Saturday, 13 September 2014

Capai Cita-Cita Dengan Usaha

Teks: Roszila Ibrahim
Carian: Google

Sabda Rasulullah saw:

“Sesungguhnya Allah SWT menyukai apabila seseorang kamu bekerja dan melakukan pekerjaan itu dengan tekun.” (Riwayat Abu Daud).
Apabila seorang Muslim suka membuat sesuatu pekerjaan dengan tekun dan bersungguh-sungguh sehingga selesai dan sempurna pekerjaannya, maka dia termasuk dalam kategori manusia yang disukai oleh Allah SWT.

Khalifah Umar bin Khattab ra. Pernah berpesan dengan menyeru umat Islam supaya tidak malas bekerja: “Janganlah setiap orang daripada kamu suka duduk bermalas-malas daripada berusaha mencari rezeki sambil berdoa; Wahai Tuhanku, berilah rezeki kepadaku, sedang dia tahu sebenarnya langit tidak pernah menurunkan hujan emas dan perak.”

Sesungguhnya, Allah SWT meredai terhadap orang yang rajin bekerja berdasarkan sabda Rusulullah SWT bermaksud: “Sesungguhnya Allah suka kepada seseorang daripada kamu yang melakukan kerja yang tekun dan bersungguh-sungguh dan untuk memperoleh (kejayaan) seperti inilah hendaknya yang beramal itu melahirkan amal usahanya yang bersungguh-sungguh”.

Perlu kita ketahui, untuk bekerja bersungguh-sungguh tidak semudah kata-kata yang terucap di bibir saja. Ia memerlukan motivasi tinggi dan usaha serius supaya kita tidak tergolong dalam orang yang rugi.

Rasulullah SWT juga bersabda sebagai pedoman kepada umat islam bermaksud: “Bekerjalah untuk duniamu seolah-olah kalu akan hidup selama-lamanya, dan bekerjalah untuk akhiratmu seolah-olah kamu akan mati esoknya”. Natilahnya dalam hadis ini, ia mengajar supaya apa sahaja pekerjaan atau apa-apa pekara yang kita lakukukan hari ini, janganlah kita tunggu esok lusa untuk mengerjakannya kerana banyak pekerjaan lain yang sentiasa menanti kita pada masa depan.

Dunia tidak dibangunkan dengan angan-angan dan khayalan kosong. Dunia sentiasa bergerak. “Orang sudah menjejak kaki ke bulan, namun kita masih lagi berseloka dengan peribahasa “bagai pungguk rindukan bulan”. Ada yang mimpikan menjadi kaya-raya tetapi malas bekerja dan berusaha. Ada yang ingin menjadi cerdik pandai tetapi malas belajar. Ada yang berangan-angan mahu masuk syurga tetapi culas dalam beramal. Apakah mungkin menjadi kenyataan!

Ambillah hikmah dari kehidupan semut! Mereka bergerak dan bergerak untuk terus hidup. Apakah pernah melihat seekor semut yang membuang masa, bersahaja tanpa melakukan apa-apa kerja. Tidak! Sebaliknya semut sama-sama berganding bahu membangunkan komunitinya.
Keazaman yang gigih dan usaha yang berterusan untuk mencapai cita-cita adalah kunci kepada kejayaan.

Usaha tangga kejayaan!

_______________________________________________________________
Alhamdulillah, setiap hari kami menerima pendaftaran baru. Pendaftaran masih berlangsung, Kelas dijalankan secara online sahaja. Tak memerlukan kalian berada dalam kelas di tempat khusus. Pilih mana-mana kelas berikut.
1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog, fan page mula bisnes
- produk sendiri
- dropship makanan sunnah
- dropship projek duit raya & selepas raya
- dropship telekung solat
3. kelas beriklan mudah.my
4. Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif
5. Kelas akaun wahm/soho
6. Kelas penulisan ebook pertama
7. Pendaftaran pengurus online
8. Tempahan blog bisnes/penulisan-3 hari siap
9. Beriklan dengan kami di sinihttp://sohodirectory.blogspot.com/

Jika anda telah bersedia dan ingin ketahui lebih lanjut tentang dropship ABDR bolehlah hubungi saya FB roszilaibrahim  ataupun email roszilaibrahim@gmail.com.


