Sunday 1 June 2014

Resepi Lokching

Hari jumaat lepas saya pergi pasar malam terjumpalah makanan yang selalu makan zaman kanak-kanak iaitu lokching atau dengan panggilan lain sate ikan. Tapi di Pantai Timur khususnya Kelantan orang panggil lokching. Memang sedap menjilat jari. Di sini (KL) susah hendak jumpa, kalau ada pun tidak sama tapi bersyukur jugalah dapat menikmati juadah ini. Di sini saya hendak berkongsi resepi lokching kepada yang tidak pernah mengenali makanan ini dan ingin mencuba serta untuk mereka yang suka makan tapi tidak tahu caranya.
Bahan-bahan:
500g isi ikan selayang – dikisar lumat
100gm tepung ubi kayu/ tepung kanji
1 biji bawang besar - dikisar
1 sudu besar garam
1 sudu besar baking power
Cara memasak:
1. Kisarkan isi ikan bersama bawang besar hingga lumat.
2. Tuangkan ke dalam mangkuk dan gaulkan bersama tepung kanji, garam dan baking powder.
3. Gaulkan hingga sebati dan bulat-bulatkan menjadi bebola kecil.
4. Panaskan minyak dan goreng sekejap.
5. Cucukkan pada lidi dan bakar.

p/s: kalau adunan tu lembik, tambahkan lagi tepung kanji sehingga adunan tu x melekat di tangan.

SOS MANIS

Bahan-bahan:
4 ulas bawang putih – dikisar lumat
1 ½ cawan air
1 sudu sudu besar tepung ubi kayu/tepung kanji –dibancuh dengan 2 sudu besar air
4 sudu makan gula
½ sudu makan garam
Sedikit serbuk perasa
Sedikit pewarna merah

Cara memasak:
1. Tumiskan bawang putih dalam periuk. (Tanpa minyak)
2. Masukkan air.
3. Masukkan gula, garam, serbuk perasa dan pewarna merah. Warna merah tu pakai sikit je untuk nampak warna pink. Kacau.
4. Masukkan tepung kanji yang telah dibancuh dan kacau sehingga mendidih.
5. Biarkan sejuk dan sedia untuk dihidang.

• Untuk sos pedas, pula, bahagiakan sos manis yang telah dimasak tadi kepada dua bahagian, satu bahagian saya campurkan dengan sos cili supaya pedas.

 


Selamat Mencuba!




No comments:

Post a Comment