Sunday 1 June 2014

Ulasan Ebook 101 Idea Home Based Bisnes

Ebook Asas Blog dan 101 Idea Home Based Bisnes merupakan ebook yang saya beli terlebih dahalu sebelum memasuki kelas online. Melalui ebook 101 Idea Home Based Bisnes banyak bisnes boleh dipilih dan dibuat oleh surirumah atau suri yang bekerja serta boleh dibuat secara sambilan atau sepenuh masa. Dengan kata lain sesuai untuk semua yang ingin memulakan  berbisnes tetapi tidak ada idea untuk membuat bisnes. Dalam Ebook ini memaparkan pelbagai jenis bisnes atau ketegori dan sesuai untuk mereka masih tercari- cari dan lebih elok pilihlah bisnes berdasarkan minat anda.

Di antaranya seperti bisnes makanan, bisnes kreatif, bisnes pendidikan, bisnes online atau offline, bisnes perkhidmatan, bisnes kesihatan, bisnes aksesori atau hadiah, bisnes kecantikan dan bisnes gerai (depan rumah). Oleh itu, sangat sesuai untuk mereka yang berminat untuk berniaga tetapi masih tercari-cari jenis perniagaan. Bagi yang tiada modal juga boleh memulakan bisnes iaitu bermula dropship. Dropship juga merupakan salah satu cara untuk menjana pendapatan. Uniknya perniagaan boleh beroperasi di rumah iaitu menawarkan produk dan perkhidmatan yang memasarkan melalui laman web jualan diinternet.

Perniagaan yang beroperasi di rumah dan memiliki pejabat kecil di rumah atau lebih dikenali  small office home office(SOHO) sudah menjadi trend masa kini. Ianya menjadi pilihan kerana banyak maanfaatnya contohnya dapat memberi keseimbangan gaya hidup, bekerja dan matlamat keluarga. Dalam ebook ini juga menerangkan cara merancang bisnes dari rumah serta cara pemasaran secara online dan strategi pemasaran offline.  Ebook ini sangat menarik untuk dibaca dan juga menyentuh tentang cara mengenali pelanggan iaitu sasaran pelanggan. Ebook ini juga menarik untuk dimiliki kerana ianya memberi motivasi kepada usahawan baru untuk berjaya sebagai usahawan SOHO.

Selain itu yang menariknya turut  memaparkan strategi pemasaran cara Rusulullah dan rahsia bisnes Siti Khadijah serta pelbagai perkongsian pengalaman usahawan SOHO. Oleh itu, saya sarankan kepada wanita khususnya surirumah harus memiliki ebook 101 Idea Home Based Bisnes. Rugi kiranya tidak memiliki ebook ini dan bagi yang belum memiliki 101 Idea Home Based Bisnes hauslah memilikinya sekarang.



No comments:

Post a Comment