Friday, 12 September 2014

SUPER WAHM, SUPER MOM

Teks: Roszila Ibrahim




Dapatkan Ebook Super WAHM Super Mom kerana pastinya anda semua tidak akan rugi.  Ebook ini dapat membuka minda dan mengajar untuk mendapatkan hasil dari rumah tanpa perlu meninggalkan keluarga. Ebook ini sangat sesuai untuk surirumah yang masih buntu dan tercari cari peluang. Dengan membaca ebook ini, saya pasti ramai surirumah bersemangat dan semua impian dapat digapai kerana pelbagai kejayaan yang dipaparkan oleh para wanita dengan pelbagai cabaran dan mampu mengatasi setiap dugaan yang ditempuhi dalam usaha menambahkan pendapatan keluarga. Ebook ini memberi panduan pada saya bagaimana menjana pendapatan melalui minat serta dari rumah..

Ebook super mom yang menerangkan dengan lebih lanjut serta mendalam tentang:
# WAHM (Work At Home Mom)
# SOHO (Small Office Home Office)
# SAHM (Study At Home Mom)
# SAHM (Stay At Home Mom)

Oleh itu, apa yang penting adalah mempunyai minat yang mendalam, tekad untuk berubah dan selalu berfikiran positif pasti diiringi kejayaan. 

______________________________________________________________________
Banyak lagi panduan yang boleh diperolehi dalam ebook SUPER WAHM, SUPER MOM ini. Untuk mendapatkan ebook SUPER WAHM, SUPER MOM boleh hubungi
email: roszilaibrahim@gmail.com
FB: Roszila Ibrahim 


Thursday, 11 September 2014

Pengurus Online

Teks: Roszila Ibrahim




Berdaftarlah Sebagai Rakan Niaga Akademi Bekerja Di Rumah!!! Jom bekerja di rumah
sebagai Pengurus Online Akedemi. Sangat mudah dan senang kerana operasi perniagaan semuanya di atas talian, selagi ada internet.

Hanya perlu mempromosikan pakej-pakej jualan dan produk-produk yang ditawarkan oleh Akademi Bekerja Di Rumah. Di sini disediakan tapak untuk berniaga tanpa perlu keluar dari rumah. Apa yang anda perlukan hanyalah kesungguhan, fokus dan komited serta yang utama komputer atau laptop dan talian internet.

Apa yang kalian dapat ialah satu blog tersedia dengan pautan:
1. Logo Akademi Bekerja Di Rumah
2. Logo rasmi SOHOdirectory
3. Kelas-kelas Online
4. Pakej Ebook Mula Bisnes/Ebook
5. Ruang Periklanan

Apa yang perlukan hanyalah kesungguhan, fokus dan komited serta yang utama komputer atau laptop dan talian internet. Mula belajar promosi produk ini melalui blog dan facebook. Komisen akan dibayar secara terus kepada anda, melalui pendaftaran pelajar ke kelas online / bengkel atau belian ebook atau tempahan iklan. Mudahkan. Bahan promosi semua disediakan.
TANPA PERLU KELUAR DARI RUMAH. HANYA HUJUNG JARI SAHAJA!!!
________________________________________________________________________
Perkara asas yang perlu ada untuk memulakan kedai online pertama.
1. Cipta Fan Page di Facebook
2. Cipta Blog
Buat dua perkara asas ini dahulu, insya-Allah anda akan nampak peluang-peluang menambah pendapatan.
Masih blur, dan perlu panduan serta tunjuk ajar, sertai kami di AKADEMI BEKERJA DI RUMAH (PANDUAN MENJANA PENDAPATAN HANYA DARI RUMAH).
Jika anda telah bersedia dan ingin ketahui lebih lanjut t bolehlah hubungi saya.

Wednesday, 10 September 2014

Udang Goreng Kunyit

Teks: Roszila Ibrahim

Saya macam biasa..masak yang simple-simple je. Rasanya semua pandai buat resepi udang goreng kunyit. Walaupun ringkas tapi sedap hingga menjilat jari..



BAHAN2
10 ekor udang sederhana besar
1 biji cili merah- hiris nipis
2 biji ulas bawang putih- hiris nipis
1 biji bawang besar - hiris nipis
daun bawang - hiasan
garam, gula
sedikit kunyit
minyak untuk menggoreng

Caranya:
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Gaul udang dengan garam dan kunyit. Goreng udang sampai tukar warna, ketepikan. Gunakan kuali yang sama, tumiskan bawang dan cili merah seketika dan masukkan daun bawang. Masukkan udang..gaul dan terus angkat. Sedia untuk dimakan bersama nasi panas.

________________________________________________________

Perkara asas yang perlu ada untuk memulakan kedai online pertama.
1. Cipta Fan Page di Facebook
2. Cipta Blog
Buat dua perkara asas ini dahulu, insya-Allah anda akan nampak peluang-peluang menambah pendapatan.
Bagi yang mahu belajar membina blog, boleh sertai kami di akademi bekerja di rumah. Hubungi saya untuk pendaftaranya. Bolehlah hubungi saya FB roszilaibrahim ataupun email roszilaibrahim@gmail.com.

