Tuesday 10 June 2014

Perniagaan Online

Kini, ramai yang berjinak-jinak  untuk berniaga secara online. Namun, sedikit sangat jumlah yang betul –betul  berjaya. Selebihnya ramai yang gagal. Saya sebenarnya pernah terlibat dalam bisnes Zhulian secara offline dan bisnes tudung secara online tetapi tidak begitu memberangsangkan. Ini kerana saya kurangnya ilmu dalam perniagaan dan juga tidak mempunyai sebarang pengalaman. Mungkin juga saya tidak bekerja keras dan tidak tahu strategik pemasaran. Saya tidak tahu bagaimana untuk menarik minat pelanggan dan cara strategik pemasaran yang bagus dan berkualiti. Sebenarnya tanpa ilmu sesuatu benda pasti tidak akan berjaya.

Setiap orang mempunyai kegagalan atau kesilapan di masa lalu. Untuk berjaya, perlulah belajar dari masa lalu dan hargai pengalaman sukar yang telah dilalui tetapi jangan memikirkannya. Oleh itu, kita perlulah maju ke hadapan dan buat yang lebih baik, buat keputusan yang lebih bijak dan jadikan pengalaman lalu sebagai ikhtibar. Pengalaman lalu mengajar erti dunia bisnes yang banyak cabarannya contohnya pesaing-pesaing yang hebat. Kini saya mengambil pendekatan mengumpul sedikit sebanyak  ilmu terlebih dahulu kerana ilmu sangat penting dalam apa jua yang kita lakukan. Tapi dalam kita mencari ilmu pastikan kita mendapatkan pakar-pakar internet yang telah terbukti berjaya dan jangan kedekut untuk melaburkan sedikit wang untuk mempelajari teknik-teknik bisnes internet yang betul. Jangan hanya bergantung kepada sumber-sumber percuma sahaja.


Apapun kita haruslah minat dengan apa yang kita lakukan dan mestilah berpegang pada prinsip "tidak kenal erti putus asa"  bagi mengatasi segala rintangan dan cabaran. INSYAALLAH, ia akan membuahkan hasil dan terus berusaha menanganinya. Kata orang"BERAKIT-RAKIT DAHULU, BERSENANG-SENANG KEMUDIAN". Bukan mudah untuk kita menceburi bidang perniagaan kerana banyak cabaran dan dugaan yang perlu kita tempuhi.

No comments:

Post a Comment