda memang boleh melakukannya.
2.      Penentu segala-galanya untuk berjaya.  Tiada jalan mudah untuk berjaya dan sememangnya akan ada masalah di pertengahan jalan anda nanti.  Usaha dan usaha lagi.
3.      Beritahu apa produk yang jual. Untuk menjana pendapatan sampingan dengan lebih efektif, kenalah memberitahu semua orang apa yang anda jual sama ada ia barangan ataupun perkhidmatan. Jika tidak, orang tidak akan tahu walaupun ada kehendak dari pasaran.  Anda boleh memilih cara konvensional ataupun secara online. Maklumat pemasaran boleh didapati dengan mudah melalui internet.
4.      Pilih saluran yang betul. Pastikan ianya saluran yang betul.  Kajian boleh dilakukan sebelum memasarkan barangan.
5.      Strategi pemasaran kena ada. Harus tahu dengan siapa nak jual produk anda. Ia bagi mengurangkan masa supaya tidak mensasarkan golongan yang salah.
6.      Mesti bersikap jujur selalu.  Barang yang di jual kenalah berkualiti dan mesti sentiasa menetapi janji sekiranya sudah memberi janji dengan pelanggan seperti contoh tempoh penghantaran atau syarat-syarat pengembalian sekiranya rosak di dalam perjalanan dan sebagainya.

Oleh itu, melalui aktiviti kegemaran kita atau lebih senang dipanggil hobi, boleh menjana pendapatan kita. Kelebihan yang ada dalam diri kita mestilah dimanfaatkan sebaiknya hingga boleh menjadi sumber pendapatan. Kelebihan seseorang mungkin berbeza. Gunakan peluang yang ada untuk mengeksploitasi kelebihan kita. Tidak mustahil, melalui hobi sahaja seseorang boleh raih pendapatan yang lumayan hingga mencecah ribuan ringgit.   Mulai sekarang kaji kelebihan diri kita. Gunakan kelebihan itu untuk menjana pendapatan. Minat yang mendalam terhadap sesuatu, pastinya memotivasikan kita untuk memberikan yang terbaik. 

...........................................................................................................
Perkara asas yang perlu ada untuk memulakan kedai online pertama.
1. Cipta Fan Page di Facebook
2. Cipta Blog
Buat dua perkara asas ini dahulu, insya-Allah anda akan nampak peluang-peluang menambah pendapatan.
Masih blur, dan perlu panduan serta tunjuk ajar, sertai kami di AKADEMI BEKERJA DI RUMAH (PANDUAN MENJANA PENDAPATAN HANYA DARI RUMAH).


Juga ada sebarang kemusykilan boleh hubungi:
Email : roszilaibrahim@gmail.com
FB : roszila ibrahim / sms/watsapp : 01129605770

Thursday, 7 August 2014

Kebaikan Perniagaan

Teks: Roszila Ibrahim

Dalam Islam berniaga bukan semata-mata untuk mencari untung kerana di dalam perniagaan tidak semestinya sentiasa mendapat untung. Dalam perniagaan juga pasti menghadapi kerugian. Berniaga  boleh mendapat dua  keuntungan. Pertama untung dalam  bentuk kewangan dan kedua, untung dalam pahala. Tujuan perniagaan mengikut islam sebenarnya ialah untuk memperluaskan aktiviti syariat  dengan tujuan beribadat dan pahala yang banyak. Berniaga dianggap kerja yang paling baik dalam islam kerana kebaikan yang diperolehi oleh masyarakat hasil dari perniagaan adalah terlalu banyak. Antaranya:
1.      Melalui perniagaan, kita akan dapat banyak  kawan sama ada dari kalangan pembekal-pembekal, kawan-kawan atau para pelanggan.
2.      Perniagaan juga banyak unsur-unsur kerjasama dan peluang untuk bekerjasama.
3.      Di dalam perniagaan banyak tolak ansur, iaitu sifat terpuji yang sangat dianjurkan oleh Islam
4.      Perniagaan membantu dan memudahkan manusia dan ahli masyarakat mengurus dan mendapatkan keperluan hidup mereka, terutama di bidang makan minum dan keperluan harian. Mendahulukan, mengutamakan dan memuahkan orang lain itu sangat dipandang tinggi dan baik dalam Islam.
5.      Melalui perniagaan banyak pengalaman diperolehi sama ada di bidang pengurusan, perakaunan, mengenal barang, mengenal tempat, mengenal cara hidup dan masalah manusia dan lain-lain. Dalam Islam, mencari ilmu dan pengalaman seperti ini sangat dituntut.
6.      Dalam berniaga  juga melatih menjadi seorang yang penyabar dalam menghadapi masalah perniagaan dan dalam menghadapi karenah pelanggan. Orang yang sabar diberi pahala oleh Allah.
7.      Berniaga merupakan salah satu cara untuk memajukan agama, bangsa dan negara.
8.      Dalam berniaga, berpeluang mengeluarkan zakat perniagaan. Dengan itu salah satu dari rukun Islam dapat kita tunaikan.
9.      Perniagaan memerlukan sifat berlapang dada, bertolak ansur, bertimbang rasa, memberi maaf, berlebih kurang, bersimpati dan sebagainya. Sifat-sifat ini terpuji dan sangat diperlukan dalam pergaulan.

*********************************************************
Perkara asas yang perlu ada untuk memulakan kedai online pertama.
1. Cipta Fan Page di Facebook 
2. Cipta Blog 
Buat dua perkara asas ini dahulu, insya-Allah anda akan nampak peluang-peluang menambah pendapatan.
Masih blur, dan perlu panduan serta tunjuk ajar, sertai kami di AKADEMI BEKERJA DI RUMAH (PANDUAN MENJANA PENDAPATAN HANYA DARI RUMAH).

Juga ada sebarang kemusykilan boleh hubungi:
Email : roszilaibrahim@gmail.com
FB : roszila ibrahim / sms/watsapp : 01129605770