Sunday, 7 September 2014

Tiada Jalan Pintas Untuk Berjaya

Teks: Roszila Ibrahim

Peribahasa ‘kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya’ bermakna kita tidak mendapat kejayaan jika tidak berusaha, manakala ‘jangan pula sampai jadi seperti pungguk yang rindukan bulan’ pula bermakna jangan berharap pada sesuatu yang mustahil diperolehi. Setiap insan dalam kehidupan dia mesti hendak berjaya, hidup senang dunia dan akhirat. Tidak kiralah berjaya dalam pelajaran, rumah tangga, atau kehidupan. Dalam apa yang kita lakukan seharian, kerja atau pelajaran, kita mahukan yang terbaik dan kita mahukan ianya berjaya. Betul kata pepatah "berakit-rakit dahulu, berenang-renang kemudian, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.", sebelum mengecapi kejayaan, kita kadang-kadang terpaksa jatuh dahulu, dan bangun semula dengan lebih kuat untuk mencapai kejayaan.
Jalan menuju kejayaan selalunya berliku, bersimpang, berbonggol-bonggol, berduri ataupun terlalu banyak cabang. Pendek kata tiada jalan pintas untuk berjaya. Kejayaan yang dicapai setelah berjaya mengharungi cabaran dan dugaan merupakan kejayaan yang terlalu manis untuk dikenang sebaliknya kejayaan yang dicapai dalam masa yang singkat biasanya kurang dihargai atau cepat dilupakan.
Pekara utama ialah niat diikuti dengan ketekunan dan berusaha. Oleh itu, untuk berjaya dalam kehidupan dalam apa bidang sekalipun, sebenarnya yang paling penting adalah diri kita sendiri untuk mencapai matlamat atau target yang kita tetapkan. Tanpa usaha, memang jauh lah daripada perkataan BERJAYA. Tanpa usaha, kejayaan tidak akan datang bergolek begitu sahaja.
Perkara yang paling utama yang perlu kita ubah untuk berjaya ialah sikap kita. Antara sikap-sikap yang perlu diubah ialah
·         Sikap malas mencari ilmu
·         Sikap suka bertangguh kerja
·         Sikap yang cepat berputus asa
·         Sikap mudah berpuas hati
·         Sikap yang sukar untuk bekerjasama dalam kumpulan
·         Sikap yang sentiasa merasakan dirinya bagus
·         Sikap yang tidak boleh menerima kritikan dan pandangan orang lain
Banteraslah sikap-sikap negatif ini jika mahu berjaya, tanamkan dalam diri ‘minat’ untuk berjaya. Apabila kita mempunyai minat untuk berjaya kita akan kerap mengulangi sikap-sikap positif dan menjauhi sikap-sikap negatif. Pengulangan yang baik akan menghasilkan tabiat yang baik. Tabiat yang baik akan memudahkan kita untuk mengecapi kejayaan.
Sebenarnya kunci setiap kejayaan juga ialah tidak mebazirkan masa yang terluang seperti kata pepatah" Masa itu Emas " kerana kejayaan itu adalah milik sesiapa saja. Tidak kira siapa kita, jika rajin berusaha dan tidak membazir masa yang terluang, kejayaanlah yang akan menjadi upahnya.
Ketika usia mudalah seseorang perlu menyemat sifat bersaing, tetapi biarlah persaingan yang sihat. Pupuk sifat berlumba-lumba untuk menuju ke puncak menara gading. Setiap kita mesti ada impian dan matlamat. Menanam impian memang mudah. Yang sukar ialah cara merealisasikan setiap impian. Banyak dugaan harus ditempuhi. Pelbagai persediaan harus dibuat. Persiapan juga harus disusun rapi.
Selain itu, gunakan kesilapan masa lalu sebagai rujukan pada masa akan datang. Kumpulkan setiap kelemahan yang ada pada diri kita dan cari jalan untuk membina kekuatan pada setiap kelemahan itu.
Dalam hal ini, perkara yang paling penting ialah kefahaman terhadap nilai agama perlu diterapkan dalam diri bagi menghasilkan rohani yang sihat. Itu sebabnya ada yang merungut setiap kali usaha yang dilakukan tidak berhasil. Fikirkanlah di mana kekurangannya. Memang tiada jalan pintas.
Dengarkan kata-kata ini dan fikirkanlah ia sebagai pedoman kita semua: “Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu, melainkan mereka mengubah nasib diri mereka sendiri.”
Secara ringkasnya untuk berjaya dalam hidup hendaklah mendekatkan diri denganNya dan berpegang dengan prinsip ini seperti:
1. Restu dari ibu
Dalam apa jua bidang sekalipun, restu daripada ibu dan bapa yang paling penting, berkat kita nak buat sesuatu pekerjaan tu , bila dah dapat restu daripada ibu dan bapa lah sebenarnya pintu yang membuka kepada langkah kita untuk berjaya dalam sesuatu perkara.

