Thursday 4 September 2014

Mengorak Langkah Bisnes Online

Teks: Roszila Ibrahim

Ramai yang ingin memulakan bisnes online sendiri tapi banyak halangan yang datang. Nak buat bisnes apa? Macam mana nak promosi produk? Banyak persaingan. Macam-macam masalah lagi yang boleh buat kepala pening nak fikir. Akhirnya impian hanya tinggal angan-angan.

Tak kira apa sahaja perniagaan yang ingin dijalankan, atau ingin mulakan, peluangnya adalah perniagaan tersebut sedia mempunyai pesaing. Pesaing pastinya ramai. Caranya untuk mendapat dan merebut pelanggan dikalangan pesaing adalah dengan menggunakan Internet untuk mendapat pelanggan tanpa had kepada apa sahaja perniagaan . Gunakanlah apa sahaja kaedah pemasaran yang ada sekarang seperti Facebook, blog, fanpage, web, twitter dan sebagainya. Blog salah satu kaedah yang kita boleh promosi tanpa henti.

Pekara yang diperlukan sebagai permulaan adalah akaun Facebook (Pastinya semua ada akaun FB) dan begitu juga Blog. Blog salah satu kaedah yang kita boleh promosi tanpa henti.

Contohnya:

-Blog berfungsi sebagai platform promosi perniagaan oleh kerana enjin pencari seperti Google, Yahoo & MSN lebih cenderung menyenaraikan blog di hadapan enjin pencari secara percuma- tiada kos kepada anda!

-Facebook pula berfungsi sebagai platform membina hubungan bersama prospek dan pelanggan anda. Membina hubungan adalah amat penting dalam membina jenama.


Gabungan Blog + Facebook adalah senjata utama dalam mendapat pelanggan tanpa had untuk apa sahaja perniagaan anda tidak kira produk, perkhidmatan atau perniagaan sedia ada secara offline! Keduanya adalah baik.
_____________________________________________________________
Perkara asas yang perlu ada untuk memulakan kedai online pertama.
1. Cipta Fan Page di Facebook
2. Cipta Blog
Buat dua perkara asas ini dahulu, insya-Allah anda akan nampak peluang-peluang menambah pendapatan.
Bagi yang mahu belajar membina blog, boleh sertai kami di akademi bekerja di rumah. Hubungi saya untuk pendaftaranya. Bolehlah hubungi saya FB roszilaibrahim ataupun email roszilaibrahim@gmail.com.

No comments:

Post a Comment