2. Bekerja keras
Bila kita melakukan sesuatu pekerjaan perlulah berusaha dengan bersungguh-sungguh. Biasanya, bila kita inginkan sesuatu kita akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai apa yang kita hajati.

3. Jangan endahkan orang lain yang berhasad dengki
Kadang- kadang, bila kita berusaha dalam kerja yang kita lakukan, tak semua yang akan menyokong kita, ada sahaja suara-suara sumbang yang mengkritik itu dan ini untuk menjatuhkan kita, bukannya mengkritik kita untuk membina.. tetapi lebih kepada menjatuhkan kita. Tapi apa yang perlu kita kisahkan, kita lebih megenali kemampuan diri kita, bila kita yakin apa yang kita lakukan itu betul dan kita mampu, terus berusaha dan pedulikan keadaan sekeliling yang berhasad dengki !

4. Fokus dan jujur dalam apa yang dilakukan.
Bila kita menerima kepercayaan seseorang dalam melakukan apa yang kita diamanahkan, pastikan kita lakukan kerja kita dengan sebaik mungkin dan jujurlah dalam kerja yang kita lakukan, mungkin kadangkala kita terpaksa menerimanya dengan keterpaksaan, tetapi , "make it fun" dan cuba terima dengan sebaik mungkin dan jangan lupa , JUJUR. 
---------------------------------------------------------------------------------------------
Alhamdulillah, setiap hari kami menerima pendaftaran baru. Pendaftaran masih berlangsung, Kelas dijalankan secara online sahaja. Tak memerlukan kalian berada dalam kelas di tempat khusus. Pilih mana-mana kelas berikut.
1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog, fan page mula bisnes
- produk sendiri
- dropship makanan sunnah
- dropship projek duit raya & selepas raya
- dropship telekung solat
3. kelas beriklan mudah.my
4. Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif
5. Kelas akaun wahm/soho
6. Kelas penulisan ebook pertama
7. Pendaftaran pengurus online
8. Tempahan blog bisnes/penulisan-3 hari siap
9. Beriklan dengan kami di sinihttp://sohodirectory.blogspot.com/



Jika anda telah bersedia dan ingin ketahui lebih lanjut tentang dropship ABDR bolehlah hubungi saya FB roszilaibrahim  ataupun email roszilaibrahim@gmail.com.

Thursday, 4 September 2014

Mengorak Langkah Bisnes Online

Teks: Roszila Ibrahim

Ramai yang ingin memulakan bisnes online sendiri tapi banyak halangan yang datang. Nak buat bisnes apa? Macam mana nak promosi produk? Banyak persaingan. Macam-macam masalah lagi yang boleh buat kepala pening nak fikir. Akhirnya impian hanya tinggal angan-angan.

Tak kira apa sahaja perniagaan yang ingin dijalankan, atau ingin mulakan, peluangnya adalah perniagaan tersebut sedia mempunyai pesaing. Pesaing pastinya ramai. Caranya untuk mendapat dan merebut pelanggan dikalangan pesaing adalah dengan menggunakan Internet untuk mendapat pelanggan tanpa had kepada apa sahaja perniagaan . Gunakanlah apa sahaja kaedah pemasaran yang ada sekarang seperti Facebook, blog, fanpage, web, twitter dan sebagainya. Blog salah satu kaedah yang kita boleh promosi tanpa henti.

Pekara yang diperlukan sebagai permulaan adalah akaun Facebook (Pastinya semua ada akaun FB) dan begitu juga Blog. Blog salah satu kaedah yang kita boleh promosi tanpa henti.

Contohnya:

-Blog berfungsi sebagai platform promosi perniagaan oleh kerana enjin pencari seperti Google, Yahoo & MSN lebih cenderung menyenaraikan blog di hadapan enjin pencari secara percuma- tiada kos kepada anda!

-Facebook pula berfungsi sebagai platform membina hubungan bersama prospek dan pelanggan anda. Membina hubungan adalah amat penting dalam membina jenama.


Gabungan Blog + Facebook adalah senjata utama dalam mendapat pelanggan tanpa had untuk apa sahaja perniagaan anda tidak kira produk, perkhidmatan atau perniagaan sedia ada secara offline! Keduanya adalah baik.
_____________________________________________________________
Perkara asas yang perlu ada untuk memulakan kedai online pertama.
1. Cipta Fan Page di Facebook
2. Cipta Blog
Buat dua perkara asas ini dahulu, insya-Allah anda akan nampak peluang-peluang menambah pendapatan.
Bagi yang mahu belajar membina blog, boleh sertai kami di akademi bekerja di rumah. Hubungi saya untuk pendaftaranya. Bolehlah hubungi saya FB roszilaibrahim ataupun email roszilaibrahim@gmail.com.

Tuesday, 2 September 2014

5 Emosi Yang Membahayakan Diri

Teks: Roszila Ibrahim
Sumber: http://ciptaan-mulia.blogspot.com

Emosi didefinisikan sebagai suatu ekspresi perasaan naluri yang kuat seperti sayang, gembira, malu, sedih, takut dan sebagainya. Berdasarkan ayat-ayat al-Qur’an, hadith dan pendapat para ulama’, kejadian manusia adalah terdiri daripada unsur jasmani dan rohani, Islam tidak pernah menafikan tentang wujudnya emosi dalam diri manusia. Malah al-Qur’an telah menggambarkan beberapa bentuk emosi yang terdapat dalam diri manusia seperti : 

1.      Emosi Takut- Emosi takut merupakan perasaan yang ada pada diri manusia. Manusia akan merasa takut apabila berhadapan dengan perkara yang merbahaya dan kemudaratan. Terdapat beberapa jenis perasaan takut yang ada pada manusia iaitu takut kepada Allah s.w.t,takut pada manusia dan juga takut kepada kematian serta kemiskinan. 

2.      Emosi Marah- Emosi marah adalah antara naluri semulajadi manusia yang dijadikan oleh Allah s.w.t untuk keperluan hidupnya. Sebagai satu sifat yang semulajadi, pada asalnya mempunyai emosi marah bukanlah suatu kecacatan atau kekurangan manusia. Namun begitu, emosi marah ini boleh menjadi sifat yang keji, jika kemarahan itu menimbulkan perasaan dendam dan melampaui batas kemanusiaan. Emosi marah merupakan salah satu perasaan yang timbul apabila manusia berasa tidak puas hati terhadap sesuatu perkara. Kebiasaannya ia diiringi oleh perubahan fisiologi seperti muka menjadi marah, anggota badan menggeletar, pergerakan dan pertuturan bercelaru. Kadang-kala ia diiringi oleh kelakuan luaran seperti cacian, deraan, kutukan dan dendam. Emosi marah merupakan naluri semulajadi manusia yang sedia wujud. Emosi marah ini boleh memberi manfaat kepada manusia jika digunakan untuk kebenaran dan keadilan. Tetapi emosi marah yang tidak dapat dikawal dan menurut hawa nafsu adalah dilarang dalam Islam kerana ia boleh membawa kepada kemudaratan diri dan orang lain. 

3.      Emosi Benci -Emosi benci mempunyai kebaikan dan keburukannya. Kebaikannya ialah apabila manusia benci melihat kemungkaran yang berlaku akan mendorong manusia untuk memperbetulkan keadaan tersebut manakala keburukannya pula ialah apabila emosi benci tidak dapat dikawal boleh membawa kepada permusuhan dan pergaduhan serta pertelingkahan.

4.      Emosi Malu - Emosi sedih akan timbul apabila seseorang berhadapan dengan keadaan yang mengecewakan, menggelisahkan atau muncul sebagai akibat penderitaan kerana luka atau sakit. Emosi sedih boleh membuatkan seseorang itu berasa tertekan dan murung. Apabila seseorang berasa sedih, dia hendaklah mengawal perasaan itu dengan sebaiknya. Membuat aktiviti seperti bersenam, berjumpa kawan-kawan dan sebagainya dapat melupakan seketika perasaan sedih itu. Jika boleh, kongsi perasaan sedih itu bersama teman rapat agar perasaan sedih dapat dikurangkan. Islam lebih menganjurkan umatnya supaya tidak bersedih kepada perkara-perkara yang melalaikan dan bersedih sehingga melemahkan diri serta sehingga melahirkan kata-kata mengkufurkan Allah s.w.t. 
_____________________________________________________________

Alhamdulillah, pendaftaran kelas dibuka setiap hari. Bagi yang mahu belajar membina blog, boleh sertai kami di akademi bekerja di rumah. Hubungi saya untuk pendaftaran ya. Bolehlah hubungi saya FB roszilaibrahim  ataupun email roszilaibrahim@gmail.com.


\